Saturday, March 5, 2011

PERBANDINGAN PENGETAHUAN DAN KESEDARAN ANTARA PELAJAR MENGENAI ISU-ISU ALAM SEKITAR DAN PERSEPSI MENGENAI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


Dalam kehidupan kini tidak dapat disangkal lagi, alam sekitar membekalkan unsur-unsur dan dalam kehidupan. Oleh itu manusia mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan kualiti alam sekitar dan memastikan supaya sumber tidak dieksplotasi dengan sewenag-wenangnya demi menjamin pembangunan lestari yang dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan masa akan datang ( Jamaluddin Jahi : 1995).

Namun begitu, sejak kebelakangan ini masalah kemerosotan kualiti alam sekitar menjadi semakin meruncing samada di dalam dan di luar negara. Segalanya bermula dengan ketiakseimbangan  sistem ekologi. Antara isu-isu alam sekitar yang sering mendapat perhatian dunia dan meresahkan kita ialah  percemaran Udara seperti kejadian jerebu, pencemaran air seperti pembuangan sampah sarap, bahan kimia dan toksid ke dalam sungai, pelindungan atmosfera seperti fenomena kesan runah hijaudan pulau haba yang biasanya di kawasan yang tinggi pembangunan, penipisan ozon, percemaran lautan dan perselisiran pantai dan seumpamanya.

Di Malaysia, isu yang berkaitan alam sekitar turut mendapat perhatian berbagai-bagai pihak. Antara isu yang berkaitan alam sekitar yang hangat diperkatakan ialah peristiwa runtuhan banguanan kondominium Highland Tower di Ulu Kelang pada hujung tahun 1993. Laporan mediabukan sahaja melibatkan kematian, kerugian dan kerja-kerja menyelamat malah aspek yang berkaitan dengan alam sekitar turut dibincangkan. Kegagalan pemaju mengenalpasti terdapatnya gua batu kapur di bawah tapak bangunan dan hakisan akibat penebangan hutan di kawasan bukit antara punca tragedi tersebut. (Berita Harian 11 disember 1993).

Pada Jun 1995 pula masyarakat Malaysia digemparkan dengan keruntuhan tanah di Genting Highland, Pahang yang mengorbankan 21 nyawa. Kejadian yang dikatakan berpunca dari pembangunan yang tidak terkawal di kawasan di kawasan bukit tersebut dan mengakibatkan gangguan terhadap keseimbangan kawasan tadahan air (Utusan Malaysia 21 Jun 1995). Ini disusuri kejadian tanah runtuh di Gua Tempurung terletak di lebuhraya Utara-Selatan (Utusan Malaysia 28 Mac 1996). Perkara yang sama turut berlaku sekali lagi pada 6 disember 2008 tanah mengelosorkan kebanyakkan rumah di Bukit Antarabangsa. Selain itu, banyak isu-isu berkaitan pembangunan tanah tinggi berlaku didedahkan dalam media massa. 

Pelbagai jenis masalah kemerosotan kualiti alam sekitar yang dibincangkan adalah contoh betapa seriusnya masalah ini. Kemerosotan kualiti alam sekitar dunia masa kini sering dibentangkan dan diperluaskan oleh pelbagai bentuk media. Semua ini adalah untuk mewujudkan kesedaran manusia tentang betapa penting dan kritikal masalah kemerosotan kualiti alam sekitar masa kini (Macionis 1997). Di Britian, percemaran udara adalah berpunca daripada cerobong-cerobong asap pusatjana kuasa. Ia telah memusnahkan perhutanan dan perikanan di Norway, Sweden. Permusnah ini telah mencemarkan udara tersebut dan ini menyebabkan berlakunya hujan asid dan seterusnya mencemarkan air di tasik dan sungai terlibat (Macionis 1997). 

Satu cara yang berkesan untuk mengatasi semua masalah ini tetapi memerlukan masa yang lama iaitu pendidikan iaitu samada formal atau tidak formal (Jamaludin Jahi 1995). Isu-isu berkaitan dengan alam sekitar sering disoal dan dibincangkan (Mohammad Ali Hassan 1988). Contohnya Dasar alam sekitar dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976) telah direalisasikan. Dan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan permasalahan ini terus berlaku. Akan tetapi kurangnya kesedaran dan pengetahuan manusia terhadap proses-proses yang berlaku di atas bumi. Sehingga mengabaikan alam sekitar yang perlu di jaga dan di pelihara.  Usaha berterusan daripada pihak  kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara hijau akan dapat dicapai jika semua pihak berganding bahu di dalam mengatasi permasalahan global ini dari terus berlaku. 


" Bumi Untuk Semua"

Bengkel Rakan Alam Sekitar 2011 (RAS 11), UKM

Dengan kerjasama

 Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH), Hulu Langat


No comments:

Post a Comment