Thursday, October 21, 2010

Pengurusan Persatuan Di Sekolah : St. John Ambulans


KRONOLOGI SEJARAH ST.JOHN SECARA RINGKAS


A.D - Sejarah St. John bermula

800 - Maharaja Charlemangne telah membina Hospice dengan kebenaran Khalifah Harun Al- Rasyid

1010 - Khalifah El-Halim telah memusnahkan semua bangunan. Beliau adalah Raja yang zalim

1023 - Saudagar dari Almalfi telah membeli sebuah tapak Hospice dan membangunkan semula the Order dengan mengambil lambang Republik Almalfi iaitu bintang Lapan Penjuru

1113 - Pope Paschal LL mengambil Order dibawah naungannya

1291 - The Order dihalau dari Jerussalem, Knights melarikan diri ke Cyprus

1310 - Knights of St. John telah menawan kepulauan Rhodes dan menjadikannya kubu mereka sambil meneruskan tugas murni mereka.

1522 - Kepulauan Rhodes ditawan

1530 - Kepulauan Malta diberi kepada Knights of St.John oleh Maharaja Charles V

1798 - Kepulauan Malta ditawan oleh Napoleon

1834 - Order telah dibangunkan semula di England Rev. Sir Robert Peat dilantik sebagi Grand Pior yang pertama

1877 - S.J.A Association ditubuhkan

1882 - St.John Ophtalmic Hospital ditubuhkan kerana sakit mata telah berleluasa

1887 - S.J.A Briged ditubuhkan

1908 - St. John Ambulans ditubuhkan di Malaya

1938- Bahagian yang pertama dibuka di Johor

1955 - The Order mendapat piawai di Raja di England dengan nama penuh “The Grand Prioy In The British Realm Of The Most Venerable Order Of The Hospital Of St. John Of Jerussalem”

1972 - SJAA dan SJAB telah diperbadankan dan Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin dilantik sebagai Pemerintah Agung.

01/08/1973 - Akta SJAM diluluskan

SEJARAH LAMBANG ST. JOHN AMBULANS

Sejarah lambang St. John Ambulans boleh dikesan kira-kira tahun 1099 di Jerussalem. Semasa Crusader menawan Bandar Suci Jerussalem, mereka mendapati sekumpulan Benedivtine Monks sedang merawat askar yang cedera dan sakit. Saudagar yang kaya dari Republik Amalfi (kini sebahagian daripada Itali berdekatan dengan Naples) telah menghadiahkan wang dan tanah kepada mereka. Benedictine Monk yang diketuai oleh the Blessed Peter Grand of Martigues, iaitu pengasas the Order of St.John of Jerussalem, telah menerima lambang Republik Amalfi diatas latar hitam dan menubuhkan Order of St. John untuk mengenang nama Saint John iaitu seorang Baptist.

Lambang St. John Malaysia (SJAM)

Pergerakan St John Ambulans di Malaya bermula sejak 1908. Semasa Perang Dunia Kedua, ahli Briged telah berkhidmat dalam Perkhidmatan sukarela Perubatan British (British Medical Ausxiliary Service – MAS). Selepas peperangan, kerajaan telah menubuhkan unit di beberapa negeri. Pada tahun 1972, satu Akta Parlimen telah mengabungkan Persatuan St. John Ambulans (SJAA) dan Briged St. John Ambulans (SJAB) kepada satu perbadanan tunggal yang dinamakan St. John Ambulans Malaysia, 1972 menetapkan supaya lambang SJAM adalah dilindungi dan nama “St. John” adalah kegunaan pihak berkuasa. Semua penggunaan rasmi lambang SJAM adalah dinyatakan dalam Peraturan Am St.John Ambulans Malaysia, 1996 dan harus dipatuhi untuk memberi reka bentuk seperti berikut:

 Palang putih St.John dengan bintang Diraja berwarna putih dikelilingi dengan latar belakang berwarna hitam. Tiada bahagian lain harus ditukar.

 Nama “St.John Ambulans” dalam bahasa Melayu harus digunakan. Penggunaan lambang dengan perkataan bahasa Inggeris tidak harus digunakan di Malaysia.

 Huruf “T” dalam perkataan “St.” Untuk tujuan lambang titik harus diletakkan di bawah “T”. Walau bagaimanapun, untuk tujuan bertulis, cara penulisan biasa akan digunakan, contohnya, “St.”

 Nama “St. John Ambulans” bermula pada penjuru bawah palang kiri dan mengililingi secara semi bulatan menuju sehingga ke penjuru bawah palang kanan. Huruf “N” dalam perkataan “John” dan huruf “M” dalam perkatan “Ambulans” harus diatas penjuru kiri dan kanan palang atas.

 Perkataan “Malaysia” harus diletakkan dibawah lambang dengan huruf pertama “A” dan “S” dibawah penjuru kiri dan kanan palang bawah.

 Lambang akan dikelilingi dengan bulatan tebal berwarna hitam.


LATAR BELAKANG DAN PERATURAN ST. JOHN

St. John Ambulans Malaysia telah diperbadankan bawah UNDANG-UNDANG MALAYSIA , AKTA 74, yang dikenali sebagai AKTA PERBADANAN St. John Ambulans Malaysia 1972. Dibawah akta ini telah dibuat Kaedah-Kaedah St. John Ambulans 1973 yang telah dikeluarkan dalam Warta Kerajaan Jil 17 NO. 25 Tambahan No.63 PERUNDANGAN (A) bertarikh 6 Disember 1973.

Kelakuan dan perlantikan serta lencana/lambang dan uniform. Perbadanan ini adalah dikawal dibawah AKTA ini.

Secara amnya organisasi perbadanan ini terbahagi kepada tiga peringkat :

1. Peringkat Kebangsaan

2. Peringkat Negeri/Wilayah

3. Peringkat Kawasan

Diperingkat Kawasan ia terdiri dari Division yang menpunyai keanggotaan mengikut status division.

• Division Kadet Rendah (8-11 tahun)

• Division Kadet (11-17 tahun)

• Division Dewasa (17-70 tahun)

Walaubagaimanapun, atas pertimbangan pemerintah pada umur 16 tahun seseorang boleh dimasukkan ke dalam Division Dewasa.

Seseorang yang terjadi ahli St.John Ambulans boleh bertukar dari satu Division kepada Division/ Kawasan dalam mana-mana tempat dalam Malaysia dan luar Malaysia di mana terdapat St.John Ambulans di tempat tersebut.

MATLAMAT ST. JOHN AMBULAN

Diharapkan akan mencapai matlamat seperti berikut :

1. Menimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal, dan menyemai, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai murni dalam pendidikan

2. Memberi perkhidmatan dan membantu masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

3. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturahim di kalangan ahli.

4. Meningkatkan displin diri

5. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan

6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI OLEH AHLI ST. JOHN AMBULANS

- Pertolongan Cemas

Ilmu dan kemahiran pertolongan cemas merupakan aset yang amat penting. Ia amat berguna bagi setiap orang memberi sumbangan bakti kepada masyarakat. Pertolongan cemas ialah rawatan yang diberikan sementara waktu kepada mangsa kemalangan atau pesakit. Pertolongan cemas ini diberikan sebelum pesakit mendapat bantuan yang sewajarnya daripada doktor atau pakar. Tujuan Pertolongan Cemas ialah mengurangkan bahaya, mengurangkan kecederaan dan mengurangkan bahaya kecederaan.

- Kelayakkan Pemberi Pertolongan Cemas

Pemberi pertolongan cemas seharusnya mempunyai beberapa sifat, iaitu :

a) Mengesan maklumat dan mengenal pasti punca yang menyebabkan kecederaan

b) Menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di sekitar tempat kemalangan dengan cekap bagi membantu mangsa mereka boleh mengendalikan rawatan dan pertolongan mengikut keutamaan.

c) Tidak mudah panik, tidak gugup dan tidak putus asa. Mereka mesti melakukan bantuan kecemasan dengan penuh keyakinan dan tenang dan teratur.

d) Memberi bantuan dengan sebaik mungkin dan tidak menambahkan kesakitan kepada pesakit.

e) Memberi arahan dan panduan yang jelas kepada mangsa kemalangan jika mangsa sedar.

- Peraturan Asas Pertolongan Cemas

1) Mengenal pasti punca kemalangan, daripada kesan kejadian, tanda yang terdapat pada pesakit dan perubahan pada tubuh badan pesakit seperti pucat dan sebagainya

2) Memberi pertolongan cemas dengan tertib, cepat, tenang dan senyap.

3) Jika pernafasan pesakit terhenti, pulihkan pernafasan pesakit, tenangkan pesakit supaya tidak terkejut. Jangan melayan pesakit bercakap tentang perkara yang tidak penting.

4) Memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada pesakit dengan kata-kata yang manis seperti “ kecederaan anda sedikit, saya cuba membantu anda”

5) Pindahkan pesakit ke tempat yang lebih selamat, jika perlu bawa pesakit berjumpa doktor dengan segera

6) Beritahu keluarga pesakit atau melaporkannya kepada pihak polis.

- Peralatan Asas Pertolongan Cemas

Peti pertolongan cemas sangat penting ketika memberi pertolongan kepada mangsa. Setiap orang perlu mengetahui nama peralatan dan ubat-ubatan yang terdapat dalam peti kecemasan. Alat dan ubatan dalam peti pertolongan cemas ialah Aspirin, Ubat melepuh, Termometer, Mangkuk enamel, Kain pembalut, Kapas, Kain tekap, Elastoplast, Pin semat dan gunting.
 Perkhidmatan Yang Disediakan

7.1 Perkhidmatan Ambulans

Ambulans yang disediakan oleh pihak Saint John adalah ehsan dan sumbangan daripada Public Bank Sdn. Bhd, Sport Toto (M) Sdn.Bhd. dan Resort World Bhd. Perkhidmatan ambulans ini disediakan selama 24 jam dengan menghantar pesakit ke hospital-hospital yang terdekat.

 Pusat Hemodialisis

Pihak St.John menyediakan perkhidmatan latihan kecemasan kepada ahlinya sejak 1908. Mereka menyediakan latihan kepada pelajar sekolah, pelajar IPT dan sukarelawan yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini.

Wednesday, September 1, 2010

Karya Berkaitan Perawi Sahabat




Terdapat beberapa karya khusus pada Sahabat Nabi Radiallahuanhu, dan antara yang terpenting:


1. Al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Ashab ((الأستيعاب في معرفة الأصحا ب hasil karya Abu ‘Umar Yusuf Ibn ‘Abd Allah (Ibn ‘Abd al-Barr) al- Qurtubi (368-463 H). Kitab ini membincangkan sebanyak 4225 biografi Sahabat ( lelaki dan wanita )


2. Usd al-Ghabah fi ma’rifah al-sahabah ( أسد الغابة في معرفة الأصحاب ) oleh ‘Iz al- Din Abu al-Hasan ‘Ali ibn Muhammad (Ibn al-Athir) (555-630 H). kitab ini disusun dalam 5 jilid. Pengarangnya telah memuatkan sebanyak 7554 biodata sahabat.


3. Al-Isabah Fi Tamyiz Al-Sahabah ( الإصابة في تمييز الصحابة ) oleh Iman Hafiz Syihab al-Din Ahmad Ibn ‘Ali al- Kannani ( Ibn Hajar ) al-‘Asqalani (773-852 H ). Kitab ini mengandungi 9377 nama, 1268 gelaran para Sahabat serta 1552 biodata kalangan sahabat Wanita.


4. Kebanyakannya menyeluruh sempurna dan teliti


5. Kehidupan Sahabat (1363 H ) ialah kitab yang berbeza dari kitab sebelumnya, tidak menetapkan nama, tapi disusun mengikut tajuk dan disebutkan dari sahabat apa yang telah mereka mendalami ilmu, ikhlas dalam perbuatan dan tindakan kejadian jihad dan pengorbanan.


AL-TABI’IN


Al-Tabi’in ialah mereka yang bertemu dengan salah seorang Sahabat Rasulullah s.a.w atau ramai dalam keadaan beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w serta meninggal dalam iman dan Islam. Mereka merupakan golongan yang mendapat kelebihan dan rahmat daripada Allah sebagaimana firman-Nya dalam (Surah al-Taubat ayat:100):

Dan orang-orang yang terdahulu iaitu orang yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak lagkah) mereka dengan mencari kebaikan (iman dan taat). Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar.


Dalam Hadis Nabi yang mengakui kelebihan golongan tabi’n


Sabda Rasulullah :


خير الناس قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

Maksudnya: Sebaik-baik kalangan umatnya ialah generasiku, kemudian mereka yang selepas generasiku kemudian mereka yang selepas generasi selepasku.


Rasullullah juga mengatakan amat generasi ini adalah kalangan mereka yang bertuah sebagaimana Sahabat baginda melalui pengakuannya :


Maksudnya: Bertuahlah orang yang melihat dan beriman denganku (sahabat), dan bertuahlah bagi mereka yang melihat orang yang melihaku (Tabi’in).


Jesteru, golongan ini adalah golongan yang istimewa dan tentunya mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh generasi selepasnya. Ulama hadis membahagikan mereka kepada tabaqah ini berdasarkan masa mereka kepada tiga, iaitu :


a) Tabi’in Besar, mereka ialah kalangan yang meriwayatkan hadis dari kalangan Sahabat Besar, dimana kedudukan riwayat mereka hampir menyamai kedudukan riwayat kalangan Sahabat Kecil atau akhir. Dan yang terkenal Said bin Al- Musayyab ( 90 H), Urwah bin al-Zubair (94 H), al- Hasan al- Basri (110 H)


b) Tabi’in Sederhana, mereka adalah kalangan yang meriwayatkan daripada Sahabat juga Tabi’in.


c) Tabi’in Kecil. Mereka ialah kalangan yang sempat meriwayatkan hadis dari kalangan Sahabat kecil. Mereka sempat meriwayatkan hadis ketika kecil dari kalangan Sahabat Kecil yang telah berusia, dimana Sahabat Kecil itu sempat bertemu Rasullullah s.a.w ketika mereka masih kecil.

Kalangan Tabi’in ini berlainan kedudukan mereka berdasarkan negeri tempat tinggal mereka :


a. Di Madinah : Said bin Al- musayyab


b. Di Basrah : al- Hasan al- Basri


c. Di Kufah : Uwais al- Qarani


Selain Tabi’in kalangan lelaki, terdapat juga Tabi’in kalangan wanita yang masyhur, antaranya : Hafsah binti Sirin, ‘Amrah binti Abd al- Rahman dan Umm al-Darda’al-Sugra, namanya Hujaimah.



AL-MUKHADRAMUN ( المحضرمون )

Mukhadramun adalah jamak kepada mukhadham. Mereka adalah kalangan Tabi’in yang sempat hidup di zaman jahiliah sezaman dengan Rasulullah s.a.w memeluk Islam tapi tidak sempat melihat Baginda s.a.w. Dikalangan Ahli Hadis ada yang mengatakan mereka boleh dimasukkan kalangan Sahabat berdasarkan masa hidup, kalangan Tabi’in berdasarkan tidak sempat melihat Baginda s.a.w.


Antaran yang terkenal ‘Amru bin Maimun al- Azdi ( 74 H), Suwaid bin Ghafalah ( 80 H), dan Abu Uthman al-Nahdi (95 H).



TABI’IN TABI’INNA

Tabi’in yang terakhir bertemu dengan sahabat yang terakhir meninggal dunia mati dalam Islam.


Dan mereka yang terkenal dari pengikut tabi’in ialah Anas bin Malik, dan Sa’ib bin Yazid.


TABI'UT TABI'IN


Tabi’ut Tabi’in adalah seseorang yang pernah bertemu atau berguru dengan tabi’in dan meninggal dunia dalam keadaan beragama islam. Tabi’ut tabi’in dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:


1. Tabi'ut tabi'in besar. Mereka ialah dari kalangan yang banyak meriwayatkan hadis dari kalangan Tabi’in.


2. Tabi'ut tabi'in sederhana. Mereka adalah kalangan yang meriwayatkan daripada tabi’in dan juga tabi’ut tabi’in


3. Tabi'ut tabi'in kecil mereka ialah kalangan yang meriwayatkan hadis daripada tabi’in melainkan hanya sedikit sahaja.


Antara tokoh-tokoh tabi’ut tabi’in ialah Malik bin Anas, Al-Auza'iy, Sufyan Ats-Tsauriy dan lain lagi.


MENGENAI PERAWI YANG DISEBUTKAN DENGAN PELBAGAI NAMA DAN SIFAT YANG BERBEZA


Perawi sering dikaitkan dengan beberapa nama, gelaran atau kuniah yang berbeza, seseorang individu atau beberapa orang .


Contoh :


Muhammad bin al-Sa’ib al-Kalbi. Setengah orang menamakanya Abu al-Nadhr dan setengah pula menamakannya Hammad bin al-Sa’ib dan ada menamakannya Abu Hisyam / Abu Sa’ib.


Al-Khatib al-Baghdadi banyak meletakkan pelbagai nama pada syaikh-syaikhnya


Beliau meriwayatkan dalam kitabnya daripada Abu al-Qasim al-Azhari, ‘Ubaidullah bin Abi al-Fath al-Farisi, ‘Ubaidullah bin Ahmad bin ‘Uthman al-Sairafi. Kesemua nama-nama itu adalah orang yang sama.



MENGENALI NAMA-NAMA, KUNIAH DAN GELARAN YANG TUNGGAL



Maksud Tunggal


Sahabat atau perawi – perawi lain secara umumnya atau ulama yang mempunyai nama, kuniah atau laqab yang tidak sama dengan orang lain dan pada kebiasaannya nama tunggal itu ganjil dan sukar disebut.


Contoh


Nama:


Dari kalangan sahabat: Ajmad bin ‘Ujyan, dibaca dengan timbangan Sufyan atau ‘Ulayyan ya’ni ‘Ujayyan dan Sandar dengan timbangan Ja’far.


Bukan dari kalangan sahabat: Ausat bin ‘Amar, Dhuraib bin Nuqair bin Sumair.


Kuniah:


Dari kalangan sahabat: Abu al-Hamra`, maula Rasulullah s.a.w, namanya ialah Hilal bin al-Harith.


Bukan Dari Kalangan Sahabat:


Abu al-‘Ubaidain, namanya ialah Mu’awiyah bin Sabrah.


Gelaran:


Dari kalangan sahabat: Safinah, maula Rasulullah s.a.w., namanya ialah Mihran.


Bukan dari kalangan sahabat: Mandal, namanya ialah ‘Amar bin ‘Ali al-Ghazzi al-Kufi.


Kitab-Kitab Yang Paling Masyhur


Al-Hafiz Ahmad bin Harun al-Bardiji telah mengkhususkan dengan satu kitab yang dinamakan al-Asma` al-Mufradah. Perbahasan ini juga boleh didapati di hujung kitab-kitab rijal seperti Taqrib al-Tahzib oleh Hafiz Ibn Hajar.



MENGENAL NAMA-NAMA YANG TERKENAL DENGAN KUNIAH

 
Yang dimaksudkan dengan perbahasan ini ialah menyiasat nama-nama perawi yang terkenal dengan kuniah supaya diketahui nama mereka yang tidak masyhur.

Faedah


Faedah mengetahui perbahasan ini ialah supaya perawi yang sama tidak dianggap sebagai dua orang kerana boleh jadi individu ini disebut dengan namanya yang tidak masyhur dan kemudian disebutkan dengan kuniahnya yang masyhur. Kepada orang yang tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara ini dia akan keliru lalu menganggap itu adalah dua orang berlainan sedangkan dia adalah orang yang sama.


Cara Penulisan Perbahasan Ini


Ulama yang menulis tentang al-Kuna (kuniah-kuniah) menyusun bab-bab mengikut tertib abjad pada kuniah kemudian menyebutkan nama-nama pemilik kuniah. Contohnya dalam bab hamzah disebutkan Abu Ishaq, dan disebutkan namanya. Dalam bab huruf ba` Abu Bisyr dan disebutkan namanya.


Bahagian Pemilik-Pemilik Kuniah Dan Contoh-Contohnya


1. Perawi yang namanya kuniahnya. Dia tidak mempunyai nama selain dari kuniah itu seperti Abu Bilal al-Asy’ari, namanya adalah kuniahnya.


2. Perawi yang dikenali dengan kuniahnya dan tidak diketahui adakah dia mempunyai nama atau tidak seperti Abu Unas, seorang sahabat.


3. Perawi yang digelar dengan kuniah, dia mempunyai nama dan kuniah yang lain seperti Abu Turab gelaran kepada ‘Ali bin Abi Talib dan kuniahnya Abu al-Hasan.


4. Perawi yang mempunyai dua kuniah atau lebih seperti Ibn Juraij. Beliau juga diberikan kuniah dengan Abu al-Walid dan Abu Khalid.


5. Perawi yang tidak disepakati kuniahnya. Seperti Usamah bin Zaid, dikatakan kuniahnya Abu Muhammad, juga dikatakan Abu ‘Abdullah dan Abu Kharijah.


6. Perawi yang dikenali kuniahnya tetapi berbeza pendapat tentang namanya. Seperti Abu Hurairah. Terdapat perbezaan pendapat tentang namanya dan nama ayahnya sebanyak 30 pendapat. Pendapat paling masyhur ialah ‘Abdul Rahman bin Sakhr.


7. Perawi yang tidak disepakati nama dan kuniahnya. Seperti Safinah. Dikatakan namanya ‘Umair, Soleh dan Mihran. Kuniahnya dikatakan Abu ‘Abdul Rahman dan Abu al-Bakhtari.


8. Perawi yang dikenali dengan namanya dan kuniahnya dan dia terkenal kedua-duanya sekali. Seperti Abu Abdillah kuniah kepada Sufyan al-Thauri, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris al-Syafi’i dan Ahmad bin Hanbal. Begitu juga Abu Hanifah kuniah kepada al-Nu’man bin Thabit.


9. Perawi yang terkenal dengan kuniah dan dikenali juga namanya. Seperti Abu Idris al-Khaulani, namanya ‘Aizullah.


10. Perawi yang terkenal dengan namanya dan dikenali juga kuniahnya. Seperti Talhah bin ‘Ubaidillah al-Taimi, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf, al-hasan bin ‘Ali bin Abi Talib, kuniah mereka ialah Abu Muhammad.

 
Kitab-Kitab Yang Masyhur


Ulama telah menulis banyak kitab tentang kuna. Antara yang menulis tentangnya ialah


‘Ali bin al-Madini, Muslim, al-Nasa`i.


Kitab terkenal yang dicetak ialah al-Kuna Wa al-Asma` oleh al-Daulabi Abu Bisyr Muhammad bin Ahmad, meninggal dunia pada tahun 310H.


MENGENALI GELARAN-GELARAN

Definisi Bahasa


Alqab jamak laqb maknanya gelaran iaitu setiap sifat yang menggambarkan ketinggian atau kerendahan, atau menunjukkan pujian atau celaan.


Maksud Perbahasan


Maksud perbahasan ini memeriksa dan menyiasat gelaran ahli hadis dan para perawi untuk mengenali dan menentukannya.


Faedah


Faedah mengenali gelaran ada dua:


1. Tidak menyangka gelaran sebagai nama dan individu yang disebutkan sekali dengan nama dan sekali dengan gelaran sebagai dua orang sedangkan dia adalah orang yang sama.


2. Mengetahui sebab perawi disebutkan dengan gelaran itu, maka dapat diketahui maksud sebenar gelaran yang sering kali bertentangan dengan maksud zahirnya



Bahagian-Bahagian


Ada dua bahagian iaitu


1. Gelaran yang tidak harus memperkenalkan perawi dengannya. Orang yang disebutkan gelaran itu padanya tidak menyukainya.


2. Gelaran yang harus memperkenalkan perawi dengannya. Orang yang disebutkan gelaran itu padanya menyenanginya.

 
Contoh-contoh


1. Al-Dhaall (orang yang sesat), gelaran Mu'awiyah bin Abdul Karim, kerana beliau tersesat dalam perjalanan ke Mekah.


2. Al-Dha'if (orang yang lemah), gelaran 'Abdullah bin Muhammad. Dipanggil begitu kerana lemahnya pada fizikal bukan pada hadisnya. Abdul Ghani bin Sa’d berkata: Dua tokoh utama tetapi melekat pada mereka berdua gelaran yang buruk, al-Dhaall dan al-Dha'if.


3. Ghundar, ma’nanya dalam bahasa Ahli Hijaz orang membuat riuh rendah. Gelaran ini diberikan kepada Muhammad bin Ja’far al-Basri sebabnya Ibn Juraij datang ke Basrah lalu beliau menceritakan hadis daripada al-Hasan al-Basri lalu mereka mengingkarinya dan kecoh dan Muhammad bin Ja’far yang paling bising membuat riuh. Ibn Juraij berkata kepadanya: “Diam wahai Ghundar”.


4. Ghunjar, gelaran kepada ‘Isa bin Musa al-Taimi kerana bahagian atas pipinya yang merah.


5. Sha’iqah, gelaran Muhammad bin Ibrahim al-Hafiz. Imam al-Bukhri mengambil riwayat daripadanya. Beliau digelar begitu kerana ingatannya dan cepatnya perbincangannya.


6. Musykudanah, gelaran ‘Abdullah bin ‘Umar al-Umawi. Dalam bahasa Parsi, maksudnya biji kasturi atau bekas kasturi.


7. Mutayyan, gelaran Abu Ja’far al-Hadhrami. Beliau diberikan gelaran ini kerana semasa kecil beliau bermain-main bersama kanak-kanak dalam air lalu mereka melumurkan belakangnya dengan tanah. Abu Nu’aim berkata kepadanya: Wahai Mutayyan (orang yang berlumuran tanah) kenapa engkau tidak menghadiri majlis ilmu



Kitab-Kitab Yang Terkenal


Ulama mutaqaddimin dan mutakhirin telah menyusun kitab tentang gelaran-gelaran dan kitab yang paling baik dan paling ringkas ialah Nuzhah al-Albab oleh Hafiz Ibn Hajar


Al-Mansubun Ila Ghair Aba’ihim


Gelaran yang membicarakan tentang perawi-perawi yang dibinkan kepada bukan ayah mereka. Ianya penting kerana apabila ketika mereka dibinkan kepada ayah mereka orang menyangka mereka adalah individu yang berlainan sedangkan mereka adalah individu yang sama


Contohnya:


1. Mu’az Ibn ‘Afra yang dibinkan kepada emaknya sedangkan ayahnya bernama Al-Harith


2. Muhd ibn Al-Hanafiyyah sedangkan nama ayahnya ‘Ali Ibn Abi Talib


3. Ya’la ibn Munyah yang dibinkan kepada nenek sebelah ayah


4. Ahmad Ibn Hambal yangdibinkan kepada datuk sebelah ayah


5. Al-Migdad Ibn Al-aswad yang dibinkan kepada orang yang memeliharanya sedangkan ayahnya bernama Amr Al-Khindi.



Tidak ada rujukan khusus (setakat yang penulis tahu) untuk gelaran ini, walau


bagaimanapun maklumat tentangnya terdapat di dalam kitab rijal hadith secara umum


An –Nasab Allati’ Ala Khilaf Zahiriha


Gelaran ini membahaskan tentang perawi-perawi yang kerana sesuatu peristiwa atau munasabah tertentu telah dinisbah di gelar atau disifatkan dengan sesuatu yang boleh mengelirukan sedangkan ia bukan nisbah gelaran atau sifatnya yang sebenar.


Contohnya:


1. Abu Mas’ud Al-Badri, beliau dinisbahkan kepada badar bukan kerana turut menyertai perang Badar tetapi kerana pernah menetap di sana.


2. Yazid Al-Faqir, beliau disifatkan faqir bukan kerana kefakirannya tetapi kerana beliau mengalami sakit bahagian tulang belakang yang digelar “faqar”.


3. Khalid Al-Hazza’, beliau digelar tukang kasut bukan kerana beliau seorang tukang kasut, tetapi kerana beliau seorang tukang kasut, tetapi kerana beliau suka mendampingi tukang-tukang kasut sehingga digelar al-hazza’


Antara rujukan utama ialah Kitab Al-Lubab Fi Tahzib Al-Ansab oleh Ibn Al-Athir Al- Jazari.

Al-Muttafiq Wa Al-Muftariq


Ilmu ini membincarakan tentang perawi-perawi yang nama mereka dan nama ayah mereka sama, baik dari segi tulisan mahupun bacaannya, sementara berbeza orangnya. Kerana ada terjadi diantara mereka itu yang sama nama, dan nasab-nasabnya.


Contohnya:


1. Al-khalil bin Ahmad: terdapat enam orang yang mempunyai nama yang sama,


salah seorang daripadanya ialah guru kepada Sibawaih.


2. Ahmad bin Ja’far bin Hamdan: yang dimiliki oleh empat orang perawi dari


tabaqat yang sama


3. Umar bin Khatab: ada enam orang yang mempunyai nama yang sama

Kepentingan Dan Faedahnya:


Mengetahui ilmu ini adalah penting sekali, agar orang tidak menyangka nama tersebut dimiliki oleh seorang perawi sahaja, dan ia menjadi lebih penting apabila perawi-perawi yang berlainan itu dihukum dengan hukuman yang berbeza dari segi kethiqahan dan kedhaifannya. Maka melalui disiplin ini dapatlah dikenal pasti siapakah sebenarnya yang meriwayatkan sesebuah hadith di antara mereka, yang thiqah ataupun yang dhaif.


Antara kitab-kitab yang terkenal ialah, Kitab Al-Muttafiq Wa Al-Muftariq, karya


Al-Khatib Al-Baghdadi.

 
Al-Mu’talif Wa Al-Mukhtalif


Disiplin ini membahaskan tentang perawi-perawi yang mempunyai nama, gelaran,kuniah atau nasab yang sama dari segi tulisannya, tetapi berlainan dari segi sebutannya.



Contoh-contohnya:


1. Salam dan sallam) ( سلام و سلام


2. Miswar dan musawwar ( مسورومسور )


Kepentingan disiplin ini, sama dengan sebelumnya iairu mengelak daripada berlaku kesilapan dalam menentukan perawi. Dalam konteks ini Ibnu Al-Madani berkata: “kesilapan riwayat paling banyak berlaku pada nama-nama perawi”. Ini kerana nama seseorang tidak boleh di agak atau di ukur dengan sesuatu ukuran dan tidak boleh ditentukan mengikut kaedah tertentu. Antara kitab-kitab terkenal yang membahaskan tentang ilmu ini ialah, kitab ‘Al-Mukhtalif “oleh Abdul Ghani Bin Said dan Kitab” Al-Ikmal oleh Ibn Makula.

Al-Mutashabih


Membahaskan tentang nama perawi yang hampir sama samaada dari segi tulisan mahupun lafaznya, sementara nama-nama bapa mereka berbeza lafaznya tetapi sama tulisannya atau sebaliknya. Ulama telah membahagikan ini kepada beberapa jenis, iaitu:

 
1. Nama-nama perawi yang sama dari segi tulisan dan bacaan tetapi nama ayah mereka berbeza dari segi sebutan walaupun sama dari segi tulisan, seperti: Muhd Ibn ‘Uqail dengan Muhd Ibn ‘Aqil


2. Perawi-perawi yang nama ayah mereka sama dari segi tulisan dan sebutan sedangkan nama mereka sendiri dari segi sebutan sekalipun sana dari segi tulisan, seperti: Shuraih Ibn An-Nu’man dengan Suraij Ibn An-Nu’man.


3. Perawi-perawi yang nama mereka sama tetapi nama ayah mereka berbeza pada satu atau dua huruf sahaja, seperti: Muhammad Ibn Hunain dengan Muhammad Ibn Jubair.


4. Perawi-perawi yang nama mereka sama dengan nama ayah perawi lain sebaliknya ayah mereka pula sama dengan nama perawi tersebut, seperti: Al-Aswad Ibn Yazid dengan Yazid Ibn Al-Aswad.

 
Displin ini penting untuk mengenalpasti seseorang perawi dan mengelak kekeliruaan. Antara rujukan utamanya ialah kitab talkhis al-mutashabih fi ar-rasm oleh khatib al-baghdadi.

 
Al-Ikhwah Wa Al-Akhawat


Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya perawi-perawi yang mempunyai hubungan persaudaraan, yang saling meriwayat hadith antara satu sama lain.


Contohnya:


1. Di peringkat Sahabat seperti, ‘Umar Ibn Al-Khattab dengan Zaid Ibn Al-Khattab,


2. Diperingkat Tabi’in seperti Muhd Ibn Sirin dengan adik beradiknya iaitu Anas Yahya, Ma’bad, Hafsah dan Karimah.


3. Di peringkat Al-Atba’ pula seperti Sufyan Ibn’ Uyaynah dan adik beradiknya iaitu, Adam, Imran, Muhd dan Ibrahim.

 
Faedahnya antara lain ialah untuk membezakan antara perawi-perawi yangmemiliki nama ayah yang sama dan memang mereka mempunyai hubungan adik beradik sebagaimana contoh-contoh diatas, dengan perawi yang nama ayah mereka juga sama tetapi tidak mempunyai hubungan adik beradik seperti Abdullah Ibn Dinar dengan Amru Ibn Dinar. Di mana bagi yang tidak tahu mungkin menyangka keduanya adalah adik beradik sedangkan hakikatnya tidak.

Antara rujukan utama disiplin ini ialah, Kitab Al-Ikhwah oleh Abu Al-Abbas As-


Sarraj dan Kitab Al-Ikhwah oleh Abi Al-Mutarrif Ibn Fatis Al-Andalusi


Al-Mudabbaj Wa Riwayat Al-Aqran


Tajuk ini,membincangkan tentang perawi-perawi yang sebaya, seangkatan atau


sezaman, yang saling meriwayatkan hadith antara satu sama lain.


Contohnya:


1. Diperingkat sahabat seperti ‘Aisyah dengan Abu Hurairah.


2. Diperingkat tabi’in seperti Al-Zuhri dengan ‘Umar Ibn ‘Abd Al-‘Aziz


3. Diperingkat atba’ at-tabi’in seperti Malik dengan Al-Auza ‘i.

 
Faedahnya, supaya orang tidak tersalah anggap bahawa berlaku penambahan perawi pada sanad atau berlaku pertukaran (‘an) dengan (wau) pada lafaz periwayatan.Antara rujukan utama disiplin ini ialah kitab Al-Mudabbaj oleh Al-Daraqutni dan kitab Riwayat Al-Aqran oleh Abu Al-Syeikh Al-Asbahani.

 
As-Sabiq Wa Al-Lahiq


Tajuk ini membicarakan tentang dua orang perawi yang meriwayatkan hadith yang sama dari seorang guru sedangkan perbezaan umur antara mereka berdua amat ketara.


Contohnya:


Ibnu Syihab Al-Zuhri dengan Ahmad Ibn Ismail As-Sahmi yang sama-sama meriwayatkan hadith daripada Imam Malik (179H). Sedangkan beza umur mereka ialah135 tahun, di mana Al-Zuhri meninggal pada tahun 124H manakala As-Sahmi pula padatahun 259H.

 
Melalui tajuk ini, kesinambungan sesuatu sanad yang kontroversi dapat dipastikan, disamping dapat mengenal pasti manakah sanad yang tinggi (pendek) danmanakah sanad yang rendah (panjang). Antara rujukan utamanya ialah kitab As-Sabiq Wa Al-Lahiq oleh Al-Khatib Al-Baghdadi

 
GELARAN-GELARAN ILMUAN PERAWI


Al- Musnid


Seorang yang meriwayatkan hadis dengan bersanad sama ada memahaminya atau semata-mata meriwayatkan.


Sesiapa yang meriwayatkan hadith dengan sanadnya sendiri sama beliau berilmu dengan ilmu hadith ataupun tidak.


Al- Muhaddith


Seorang yang menguasai diri dalam ilmu hadis riwayat dan dirayat dan mengetahui kebanyakkan riwayat-riwayat hadis serta mengenali keadaan perawi-perawinya.


Mempunyai ilmu dalam al-Jarh wa Ta’dil ( ilmu Rijal Hadith). Al-Fadil syikh Dr Mahmud Tahhan mengatakan al-muhaddith boleh juga ditakrifkan sebagai mereka yang sentiasa bersama dan bersungguh-sungguh dalam mengkaji dan meneliti ilmu hadith antaranya al-Syeikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Syeikh Syuib al-Arnauth, Dr Ahmad Syakir, dan Syeikh Nasaruddin al-Albani Hafizahumullah.


Al-Hafiz


Terdapat dua pendapat, semakna dengan Al-Muhadith. Ini mengikut kebanyakkan ahli-ahli hadis.


Seseorang yang lebih tinggi kedudukan daripada al-Muhadith iaitu pengetahuannya terhadap riwayat dalam setiap tabaqat lebih banyak daripada yang tidak diketahuinya.


Gelaran ini diberi kepada mereka meriwayatkan hadith dengan sanadnya sendiri, dan menguasai hadith telah dia lalui dari yang belum dilalui. Sesetengah ulama mengatakan ilmu meliputi sekitar 100,000 hadith.


Al- Hujjah


Gelaran yang amat hampir dengan al-Hafiz Cuma al-Hujjah ilmunya meliputi 300,000 hadith, diantaranya ialah Suryan bin Uyainah (w198H), said bin Mansur (w 227H), ad-Darimi (w280H), at-Tabrani (320H).


Al- Hakim


Antara gelaran yang hebat pada mereka yang menguasai dan mengetahui kebanyakkan hadith, tidak mereka ketahui akan hadith kecuali hanya yang sedikit. Antara yang mendapat gelaran ini adalah penulis al-Mustadrak Iman al-Hakim.


Seseorang yang ilmunya meliputi kesemua hadis sehingga tidak terlepas daripadanya kecuali beberapa hadis sahaja. Ini mengikut sebahagian ulama.


Amir al- muminin dalam hadith (Al-Iman)


Gelaran ini adalah gelaran yang paling tinggi dikalangan para Iman-iman hadith termaksud al- hafiz, al-hujjah dan al- hakim. Mereka ini adalah sumber rujukan utama daripada iman-iman selepas mereka dan ilmu mereka amatlah mendalam meliputi semua bab yang berkaitan dengan ulum hadith, riwayah, dan dirayah. Antaranya mereka yang berhak mendapat gelaran ini tidak lain dan tidak bukan iaitu Sufyah at-Thauri (w161H), Syubah (170 H), Imam Bukhari (w256 H), Iman muslim (w261H) dan Ibn Hajar al-Asqalani (w852H).


RUJUKAN


Ahmad fauzan Abu Muadz alfauzani bin Yahaya. Mari Mengenal Ilmu Hadith. 2007. Perniagaan Jahabesa 15, Jalan dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bharu.


http://www.darulkautsar.net/print.php?page=2&ArticleID=1728


http://www.scribd.com/doc/35991178/PBJJ-KUH-LENGKAP-230310


http://www.yussamir.com/2007/08/takrif-dan-jumlah-sahabat-nabi-muhammad.html



kad raYa Utk Semua.......


Sunday, August 8, 2010

Biodata Ringkas Abd al-Qahir al-Jurjani (ahli balaghah )



Beliau ialah Abu Bakr Abd al-Qahir bin Abd al-Rahman bin Muhammad al-Jurjani, lahir pada awal kurun kelima Hijrah di Jurjan, Iran. Jurjan pada waktu itu merupakan sebuah bandar yang begitu indah, subur dan penduduknya memiliki akhlak yang sangat baik seperti mana di lapurkan oleh Yaqut al-Hamawi (al-Hamawi, jil. 2: 1119). Jurjan telah melahirkan ramai sarjana dalam pelbagai bidang dan Abd al-Qahir serta al-Qadi adalah dua tokoh yang amat popular dan dibanggakan oleh Jurjan. Abd al-Qahir merupakan seorang yang zuhud dan pernah mengkritik penduduk Jurjan kerana mengabaikan ilmu serta menjadi pendamping pembesar negara dalam mengejar cita-cita dunia. Hasilnya beliau telah menyedarkan masyarakat tentang pentingnya ilmu dan mengarang kitab terkenal iaitu Dala`il al-I`jaz yang akan menjadi bahan kajian utama.


Al-Imam cAbd al-Qahir al-Jurjani ( 471H ) merupakan seorang sarjana yang tiada tolok banding dalam sejarah peradaban Arab. Setelah mengkaji banyak karya tentang beliau, sukar untuk melihat komentar negatif tentang pemikiran beliau dalam Dalai`l al-Ic jaz dan Asrar al-Balaghah. Apa yang pengkaji dapati ialah secara keseluruhannya memuji dan kagum dengan teori dan aplikasinya dalam peradaban Arab. Shawqi Dayf ( 1954:114 ) pada awalnya mengomentari teori beliau kerana kefalsafahannya dalam kajian bahasa dan estetika tetapi diakhir kajian beliau menyifatkan teori al-Imam hampir menutup pintu kajian dalam peradaban Arab selepasnya kerana kejituan dan kesempurnaannya. Bukan sekadar itu sahaja pandangan Shawqi malah beliau menyebut kajian sarjana bahasa selepas al-Imam telah mencacatkan teori Balaghah dengan huraian falsafah mereka, tidak sebagaimana yang dilakukan pleh al-Imam dengan teori yang hidup dan segar. Peminat bahasa dan sastera boleh meneliti dan menghayati kemanisan seni berasaskan teori-teori al-Imam. Al-Imam boleh disifatkan sebagai sarjana Balaghah Arab dan sasterawan pengkritik yang sukar ditandingai ketokohannya melalui dua tulisan berimpak tinggi tersebut. Sarjana moden dan kontemporari di Timur dan Barat berterusan menggali dan mencedok ilmu dari kitab tersebut malah sebahagian mereka meminjam istilah yang dipakai oleh al-Imam sejak seribu tahun silam.



Sunday, August 1, 2010

istiMEWa buAt Ku


Pos ini istimewa buatku iklas dari

Yanie y2k


Penghalang untuk mendapatkan hidayah diantaranya :

Pertama : keburukan jiwa

sebahagian manusia menetang dan tidak meninginkan Allah dan hari akhirat dan tidak pernah meningatinya,tidak pernah membaca ayat suci Nya dan hadith RasulNya.

Kedua : penyakit keraguan dan kekafiran
penyakit ini banyak menjangkiti pemuda kita saat ini yang selalu meragui keimanan,kekuasaan Allah dan keraguan terhadap Rasuluallah s.a.w.

Ketiga : Penyakit nafsu syahwat
manusia umpama menyembah harta dan tidak menyembah Allah @ menyibukkan dirinya dalam mencari harta hingga melupakan allah, dan menghampurkan hartanya dalam kemaksiatan ..

Monday, June 14, 2010

my video kesayangan

Buat sahabat-sahabat...... yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk teruskan hidup untuk memburu kejayaan walaupun pelbagai halangan dan rintangan untuk menempuhnya.

Wednesday, June 9, 2010

Persekitaran dan KEsihatan : punca-punca JereBu




Faktor – faktor luaran akibat jerebu ialah pembakaran hutan seperti pembakaran terbuka pada tahun 1997 di Kalimantan, Sabah mencatat catatan buruk kepada negeri Sabah apabila membawa kepada kemusnahan sebahagian daripada kawasan hutan tersebuat dijilat api. Kebimbangan tersebut memaksa negeri tersebut meminta bantuan Indonesia untuk memadam kebakaran. Fenomena seumpama ini akan menyumbang kepada fenomena El- Nino iaitu masalah bekalan air dan penurunan tekanan air antara daerah yang pernah mengalami masalah ini termasuklah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat di Sabah. Pembakaran pokok tua dikawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.
Faktor lain akibat pembakaran hutan adalah aktiviti pertanian terutama di Indonesia. Oleh itu, dengan pemcampuran faktor tempatan seperti asap dari sektor perindustrian dan kenderaan. Seterusnya menyumbang kepada hujan asid. Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan kompenan- kompenan tertentu seperti karbon dioksida, suulfur dioksida, nitrous oksida, hidrokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid. Pembakaran bahan api fosil yang banyak sehingga pembebaskan berjuta-juta ton sulful dioksida dan nitrogen oksida ke udara akan membentuk hujan asid jenis lembap (mendapan basah). Bahan–bahan ini kemudiannya disebar oleh angin dan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan asid sulfurik dan asid nitrik yang mempunyi kepekatan asid yang tinggi. Hujan ini aktif semasa hujan disertai dengan kilat.


Manakala hujan jenis kering ( mendapan kering ) ini pula terjadi apabila gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid termendap apabila tersentuh dan melekat pada permukaan tumbuhan, tanah, bangunan dan bahan lain menyebabkan berlakunya pemendapan kering berasid. Gas berasid ini bertindak balas dengan oksigen di atmosfera mambentuk pelbagai jenis asid (asid trioksida, asid sulfurik, asid nitrus dan asid nitrik). Antara contoh proses letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon monoksida bertindakbalas dengan air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.
Mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar melalui akhbar Utusan Malaysia 2001: jumlah keluaran bahan-bahan percemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah tersebut, kenderaan mencatat punca percemaran yang tertinggi (58.1%), ini diikuti oleh stesen jana kuasa (23.9%), disusuli pembakaran bahan apui industri (9.4%), dan pemprosesan industri (3.9%) dan terakhir pembakaran terbuka (4.9%).
Jenis- jenis bahan pencemar tidak hanya tertumpu kepada sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan ozon, alergen, plumbum dan logam-logam lain. Tetapi disebabkan dengan pembakaran petrol, arang batu bahan radioaktif dan racun perosak ini kerana wujudnya bahan pencemar yang boleh menbahayakan kesihatan dan memberi kesan buruk pada jangka masa yang panjang.

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, proses industri dalam penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang simen dan bateri kereta, pembakaran di tempat pelupusan atau pembakaran terbuka di bandar, perlepasan habuk dari pembakaran sisa kayu/sekam padi, bahan-bahan sisa bandaran samaada sampah-sarap dan sisa-sisa makanan, ataupun dari aktiviti masyarakat seperti memasak menggunakan arang kayu, membakar sampah dan merokok. Percemaran ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepakatan yang menganggu memudaratkan dan membahayakan manusia, tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini terdiri daripada bentuk habuk, asap, wap, dan gas ( Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Okida dan bau- bauan).

Bahan pencemar yang naik ke udara dari kilang dan stesen kuasa, jatuh ke laut bersama air hujan dalam bentuk zarah pepejal atau gas yang larut dalam di permukaan air laut. Adalah amat sukar untuk menentukan betapa banyak percemaran yang berasal daripada udara kerana lautan tersebar luas. Walau bagaimanapun, ahli-ahli sains percaya bahawa jumlah percemaran udara yang mengakibatkan percemaran lautan adalah tinggi. Sebagai contoh, kira-kira 3000 tan raksa setahun dianggarkan sampai ke laut daripada pembakaran bahan fosil, terutamanya arang batu.
Kegawatan di Barat tentang dunia semakin panas ini turut mendorong pembangunan terkawal. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan–kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Pakar-pakar iklim merumuskan bahawa pembangunan negara mestilah terkawal untuk mencegah bencana buatan manusia ini daripada bertambah buruk. Mengawal pembangunan juga bererti memperlahankan pertumbuhan ekonomi yang memerlukan pergorbanan negara-negara dunia untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan langah- langkah pencegahan. Juga dapat dirumuskan bahawa penggunaan kenderaan dan segala peralatan yang menggunakan tenaga hendaklah dikurangkan.
Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam pada kuantiti alam sekitar. Antara penyumbang terbesar percemaran termasuklah aktiviti perindustrian dan pembangunan. Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bakan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri manghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang bersaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang pelapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon.


Industri logam pula bertanggungjawab mencemar udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah gas rumah hijau yang amat memudaratkan dan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.
Kewujudan radioaktif terhasil daripada sinaran dan zarah yang dikeluarkan oleh atom- atom yang sedang mereput. Sinaran dan zarah radioaktif ini boleh merosakkan benda hidup. Keradioaktifan berlaku secara semulajadi di laut pada paras yang rendah, tetapi jumlahnya telah meningkat akibat aktiviti manusia. Semasa kajian bom nuklear dijalankan pada akhir Perang Dunia Kedua 1970 –an telah menghasilkan sejumlah besar debu radioaktif yang dipanggil serpihan radioaktif. Debu yang tidak dibawa ke darat oleh hujan dengan serta –merta, meletup tinggi ke atmosfera dan mengilingi Bumi, kemudian beransur-ansur jatuh ke langit, dan meningkatkan paras keradioaktifan.
Stesen kuasa nuklear menggunakan air untuk menyejukan semasa operasinya dan membuang sisa air yang mengandungi bahan radioaktif ke lautan. Terdiri daripada sinaran dan zarah yang dikeluarkan oleh atom-atom yang sedang mereput. Keradioaktifan tidak dapat dilihat dan sesetengah jenis keradioaktifan dapat menembusi objek keras terdapat tiga jenis sinaran radioaktif iaitu zarah alfa, arah beta dan sinaran gamma. Sinaran zarah alfa dapat dihalang dengan kepingan plumbum manakala sinaran zarah beta pula dapat dihalang dengan kepingan dapat dihalang dengan kepingan logam yang nipis dan terakhir, sinaran zarah gamma dihalang dengan sekeping plumbum yang tebal.Pada paras sinaran radioaktif yang tinggi sinaran ini boleh membawa maut dan pada paras yang lebih rendah pula sinaran jenis ini dipercayai mengakibatkan barah.

Isu pemanasan dunia (grobal warning) punca dunia semakin panas adalah kerana apa yang dipanggil sebagai kesan rumah tanaman atau (green house) yang digunakan oleh pertani di negara-negara sejuk untuk bercucuk tanam dengan cahaya matahari yang terhad. Rumah tanaman yang dibina daripada daripada bahan telus cahaya matahari itu memerangkap bahang panas, tetapi menghalangnya daripada keluar. Kesan yang sama juga berlaku dipermukaan bumi kerana pertambahan gas karbon dioksida, metana Chlorofluorocarbons (CFCs) yang berpunca daripada peningkatan penggunaan tenaga untuk industri, pertanian moden besar- besaran serta pertambahan bilangan kenderaan. Sebaliknya gas oksigen yang perlu bagi mewujudkan lapisan ozon bagi mencegah tembusan cahaya ultra- violet daripada sinaran matahari bertambah kurang dengan penebangan hutan belantara bagi membuka kawasan industri dan peladangan secara besar-besaran.

Pemanasan global menyebabkan suhu dunia meningkat yang berpunca daripada pelepasan karbon dioksida ke atmosfera. Keadaan ini menyebabkan ais di Artartika mencair meningkatkan paras air laut sebanyak 100 hingga 200 milimeter, malah keadaan cuaca panas di dunia bermula sejak 1980. Tahun 1998 merupakan tahun paling panas sejak tahun 1960. Akibat dari itu menyebabkan ais di Greenland mencair, udara panas mengandungi lebih banyak kelembapan menyebabkan berlakunya hujan yang lebih banyak air tawar di Artik berbanding Atlantik Utara.
Setakat ini masih tidak diketahui sama ada penipisan ozon yang menyebabkan yang menyebabkan peningkatan kepanasan suhu dunia mempunyai kaitan dengan kecairan bongkah- bongkah ais di Kutub selatan itu. Menurut Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan Amerika Syarikat (NSIDC) di Universiti Colororado, siri pemisahan terbesar dalam tempoh 30 tahun ini melibatkan satu bongkah ais berukuran 3250 kilometer persegi dengan ketebalan ais menjangkau 200 meter. Siri runtuhan bongkah ais itu adalah yang terbesar dalam pemisahan di semenanjung Antartiks hasil daripada pemanasan global dengan peningkatan suhu sejak 50 tahun lalu.bongkah ais merujuk ketulan ais tebal yang terbentuk daripada glasier dan ia terapung di kawasan sekitar Antartika. Pemisahan bongkah ais itu yang terbentuk sejak lebih `12000tahun lalu akan mengubah bentuk geografi di benua berkenaan.


Fenomena Asian Brown Clouds (udara berjerebu) juga turut mengancam cuaca dunia. Masalah ini dijangka berlarutan dan merebak ke seluruh dunia kerana jerebu yang berlegar di ruang udara akan bergerak mengelilingi bumi hanya dalam masa seminggu. Udara berjerebu yang kini menyelubungi ruang udara beberapa buah negara Asia dikatakan berupaya mengancam berjuta nyawa manusia. Jerebu ini mengandungi jelaga dan gas rumah hijau iaitu karbon dioksida yang kini mencemari awan. Berikutan perkembangan tersebut perubahan monsun turut berlaku dimana hujan semakin kurang kerana proses penyejatan air laut yang sepatutnya terjadi kini terhalang ekoran daripada masalah jerebu yang menutupi ruang udara beberapa buah negara Asia.
Berdasarkan maklumat yang diterima, saintis- saintis meramalkan kitaran hujan dijangka berkurangan sebanyak 40 peratus. Awan yang tercemar itu mengandungi abu, asid, racun yang boleh memusnahkan hutan dan tumbuh- tumbuhan di muka bumi. Malah sistem cuaca juga terganggu dan ia akan menyebabkan berlakunya bencana alam seperti kemarau dan banjir. Jerebu yang berada di ruang udara juga akan menyebabkan 10 peratus cahaya matahari terhalang daripada menepusi bumi.

Berikutan daripada masalah tersebut dengan secara tidak langsung pembekalan tenaga solar turut tersekat sebanyak 15 peratus untuk sampai ke permukaan bumi. Ini dapat dilihat di India merupakan negara yang mengalami percemaran alam sekitar yang serius di mana lebih dua juta rakyatnya mati akibat masalah percemaran udara antara tujuh buah bandar yang kotor, antaranya ialah Ahmedadab, Culcutta, Delhi, dan Mumbai. Korea turut menerima padah akibat daripada pencemaran itu dan dikhuatiri jerebu berkenanan berkemungkinan merebak ke benua Eropah dan Amerika Utara. Sekiranya masalah itu dibiarkan berlarutan ia boleh memburukkan lagi keadaan kerana kawasan hutan akan musnah secara perlahan-lahan akibat hujan asid. Ekoran daripada fenomena Asian Brown Clouds pada masa yang sama awan akan menyerap haba sehingga menyebabkan hujan tidak turun di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Bangladesh, Nepal, Sri Langka dan bahagian barat China.

Kadar purata hujan yang sedikit akan menyumbang kepada masalah kemarau yang berpanjangan. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah masalah pencemaran turut mendatangkan implikasi buruk terhadap perkembangan ekonomi dan kesihatan sesebuah negara.

Di Malaysia, keadaaan panas terik dengan jumlah hujan yang minimum mengheret kepada krisis air terburuk, selain merugikan berjuta-juta ringgit akibat tanaman yang tidak menjadi. Fenomena El- Nino memusnahkan plankton yang merupakan sumber makanan utama hidupan laut yang seterusnya menjejaskan pendapatan industri perikanan di negara ini. Angin pasar (trace winds) menolak air ke barat Lautan Pasifik, jauh dari Amerika Selatan iaitu ke arah Australia dan Indonesia. Apabila udara panas tersejat daripada lautan di barat Pasifik, ia membentuk awan dan membawa hujan di kawasan persekitarannya. Air yang bergerak kearah barat merentasi lautan akan digantikan dengan air yang lebih sejuk . Bagaimanapun, dari semasa ke semasa angin yang bertiup ke barat ini akan semakin lemah dan menyebabkan air laut yang panas ini berkocak dan mula berpatah balik ke timur. Ini menyebabkan lautan Pasifik Timur sepanjang Amerika Selatan menjadi panas.
Apabila keadaan panas ini berpindah ke timur, angin dan pengerakan air juga berubah. Inilah yang menyebabkan perubahan cuaca dunia secara keseluruhan. Keluasaan Lautan Pasifik menyebabkan angin mengambil masa lebih lama untuk merentasi lautan itu. Ini akan menyebabkan keadaan angin lemah dan keadaan air laut yang panas berpatah balik ke timur. Antara negara yang mengalami masalah El-Nino seperti di Peru, Australia, Brazil dan India. El-Nino muncul setiap dua hingga tujuh tahun tetapi kali ini ia datang selepas 10 tahun, dan keadaan itu di luar jangkaan para saintis. Ia bermakna El- Nino yang lebih kuat akan tercetus pada tahun 2007. El-Nino yang diramalkan melanda Malaysia dan Asia Tenggara bakal menjadi lebih bertenaga ekoran pemanasan global sekarang. Jika fenomena ini berpanjangan, kemarau yang bakal dialami juga akan lebih lama dan boleh menyebabkan kekurangan air dan kebakaran hutan.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan –kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditebus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab .
El-Nino berlaku kerana keadaan air laut pada masa itu terlampau panas dan La-Nina pula keadaan laut terlampau sejuk. El-Nino lebih kerap berlaku di negara kita berbanding La-Nina. Konsep kewujudan El-Nino adalah disebabkan oleh pengerakan angin yang lazim dari Amerika Selatan dan Lautan Pasifik yang lebih perlahan daripada arah angin yang datang dari benua Asia Tenggara iaitu dari kawasan Lautan Hindi. Angin lazim dari Lautan Pasifik ini tidak dapat mengangkut lembapan daripada Lautan Pasifik kerana ia bertiup lebih lemah berbanding dengan angin lazim dari Lautan Hindi. Oleh itu, wap air dan lembapan akan diturunkan dalam bentuk hujan dikawasan tengah lautan Pasifik dan berhampiran dengan pantai Peru dan Ecuador.

Asia tenggara terutamanya Australia, Malaysia, Indonesia dan Thailand pada masa terssbut adalah kering kerana ketiadaan hujan. Ketiadaan hujan ini adalah berkaitan dengan tiada lembapan udara daripada angin lazim dari arah Lautan Pasifik dan dari monsun Timur Laut. Ini menyebabkan cuaca menjadi kering dan jumlah turunan hujan berkurangan mengikut arah aliran El-Nino. Oleh kerana angin lazim dari arah Lautan Pasifik tiada, maka cuaca yang lembap turut hilang.

Udara yang kering terhasil di rantau Asia Tenggara dan akan mengalakkan kebakaran hutan dan ditambahi pada masa tersebut suku-suku kaum di Indonesia menjalankan aktiviti pembakaran tumbuhan dan hutan bagi tujuan pembersihan tapak pertanian. Musim yang panas adalah pilihan mereka kerana tumbuhan mudah terbakar. Musim kemarau yang wujud ini adalah peluang bagi mereka membersihkan tapak tetapi ia menjadi malang setelah kebakaran hutan daripada pembakaran mereka semakin merebak dan ia telah melenyapkan hutaan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Oleh itu, El-Nino yang menghasilkan kemarau ini telah menjadi pemangkin kepada kebakaran hutan akibat daripada kebakaran biomass bagi tujuan pertanian. Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di pasifik tengah dan timur menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini dipanggil La-Nina keadaan bertentangan dengan El-Nino. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa pasifik barat menurun, menyebabkan pembentukan di kawasan awam yang lebih sekaligus membawa hujan lebat.
El- Nino dan La-Nina boleh dikesan melalui ujian daya cerun tekanan lautan yang terbentuk diantara dua lokasi iaitu Darwin (Australia) dan Tahili dengan menggunakan SOI.SOI ini adalh petunjuk utama bagi peramal kemunculan El- Nino dan La-Nina. Perbezaan antara dua lokasi iaitu Darwin dan Tahiti akan mewujudkan angin dan tekanan udara. Angin yyang terhasil ini akan bergerak mengikuti aras tekanan udara di sesebuah kawasan iatu dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah.

Malaysia pernah mengalami El-Nino yang teruk pada tahun 1997. Dengan kehadiran El-Nino yang sederhana atau kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh di bawah paras purata semasa monsun Barat Daya ( jun-Ogos) dan monsun Timur Laut (November –Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah di bawah paras purata hanya semasa Monsun Barat Daya ( Jun- Ogos)

Keadaan El- Nino yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan dibawah atau atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El-Nino atau La-Nina. Selain itu, El-Nino dan La-Nina turut memberi kesan kepada penyakit berjangkit seperti kolera, enterovirus, dengi, demam kuning dan menyebabkan keracunan makanan. Kejadian El-Nino juga boleh mengakibatkan jerebu.

Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan bermotor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Jumlah kenderaan bermotor di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskn lapisan ozon.

Masyarakat moden sekarang amat bergantung kepada kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pengerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kuantiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tanaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Penggunaan pengangkutan awam akan adalah mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar.
Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik, kerja-kerja pembinaan, industri atau kilang, kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap. Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyi tahap kecekapan antara 35 dan 40 peratus dimana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluaan tenaga elektrik nya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.
Aktiviti seharian juga menjadi penyumbang punca percemaran hasil dari tindakan manusia itu sendiri. Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar. Perokok yang menghembus asap ke udara. Pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara. Selain itu, pencemaran yang berlaku turut berpunca tukang masak yang tidak efisien di mana penggunaan peralatan dapur berupaya menjejaskan udara melalui penyebaran asap. Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara bukan apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarbon (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca percemaran udara.