Thursday, October 21, 2010

Pengurusan Persatuan Di Sekolah : St. John Ambulans


KRONOLOGI SEJARAH ST.JOHN SECARA RINGKAS


A.D - Sejarah St. John bermula

800 - Maharaja Charlemangne telah membina Hospice dengan kebenaran Khalifah Harun Al- Rasyid

1010 - Khalifah El-Halim telah memusnahkan semua bangunan. Beliau adalah Raja yang zalim

1023 - Saudagar dari Almalfi telah membeli sebuah tapak Hospice dan membangunkan semula the Order dengan mengambil lambang Republik Almalfi iaitu bintang Lapan Penjuru

1113 - Pope Paschal LL mengambil Order dibawah naungannya

1291 - The Order dihalau dari Jerussalem, Knights melarikan diri ke Cyprus

1310 - Knights of St. John telah menawan kepulauan Rhodes dan menjadikannya kubu mereka sambil meneruskan tugas murni mereka.

1522 - Kepulauan Rhodes ditawan

1530 - Kepulauan Malta diberi kepada Knights of St.John oleh Maharaja Charles V

1798 - Kepulauan Malta ditawan oleh Napoleon

1834 - Order telah dibangunkan semula di England Rev. Sir Robert Peat dilantik sebagi Grand Pior yang pertama

1877 - S.J.A Association ditubuhkan

1882 - St.John Ophtalmic Hospital ditubuhkan kerana sakit mata telah berleluasa

1887 - S.J.A Briged ditubuhkan

1908 - St. John Ambulans ditubuhkan di Malaya

1938- Bahagian yang pertama dibuka di Johor

1955 - The Order mendapat piawai di Raja di England dengan nama penuh “The Grand Prioy In The British Realm Of The Most Venerable Order Of The Hospital Of St. John Of Jerussalem”

1972 - SJAA dan SJAB telah diperbadankan dan Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin dilantik sebagai Pemerintah Agung.

01/08/1973 - Akta SJAM diluluskan

SEJARAH LAMBANG ST. JOHN AMBULANS

Sejarah lambang St. John Ambulans boleh dikesan kira-kira tahun 1099 di Jerussalem. Semasa Crusader menawan Bandar Suci Jerussalem, mereka mendapati sekumpulan Benedivtine Monks sedang merawat askar yang cedera dan sakit. Saudagar yang kaya dari Republik Amalfi (kini sebahagian daripada Itali berdekatan dengan Naples) telah menghadiahkan wang dan tanah kepada mereka. Benedictine Monk yang diketuai oleh the Blessed Peter Grand of Martigues, iaitu pengasas the Order of St.John of Jerussalem, telah menerima lambang Republik Amalfi diatas latar hitam dan menubuhkan Order of St. John untuk mengenang nama Saint John iaitu seorang Baptist.

Lambang St. John Malaysia (SJAM)

Pergerakan St John Ambulans di Malaya bermula sejak 1908. Semasa Perang Dunia Kedua, ahli Briged telah berkhidmat dalam Perkhidmatan sukarela Perubatan British (British Medical Ausxiliary Service – MAS). Selepas peperangan, kerajaan telah menubuhkan unit di beberapa negeri. Pada tahun 1972, satu Akta Parlimen telah mengabungkan Persatuan St. John Ambulans (SJAA) dan Briged St. John Ambulans (SJAB) kepada satu perbadanan tunggal yang dinamakan St. John Ambulans Malaysia, 1972 menetapkan supaya lambang SJAM adalah dilindungi dan nama “St. John” adalah kegunaan pihak berkuasa. Semua penggunaan rasmi lambang SJAM adalah dinyatakan dalam Peraturan Am St.John Ambulans Malaysia, 1996 dan harus dipatuhi untuk memberi reka bentuk seperti berikut:

 Palang putih St.John dengan bintang Diraja berwarna putih dikelilingi dengan latar belakang berwarna hitam. Tiada bahagian lain harus ditukar.

 Nama “St.John Ambulans” dalam bahasa Melayu harus digunakan. Penggunaan lambang dengan perkataan bahasa Inggeris tidak harus digunakan di Malaysia.

 Huruf “T” dalam perkataan “St.” Untuk tujuan lambang titik harus diletakkan di bawah “T”. Walau bagaimanapun, untuk tujuan bertulis, cara penulisan biasa akan digunakan, contohnya, “St.”

 Nama “St. John Ambulans” bermula pada penjuru bawah palang kiri dan mengililingi secara semi bulatan menuju sehingga ke penjuru bawah palang kanan. Huruf “N” dalam perkataan “John” dan huruf “M” dalam perkatan “Ambulans” harus diatas penjuru kiri dan kanan palang atas.

 Perkataan “Malaysia” harus diletakkan dibawah lambang dengan huruf pertama “A” dan “S” dibawah penjuru kiri dan kanan palang bawah.

 Lambang akan dikelilingi dengan bulatan tebal berwarna hitam.


LATAR BELAKANG DAN PERATURAN ST. JOHN

St. John Ambulans Malaysia telah diperbadankan bawah UNDANG-UNDANG MALAYSIA , AKTA 74, yang dikenali sebagai AKTA PERBADANAN St. John Ambulans Malaysia 1972. Dibawah akta ini telah dibuat Kaedah-Kaedah St. John Ambulans 1973 yang telah dikeluarkan dalam Warta Kerajaan Jil 17 NO. 25 Tambahan No.63 PERUNDANGAN (A) bertarikh 6 Disember 1973.

Kelakuan dan perlantikan serta lencana/lambang dan uniform. Perbadanan ini adalah dikawal dibawah AKTA ini.

Secara amnya organisasi perbadanan ini terbahagi kepada tiga peringkat :

1. Peringkat Kebangsaan

2. Peringkat Negeri/Wilayah

3. Peringkat Kawasan

Diperingkat Kawasan ia terdiri dari Division yang menpunyai keanggotaan mengikut status division.

• Division Kadet Rendah (8-11 tahun)

• Division Kadet (11-17 tahun)

• Division Dewasa (17-70 tahun)

Walaubagaimanapun, atas pertimbangan pemerintah pada umur 16 tahun seseorang boleh dimasukkan ke dalam Division Dewasa.

Seseorang yang terjadi ahli St.John Ambulans boleh bertukar dari satu Division kepada Division/ Kawasan dalam mana-mana tempat dalam Malaysia dan luar Malaysia di mana terdapat St.John Ambulans di tempat tersebut.

MATLAMAT ST. JOHN AMBULAN

Diharapkan akan mencapai matlamat seperti berikut :

1. Menimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal, dan menyemai, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai murni dalam pendidikan

2. Memberi perkhidmatan dan membantu masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

3. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturahim di kalangan ahli.

4. Meningkatkan displin diri

5. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan

6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI OLEH AHLI ST. JOHN AMBULANS

- Pertolongan Cemas

Ilmu dan kemahiran pertolongan cemas merupakan aset yang amat penting. Ia amat berguna bagi setiap orang memberi sumbangan bakti kepada masyarakat. Pertolongan cemas ialah rawatan yang diberikan sementara waktu kepada mangsa kemalangan atau pesakit. Pertolongan cemas ini diberikan sebelum pesakit mendapat bantuan yang sewajarnya daripada doktor atau pakar. Tujuan Pertolongan Cemas ialah mengurangkan bahaya, mengurangkan kecederaan dan mengurangkan bahaya kecederaan.

- Kelayakkan Pemberi Pertolongan Cemas

Pemberi pertolongan cemas seharusnya mempunyai beberapa sifat, iaitu :

a) Mengesan maklumat dan mengenal pasti punca yang menyebabkan kecederaan

b) Menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di sekitar tempat kemalangan dengan cekap bagi membantu mangsa mereka boleh mengendalikan rawatan dan pertolongan mengikut keutamaan.

c) Tidak mudah panik, tidak gugup dan tidak putus asa. Mereka mesti melakukan bantuan kecemasan dengan penuh keyakinan dan tenang dan teratur.

d) Memberi bantuan dengan sebaik mungkin dan tidak menambahkan kesakitan kepada pesakit.

e) Memberi arahan dan panduan yang jelas kepada mangsa kemalangan jika mangsa sedar.

- Peraturan Asas Pertolongan Cemas

1) Mengenal pasti punca kemalangan, daripada kesan kejadian, tanda yang terdapat pada pesakit dan perubahan pada tubuh badan pesakit seperti pucat dan sebagainya

2) Memberi pertolongan cemas dengan tertib, cepat, tenang dan senyap.

3) Jika pernafasan pesakit terhenti, pulihkan pernafasan pesakit, tenangkan pesakit supaya tidak terkejut. Jangan melayan pesakit bercakap tentang perkara yang tidak penting.

4) Memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada pesakit dengan kata-kata yang manis seperti “ kecederaan anda sedikit, saya cuba membantu anda”

5) Pindahkan pesakit ke tempat yang lebih selamat, jika perlu bawa pesakit berjumpa doktor dengan segera

6) Beritahu keluarga pesakit atau melaporkannya kepada pihak polis.

- Peralatan Asas Pertolongan Cemas

Peti pertolongan cemas sangat penting ketika memberi pertolongan kepada mangsa. Setiap orang perlu mengetahui nama peralatan dan ubat-ubatan yang terdapat dalam peti kecemasan. Alat dan ubatan dalam peti pertolongan cemas ialah Aspirin, Ubat melepuh, Termometer, Mangkuk enamel, Kain pembalut, Kapas, Kain tekap, Elastoplast, Pin semat dan gunting.
 Perkhidmatan Yang Disediakan

7.1 Perkhidmatan Ambulans

Ambulans yang disediakan oleh pihak Saint John adalah ehsan dan sumbangan daripada Public Bank Sdn. Bhd, Sport Toto (M) Sdn.Bhd. dan Resort World Bhd. Perkhidmatan ambulans ini disediakan selama 24 jam dengan menghantar pesakit ke hospital-hospital yang terdekat.

 Pusat Hemodialisis

Pihak St.John menyediakan perkhidmatan latihan kecemasan kepada ahlinya sejak 1908. Mereka menyediakan latihan kepada pelajar sekolah, pelajar IPT dan sukarelawan yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini.