Wednesday, December 7, 2011

Hadis Palsu











`yJsù ÞOn=øßr& Ç`£JÏB 3uŽtIøù$# n?tã «!$# $\/ÉŸ2 ¨@ÅÒãÏj9 }¨$¨Z9$# ÎŽötóÎ/ AOù=Ïæ 3 ¨bÎ) ©!$# Ÿw Ïöku tPöqs)ø9$# šúüÏJÎ=»©à9$# ÇÊÍÍÈ 


Maksudnya, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Sabda Rasulullah s.a.w :
إن كذبا علي ليس ككذب على أحد من كذب علي متعمدا فليتبوا مقعده من النار
“sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain ( menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka,”-riwayat- al-bukhari 1/439 dan muslim 1/10. Hadith ini adalah mutawatir. Lihat : ibnu al- salah, ‘Ulum al- Hadith, ms 239.
Dalam riwayat lain, nabi s.a.w menyebut:
لا تكذبوا علي  فإنه من كذب علي فليلج النار
Maksudnya :
“Janganlah kamu dusta keatasku. Sesiapa yang berdusta keatasku maka dia masuk neraka”-riwayat al-bukhari 1/52 dan muslim 1/10.




Hukum Menyebarkan hadith Palsu

Dari segi syariat islam, bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan  menyebarkannya kepada orang lain tanpa diterangkan bahawa ia adalah hadith palsu adalah haram.

Menurut Imam Ibn al-Solah
“tidak halal, bagi sesiapa yang mengetahui ia hadithpalsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun. Melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuaanya:(ibn al-salah, “Ulum al-hadis, ms 98)
Menyebarkan hadith palsu sama ada menerusi ucapan dan tulisan, dia dalam masa yang sama sebenarnya menipu orang lainapabila menyandarkan sesuatu perkara kepada nabi s.a.w tanpa bukti yang sah. Pendengar akan terpedaya lalu mengamalkan perkara yang dianggapnya daripada nabi s.a.w. sedangkan ia bukan seperti yang diriwayatkan hadit palsu tanpa diterangkan kepalsuannya.

Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan, bererti di telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang telah di riwayatkan oleh iman Muslim dal mUqadidimah kitab Sahihnya bahawa rasulullah s.a.w bersabda :
من حدث عني بحديث يرى أنه كذب فهو أحد الكاذبين
Maksudnya :
“sesiapa yang menyebut hadith daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”.

Ramai ulama hadith telah menghukum dengan ta’zir (denda) dan takdib (hukuman membetulksn akhlak) ke atas sesiapa yang meriwayatkan

Kepentingan Sanad

Mengkaji sanad bererti mengkaji sejauh manakah kesinambungan sesuatu riwayat daripada seorang perawi kepad perawi kepada perawi yang lain sehingga kepada pengucapannya dan dalam masa yang sama mengkaji latar belakang para perawi.
Menurut ‘Abdullullah bin al- Mubarak :
الإسناد من الدين لو لا الإسناد لقال من شاء : ما شاء
Maksudnya :
Sanad itu adalah sebahagian daripada al- Din (agama). Kalaulah tidak kerana sanad, sesipa pun akan bercakap apa sahaja yang dia mahu”-riwayat Muslim 1/10)
Jesteru itu, jika kita bukan ahli dalam nidang hadith, kita hendaklah merujuk kepada mereka yang mengetahui selok belok hadith.

Kesan hadith palsu terhadap imej

  1. Merosakkan akidah yang murni –hadith-hadith palsu sebagaian nya direka oleh golongan anti-islam pada zaman dahulu. Unsure-unsur yang dimasukkan ke dalamnya ialah unsur-unsur yang mencemarkan agama
  2. Menjatuhkan nilai kewibawaan agama
Ini kerana menjadikan Islam sebagai sendaran dan rekaan mereka semata-mata. Ini berlaku apabila mereka menyamakan rekaan mereka dengan wahyu yang sebenar.
Sebagai contohnya perhatikan hadith palsu berikut:

من صلى الضحى كذاوكذا ركعة أعطي ثواب سبعين نبيا

“sesiapa yang bersolat dhuha sekian dan sekian rakaat, maka dia diberi pahala sebanyak 70 nabi”

Hadith-hadith yang seperti ini menjatuhkan nilai ketinggian para nabi. Seakan-akan amalan dan pengorbanan para nabi begitu remeh. Hanya dapat ditandingi dengan beberapa rakaat solat sahaja.
Hadith ini boleh menyebabkan manusia meninggalkan amalan-amalan Islam yang lain disebabkan mereka menyangka bahawa pahalanya sudah menyamai pahala para nabi dan pastinya dia ahli syurga.

  1. Menjadikan nas-nas Islam saling bercanggah

RuJukan


إدريس بن عبد الله ، النصوص العربية والحضارة الإسلامية. قسم الدراسات العربية والحضارة الإسلامية الجامعة الوطنية الماليزية.
محمد علي السايس، تاريخ الفقه الاسلامي، الجامعة الازهرية القاهرة، مكتبة ومطبعة محمد علي صبيح، تنفا تاريخ.
عبد اللطيف محمد السبكي،تاريخ التشريع الاسلامية مطبعة الشرف الاسلامية القاهرة، 1357 هجرة/1939 م.

Mohd Asri Zainul Abidin, 2010, Hadith Palsu Kesan Terhadap Imej Islam , Selangor . karya bestari Sdn. Bhd
Panel penyelidik hadith Majlis Ugama Islam Kelantan.1986. Salah Faham Terhadap Hadith Satu Penjelasan. Kelantan, Majlis Ugama Islam Kelantan.
Najib Khailani, 1983, Ah’da al-Islamiyah (musuh-musuh Islam), Beirut mua’ssah al-Risalah.
Rosli Husin,2010, Musuh Rahsia menyinkap kisah dari al-Quran, taurat dan injil. Selangor , Tinta Publisher.

Tuesday, November 1, 2011






            Kemunculan Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika usianya genap 40 tahun, tepat pada panggal 17 Ramadhan. Dalam buku Shahih Bukhari, Iman Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Aisyah r.a bahawa “Mulanya Baginda sering bermimpi melihat sinar di waktu subuh. Kemudian mulai Baginda suka menyepi untuk beribadat lalu menyendirilah di Gua Hira’. Setelah beberapa lama kemudian sehingga Baginda menemukan kebenaran dan menerima kedatangan Malaikat Jibril yang mengatakan “Bacalah”. Bersegera Nabi Muhammad s.a.w. menemui isterinya Khadijah binti Kuwalid di rumah terus berkata ‘selimuti aku’. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. pergi menemui Waraqah bin Naufal, seorang yang beragama Nasrani dan pernah menyalin kitab Injal, maka diceritakan tentang apa yang Baginda lihat. Maka dijawabnya itulah Malaikat yang pernah turun kepada Nabi Musa a.s. dulu.[1] 

Orang yang pertama sekali beriman dan memeluk Islam ialah isteri Baginda sendiri, Khadijah. Kemudian masuk Islam pula Ali, yang berumur sepuluh tahun, Seterusnya disusuli oleh Zaid bin Haritsah (pembantu Nabi Muhammad s.a.w.) dan Abu Bakar r.a.. Dari golongan hamba ialah Bilai bin Abi Ribah al-Habsyi.[2]


Hijrah

Pada 615M orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsah. Tersebarnya berita sekelompok penduduk Yasrid (Madinah), yang masuk Islam menyebabkan kafir Quraisy semakin meningkatkan tekanan orang-orang Mukmin di Makkah. Lalu Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan agar berhijrah ke Kota Madinah secara diam-diam, agar tidak dihalang oleh musuh. Dengan penghijrahan ini terbangunnya sebuah masjid yang berdindingkan bata, berkayu batang kurma dan beratap daun kurma. Seterusnya Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Setiap kaum Ansar menganggap orang Muhajirin sebagai saudaranya sendiri. Selain menjemput tinggal di rumah mereka dan memanfaatkan segala kemudahan yang ada di rumah mereka.[3]

JADIKAN TELADAN & PERINGATAN 







PEPERANGAN NABI DAN PARA SAHABAT


           Perang Badar al- Kubra

Perang Badar al-Kubra, terjadi pada 17 Ramadhan tahun 2H/625M. Peperangan bermula apabila berlaku kesalahfahaman di antara kafilah dagang kaum Musyrikin Makkah, yang kembali dari Syam menuju Makkah. Di bawah pimpinan kafilah Abu Sufian, melihat rombongan orang Madinah pihak Quraisy yang mendekati Kafilahnya, mengutuskan anak buah untuk segera minta bantuan dari Makkah. Wakil kaum Ansar Sa’ad bin Mu’az bertolak bersama pasukannya dan Abu Bakar untuk segera menduduki sebuah telaga kecil yang ada di gunung Badar. Setibanya di sana, berkata Habbah bin al- Munzir adakah tempat ini selamat atau ini adalah helah serta muslihat peperangan. Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan ia sebagai muslihat peperangan musuh. Lalu Habbab menunjukkan kepada Baginda sebuah telaga lain dan berjalan bersama-sama untuk menguasainya bagai menyambung bekalan air tentera Islam yang telah putus. Disinilah pasukan berpusat. [4] Dari pihak Quraisy kurang lebih 70 orang terbunuh, termasuklah orang paling musyik, Abu Jahal dan pemimpin-pemimpin yang lainnya. 70 orang lain tertawan. Kemudian Baginda bermusyawarah dengan sahabat membicarakan tindakan yang perlu diambil oleh tawanan-tawanan perang. Sayyidina ‘Umar bin Khattab’ menyarankan agar dibunuh sahaja, tetapi Abu Bakar menyatakan agar mereka dibebaskan dengan syarat memberikan tebusan. Pendapat ini dipersetujui untuk ditetapkan sebagai keputusan rasmi. Ternyata kemenangan diraih oleh pihak Islam.[5]

b.          Perang Uhud al-Kubra

Pada hari Sabtu 15 Syawal 3H/627M perang Uhud berlaku. Ini kerana pihak Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka pada peperangan Badar al-Kubra. Nabi Muhammad s.a.w. memimpin pasukannya ke Uhud seramai 700 orang dan pihak Quraisy seramai 3,000 orang. Banyak kaum Muslimin yang mati syahid dari kaum Muhajirin dan Ansar seramai 70 orang Di dalam peperangan tersebut syahidnya Hamzah bin Abd Mutalib saudara Nabi Muhammad s.a.w. turut terbunuh seorang wanita jururawat tentera Islam Ummu Imarah Nusaibah al-Anshary. Kekalahan yang amat teruk ini disebabkan oleh tentera Islam tidak mematuhi arahan yang diberi oleh Baginda ketika hampir kepada kemenangan dan sikap tamak kepada harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh pihak musuh.[6]

c.          Perang Khandaq

Banu Nadhir adalah sekelompok orang Yahudi yang berjiran dengan kaum Mu’minin di Madinah. Mereka telah mengadakan penjanjian damai dan tolong menolong dengan kaum Muslimin, akan tetapi tabiat perangainya yang jahat yang selalu membatalkan janji dengan kaum Muslimin dan cuba untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Berlaku perang banu Nadhir ini kerana orang Yahudi Banu Nadhir sudi untuk keluar dari wilayahnya jika tidak dihalang oleh Abdullah bin Ubai. Nabi Muhammad s.a.w. berangkat membawa pasukannya menuju perkampungan Banu Nadhir tetapi kedatangannya di sambut dengan lemparan batu dan anak panah. Bantuan kelengkapan senjata yang dijanjikan ‘Abdullah bin Ubai’ tidak kunjung tiba dan mereka terpaksa menyerah kepada tentera Islam. Berlaku peluncutan senjata. Sebahagian dari mereka berpindah di Khaibar dan sebahagian yang lain berpindah di selatan Syam (Syria). Pada waktu perang Banu Nadhir turunlah kepada Baginda surah al-Hasyr. [7]

 Pada bulan Syawal tahun 5H berlaku peperangan Khandaq (Perang Ahzab) setelah banu Nadhir diusir diajak oleh pemimpin-pemimpin ke Makkah untuk mengajak orang-orang Quraisy memerangi Nabi Muhammad s.a.w. bersama-sama. Hasrat mereka di sambut baik. Apabila diketahui oleh Nabi Muhammad s.a.w. segeralah Baginda mengadakan mesyuarat dengan kaum Muslimin. Salman al-Farisi r.a telah mengesorkan supaya di gali kubu (Khandaq). Kaum Muslimin berjumlah 3,000 orang manakala seluruh kafir Quraisy seramai 10,000 orang termasuk qabilah-qabilah lain.[8]

Disebabkan tidak dapat menembusi benteng kubu pemimpin Yahudi Huyyi bin Akhtab berusaha menggunakan jalan terakhir iaitu dengan menghasut ketua Banu Quraizah Kaab bin Asad supaya membatalkan penjanjian damai yang telah dibuat dengan kaum Muslimin.[9] Tidak berlaku sebarang pertempungan selain beberapa orang Musyrikin yang cuba merempuh masuk Khandaq tetapi disekat dan dihalang sehingga terpaksa mereka berundur antara yang terbunuh Amru bin Wudda yang dibunuh oleh Ali bin Abi Talib.[10]

Selepas peperangan Ahzab Baginda telah mengantungkan senjata lalu datang Malaikat Jibril a.s.. Dimanakah kita akan berperang? Jawab Jibril sambil menunjukkan ke daerah yang didiami oleh Banu Quraizah.[11] Dalam Ghazwah Banu Quraizah turun ayat yang menerangkan bagaimana orang Yahudi telah mengungkiri janji yang telah dibuatnya.[12]






[1] Mustafa al-Sibaei, hlm. 44- 45.
[2] Mustafa al-Sibaei, hlm. 51.
[3] Mustafa al-Sibaei, hlm. 74.
[4] Mustafa al-Sibaei, hlm. 94.
[5] Mustafa al-Sibaei, hlm. 96.
[6] H.Yusuf A. Lubis, Falsafah Kebangunan Muhammad s.a.w., Firma Islamiyah Medan, 1397-1977, hlm. 67.
[7] Mustafa al-Sibaei, 1985, hlm. 108.
[8] Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti, Fiqh al- Sirah, Selangor, Dewan Pustaka Fajar, jil. 2, 2008a, hlm. 450.
[9] Muhammad Husain Haikel, Sejarah Hidup Muhammad, Bandung , PJ Dunia Pustaka Jaya, 1978, hlm. 378.
[10] Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti, 2008a, hlm. 455.
[11] Mustafa al-Sibaei, 1985, hlm. 115.
[12] Mustafa al-Sibaei, hlm. 116.

Saturday, October 22, 2011

fiqH Sirah NaBawiyah


Mari kita Bercerita dan mengenali Kisah Nabi Muhammad SAW


Sebelum Kenabian 

Tepat hari Isnin tanggal 12 Rabi’ul awal tahun gajah bersamaan 570M Baginda dilahirkan. Ketika dilahirkan Baginda yatim kerana ketika ayahandanya wafat Baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya. Tergolong dalam keluarga termulia di kalangan bangsa Arab suku Quraisy, keturunan anak cucu Hisyam. Suku Quraisy adalah kabilah Arabia yang terhormat dan tersuci. 

Setelah Baginda lahir, Baginda dipelihara oleh datuknya ‘Abdul Muttalib yang kemudiannya disusui oleh seorang perempuan puak Sa’d Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib As-Saadiyah mengikut adat resam orang-orang ‘Arab pada masa itu.

Ahli sirah mengatakan bahawa kampung Bani Sa’d ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Apabila sampai Nabi Muhammad s.a.w. ke rumah Halimah dan menyusu darinya ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dahulunya kering dan tandus mulai menghijau, kambing ternakan dahulu kelaparan kita bila kembali dari ladang ternakan kelihatan riang dan uncang-uncang susunya penuh. 

Pada umur enam tahun Baginda menjadi yatim piatu setelah kematian bondanya. Selepas itu, Baginda telah dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib yang mengambil peranan mendidik Baginda. Datuknya sempat memikul tangunggjawab itu hanya buat masa tiga tahun. Sehingga umur Baginda lapan tahun. Selepas kewafatan datuknya maka bertanggungjawab memeliharanya iaitu bapa saudaranya pula Abu Talib. 

Pada usia 12 tahun bapa saudara Baginda, Abu Talib telah keluar meniaga bersama-sama Baginda ke Negeri Syam (Syria). Ketika sampai di suatu tempat bernama “Basra” mereka telah bertemu seorang pateri yang bernama “Buhairah”, Buhairah memerhatikan Baginda dan merasa sangat terperanjat bahawa terdapat tanda-tanda kenabian seperti yang telah diterangkan dalam kitabnya. Lalu Rahib itu berpesan supaya Abu Talib segera membawa pulang anak tersebut kerana dikhuatiri akan diketahui oleh orang-orang Yahudi, tanpa berlengah Abu Talib bersegeralah pulang ke Makkah bersama Rasullullah s.a.w.

Beberapa tahun sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan pembinaan Ka’abah oleh Nabi Ibrahim dan Ismail mula retak dan pecah dilanda banjir. Kerosakkan tersebut kaum Quraisy berusaha untuk mendirikan semula Ka’abah. Baginda turut memberi sumbangan fikiran dan tenaga contohnya Baginda telah berusaha mengangkat batu-batu dengan menggunakan tangan Baginda sendiri dan meletakkan semula Hajarul Aswad ke tempat asalnya. Sehingga dapat mengatasi masalah yang dialami oleh puak Arab dan terkenal dikalangan orang-orang Arab di masa itu dengan “al- Amin” yang mempunyai amanah dan disukai ramai.

Pada umur 25 tahun Rasulullah s.a.w. telah berkahwin dengan Khadijah r.a adalah seorang saudagar yang masyhur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta. Sebilangan besar orang ‘Arab di masa itu meminjam sebahagian daripada hartanya sebagai modal perniagaan mereka. Semasa berlayar ke negeri Syam untuk menjalankan perniagaan bersama “Maisarah” orang suruhan Khadijah dan mendapat keuntungan yang berlipat ganda . Hasil budi pekerti Baginda yang mulia dan segalanya itu telah diceritakan kepada Khadijah. Khadijah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada umur 35 tahun manakala Nabi Muhammad s.a.w. berumur 25 tahun.



Friday, April 15, 2011

pengurusan ko-kurikulum Di Sekolah




KEJOHANAN FUTSAL BERGABUNG KEJOHANAN BOLA JARING 
PIPAQ & PIBA


           SUKANEKA PIPAQ & PIBA



Tuesday, March 29, 2011

KESABARAN ABDULLAH BIN HUZAFAH AS-SAHMY



Membincangkan tentang kisah seorang sahabat Nabi, walaupun namanya kurang dikenali ramai tetapi kisah ketabahannya perlu dicontohi oleh umat agar semangat untuk mempertahankan keislaman dan keimanan dalam diri setiap orang tetap teguh waupun di uji dengan pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan dalam mengekalkanya. Ketabahan Beliau dalam menegakkan pendiriannya terhadap Islam mampu mengalirkan air mata.

Beliau adalah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi, merupakan salah seorang sahabat yang paling lama memeluk Islam, pernah berhijrah Habsah kemudian Madinah di dalam menyampaikan risalah nabi kepada raja Kisra.

AURA SAHABAT RASULULLAH

Disebabkan imej Islam yang dibina oleh Rasulullah dan khalifah sebelumnya, terkenal di kalangan musuh-musuh Islam akan kehebatan dan keunikan generasi Islam di zaman itu khususnya para sahabat baginda Nabi s.a.w.

Apabila dimaklumkan kepada raja Roman, bahawa salah seorang dari tentera Islam yang berjaya ditawan adalah dari kalangan sahabat Rasulullah. Raja Roman amat gembira. Dia gembira kerana berpeluang untuk melihat sendiri susuk tubuh salah seorang dari sahabat nabi yang sering tersebar akan kehebatan dan keluarbiasaan mereka di waktu itu.

Raja roman dicatatkan mengarahkan sahabat tersebut dibawa ke hadapannya.

Raja meminta : "Adakah engkau sudi untuk keluar dari Islam (menjadi Nasrani)? Jika engkau lakukan itu, aku akan menganugerahkanmu sebahagian dari pemilikan harta yang dimiliku"

Abdullah menjawab :

لو أعطيتني جميع ما تملك وجميع ما تملك وجميع ملك العرب ما 

رجعت عن دين محمد طرفة عين

Ertinya : "Sekiranya engkau memberiku seluruh yang kamu miliki, bahkan jika seluruh yang dimiliki pemimpin arab, TIADALAH akan aku keluar dari agama yang dibawa Nabi Muhammad ini walau untuk jangka waktu sekelip mata"

Akibat dari penolakan itu, Raja Roman telah mengarahkan agar dibawa sebuah tempat azab yang dipenuhi minyak panas mendidih lalu dicampakkan seorang tawanan Muslim ke dalam, hingga kecut, terkeluar tulangnya dan masak dagingnya.

MENANGIS

Kemudian, diarahkan agar Abdullah pula dicampakkan ke dalamnya. Tatkala itu, pegawai raja melihat Abdullah menangis, lalu mereka dengan segera memaklumkan kepada raja akan hal tersebut.

Raja dan Roman dan pegawai mereka gembira kerana menjangka taktik mereka berjaya untuk mengoncang iman dan pendirian Abdullah yang sebelum ini menolak permintaan Raja.

Namun apabila ditanya semula permintaan yang sama (untuk murtad), jawapan yang sama tetap diberikan oleh Abdullah. Raja Rom merasa pelik dan bertanya sebab tangisannya.

Abdullah menjawab :

Ertinya : "Ia kerana jiwa ( nyawaku) yang hanya satu ini, sebentar lagi ia akan pergi maka aku menangis kerana mengenangkan betapa aku menginginkan sekiranya aku punyai banyak nyawa sebanyak rambutku ini maka bolehlah engkau lemparkan aku berkali-kali ke dalam api itu, aku ingin gunakan semuanya pada jalan Allah."

Bermakna, Abdullah sebenarnnya menangis bukan kerana takut, tetapi merasa terkilan hanya mempunyai satu nyawa di ketika itu, padahal dia sangat ingin untuk mempunyai lebih banyak nyawa dan tidak bimbang sama sekali mengharungi kematian asalkan ianya untuk Islam, biarpun kematian itu berkali-kali. Yang penting semua kematiannya syahid dan demi memperjuangkan Islam. MashaAllah.!

TERSENTAK

Apabila raja Rom mendengar jawapan Abdullah, dia menjadi amat kagum. Terfikir jika sebelum ini dia hanya mendengar kisah-kisah keajaiban para Sahabat Rasulullah, tetapi kali ini beliau menyaksikannya sendiri di hadapan matanya. Keadaan tersebut menjadikannya merubah pemikiran secara drastik lalu menawarkan Abdullah untuk dibebaskan dengan satu syarat.

Raja Rom mensyaratkan agar Abdullah Huzafah untuk mencium dahinya.

Abdullah bersetuju dengan syarat, semua tawanan Islam yang dianggarkan berjumlah sekitar 80 orang turut dibebaskan bersamanya.

Raja Rom bersetuju.

Apabila pulang ke Madinah, kisah pembebasan tersebut tersebar dan dimaklumkan kepada Umar Al-Khattab selaku khalifah ketika itu. Lalu Umar dengan gembira sambil berkata:

حق على كل مسلم أن يقبل رأس ابن حذافة وأنا أبدأ

Ertinya : Menjadi hak dan tanggungjawab setiap Muslim untuk mencium dahi (kepala) Ibn Huzafah, dan aku akan memulakannya.


FIKIR-FIKIRKAN LAH
Demikian sebuah kisah dari athar sahabat nabi, nilai kualiti iman yang amat mengkagumkan, walau ditawar dengan separuh harta Raja Rom, diugut dengan lontaran ke dalam api dan minyak mendidih, imannya tetap kental, teguh dan maha yakin dengan segala jenis pembalasan kebaikan akhirat. MashaAllah, betapa kerdilnya kita ini berbanding insan-insan didikan baginda nabi.