Saturday, October 22, 2011

fiqH Sirah NaBawiyah


Mari kita Bercerita dan mengenali Kisah Nabi Muhammad SAW


Sebelum Kenabian 

Tepat hari Isnin tanggal 12 Rabi’ul awal tahun gajah bersamaan 570M Baginda dilahirkan. Ketika dilahirkan Baginda yatim kerana ketika ayahandanya wafat Baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya. Tergolong dalam keluarga termulia di kalangan bangsa Arab suku Quraisy, keturunan anak cucu Hisyam. Suku Quraisy adalah kabilah Arabia yang terhormat dan tersuci. 

Setelah Baginda lahir, Baginda dipelihara oleh datuknya ‘Abdul Muttalib yang kemudiannya disusui oleh seorang perempuan puak Sa’d Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib As-Saadiyah mengikut adat resam orang-orang ‘Arab pada masa itu.

Ahli sirah mengatakan bahawa kampung Bani Sa’d ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Apabila sampai Nabi Muhammad s.a.w. ke rumah Halimah dan menyusu darinya ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dahulunya kering dan tandus mulai menghijau, kambing ternakan dahulu kelaparan kita bila kembali dari ladang ternakan kelihatan riang dan uncang-uncang susunya penuh. 

Pada umur enam tahun Baginda menjadi yatim piatu setelah kematian bondanya. Selepas itu, Baginda telah dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib yang mengambil peranan mendidik Baginda. Datuknya sempat memikul tangunggjawab itu hanya buat masa tiga tahun. Sehingga umur Baginda lapan tahun. Selepas kewafatan datuknya maka bertanggungjawab memeliharanya iaitu bapa saudaranya pula Abu Talib. 

Pada usia 12 tahun bapa saudara Baginda, Abu Talib telah keluar meniaga bersama-sama Baginda ke Negeri Syam (Syria). Ketika sampai di suatu tempat bernama “Basra” mereka telah bertemu seorang pateri yang bernama “Buhairah”, Buhairah memerhatikan Baginda dan merasa sangat terperanjat bahawa terdapat tanda-tanda kenabian seperti yang telah diterangkan dalam kitabnya. Lalu Rahib itu berpesan supaya Abu Talib segera membawa pulang anak tersebut kerana dikhuatiri akan diketahui oleh orang-orang Yahudi, tanpa berlengah Abu Talib bersegeralah pulang ke Makkah bersama Rasullullah s.a.w.

Beberapa tahun sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan pembinaan Ka’abah oleh Nabi Ibrahim dan Ismail mula retak dan pecah dilanda banjir. Kerosakkan tersebut kaum Quraisy berusaha untuk mendirikan semula Ka’abah. Baginda turut memberi sumbangan fikiran dan tenaga contohnya Baginda telah berusaha mengangkat batu-batu dengan menggunakan tangan Baginda sendiri dan meletakkan semula Hajarul Aswad ke tempat asalnya. Sehingga dapat mengatasi masalah yang dialami oleh puak Arab dan terkenal dikalangan orang-orang Arab di masa itu dengan “al- Amin” yang mempunyai amanah dan disukai ramai.

Pada umur 25 tahun Rasulullah s.a.w. telah berkahwin dengan Khadijah r.a adalah seorang saudagar yang masyhur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta. Sebilangan besar orang ‘Arab di masa itu meminjam sebahagian daripada hartanya sebagai modal perniagaan mereka. Semasa berlayar ke negeri Syam untuk menjalankan perniagaan bersama “Maisarah” orang suruhan Khadijah dan mendapat keuntungan yang berlipat ganda . Hasil budi pekerti Baginda yang mulia dan segalanya itu telah diceritakan kepada Khadijah. Khadijah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada umur 35 tahun manakala Nabi Muhammad s.a.w. berumur 25 tahun.



No comments:

Post a Comment