Friday, March 18, 2011

Bengkel alam sekitar 2011 (RAS 11)






SEKALUNG PENGHARGAAN

KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MEMBERIKAN SUMBANGAN SAMADA DALAM BENTUK IDEA ATAU KEWANGAN, SOKONGAN YANG PADU SERTA KERJASAMA YANG ERAT BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI
                                        
                                               TERIMA KASIH

Ikhlas dari kami :

Pelajar—pelajar GGGB 4114
SAINS KEHIDUPAN DALAM PENDIDIKAN
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
SESI 2011/2012




VIDEO CARTA ORGANISASI 
BENGKEL ALAM SEKITAR (RAS 2011)


                                   

KERTAS KERJA
BENGKEL RAKAN ALAM SEKITAR (RAS)
TARIKH
 13 MAC 2011 (AHAD)
TEMPAT
DEWAN BUDIMAN, UKM
ANJURAN
PELAJAR GGGB4114 SAINS KEHIDUPAN DALAM PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
AHLI KUMPULAN
MUHD MAAWARDI BIN AHMAD A121489
MOHD AFFIQ BIN MOHD YUSOFF A121750
FARHAH ZAIDAH BINTI ABDUL RAHMAN A121707
NIK ZURIANI BINTI ZAKARIA A121665
PANG YI LING A121976

“ BUMI UNTUK SEMUA”


KERTAS KERJA
BENGKEL RAKAN ALAM SEKITAR 2011
KURSUS GGGB4114 SAINS KEHIDUPAN DALAM PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0       TUJUAN


Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapat persetujuan kelulusan dan juga memohon bantuan kewangan daripada pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menganjurkan Bengkel Rakan Alam Sekitar pada 13 Mac 2011 (Ahad) bertempat di Dewan Budiman, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.0        PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Bengkel Rakan Alam Sekitar ini dirangka adalah sebagai satu syarat wajib kursus GGGB4114 Sains Kehidupan dalam Pendidikan. Bengkel Rakan Alam Sekitar merupakan satu program yang direkabentuk supaya mempunyai unsur-unsur pemantauan, pelaksanaan dan maklumbalas keberkesanan aktiviti oleh golongan remaja untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Bengkel Rakan Alam Sekitar ini merupakan pendekatan bijak di dalam mencegah aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar di mana komuniti akan menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada agensi berkaitan dengan menyalurkan maklumat mengenai pencemaran atau kerosakan alam sekitar. Aktiviti kesedaran alam sekitar yang di jalankan di bawah Bengkel Rakan Alam Sekitar ini akan melibatkan komuniti remaja setempat sebagai penggerak utama program.

3.0       MISI

Bengkel Rakan Alam Sekitar berhasrat untuk membangunkan kesedaran dan menggerakkan golongan remaja dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

4.0       MATLAMAT

 Bengkel Rakan Alam Sekitar merupakan satu program yang direkabentuk supaya mempunyai unsur-unsur pemantauan, pelaksanaan dan maklumbalas keberkesanan aktiviti oleh golongan remaja untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar.


5.0      OBJEKTIF

5.1  Memberikan kesedaran alam sekitar di kalangan remaja melalui ceramah yang disampaikan.
5.2  Menanamkan rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama melalui aktiviti yang dijalankan.
5.3  Melatih remaja berfikiran secara kritis dan kreatif berkenaan kelestarian yang seimbang dan konsep alam yang sihat.
5.4  Mengukur tahap kesedaran para remaja terhadap isu-isu berkaitan dengan alam sekitar seperti pencemaran alam sekitar serta pengurusan bahan buangan. (Soal Selidik)
6.0      TEMA

"BUMI UNTUK SEMUA"

7.0      ANJURAN

Pelajar kursus GGGB4114 Sains Kehidupan dalam Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0     TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh             : 13 Mac 2011 (Ahad)
Masa               : 8.00 pagi – 2.30 petang
Tempat            : Dewan Budiman, Universiti Kebangsaan Malaysia

9.0     CADANGAN PERASMI
 


Perasmian Pembukaan
Wan Khadijah Haji Masrah
Yang DiPertua Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH)
            Perasmian Penutup
            Muhd Maawardi bin Ahmad
            Ketua Pengarah Bengkel Rakan Alam Sekitar 2011

10.0     SASARAN PESERTA

Golongan remaja berumur 11 tahun – 17 tahun di Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH), Hulu Langat. Rationalnya ialah kerana golongan remaja seharusnya diberikan pendedahan dan penekanan berkenaan kepentingan penjagaan alam sekitar supaya di masa hadapan mereka akan lebih berhati-hati dan peka dalam setiap perlakuan yang melibatkan alam sekitar.

11.0     PENGLIBATAN PESERTA

            Urusetia: 5 orang
            Pensyarah Pembimbing: 1 orang
            Wakil dari Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH): 3 orang
            Peserta: 40 orang pelajar dari PITRAH, Hulu Langat
Penceramah Jemputan dari Lestari, UKM : 1 orang

12.0     STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0    TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

14.0     PERINCIAN PROGRAM

Rujuk Lampiran C

15.0     BELANJAWAN

Rujuk Lampiran D

16.0     PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, sumbangan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :
Ketua Pengarah
                                               Bengkel Rakan Alam Sekitar
                        019-6490304
(MUHD MAAWARDI BIN AHMAD)

17.0      PENUTUP

Kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya dari pihak Fakulti Pendidikan khususnya agar segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Kami juga berharap agar mendapat bantuan kewangan bagi melancarkan program ini dilaksanakan bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

            Disediakan oleh,
           
           
....................................................................
(MOHD AFFIQ BIN MOHD YUSOFF )
Setiausaha,
Program Bengkel Alam Sekitar 2011 (RAS 2011)
Universiti Kebangsaan Malaysia.
No tel: 013-3104381
                       
Disokong oleh,
           
           
................................................................
(MUHD MAAWARDI BIN AHMAD)
Ketua Pengarah,
Bengkel Rakan Alam Sekitar 2011 (RAS 2011)
Universiti Kebangsaan Malaysia.
No tel: 019-6490304

Disahkan Oleh,          
           

.................................................................................................................
( PROF. MADYA. DR. RUHIZAN BINTI MUHAMMAD YASIN )
Penyelia Sains Kehidupan Dalam Pendidikan,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


LAMPIRAN A

CARTA ORGANISASI BENGKEL RAS 2011

Penaung
Prof. Dr. Lilia Halim
Dekan Fakulti Pendidikan

Penasihat
Prof.Madya.Dr Ruhizan Bt Mohammad Yasin
Pensyarah Fakulti Pendidikan

Ketua Pengarah
Muhd Maawardi Bin Ahmad/A121489
Thn 3/FPEND/0196490304

Timbalan Ketua Pengarah
Farhah Zaidah Binti Abdul Rahman/A121707
Thn 3/FPEND/0133156097

Setiausaha
Mohd Affiq Bin Mohd Yusoff/A121750
Thn 3/FPEND/0133104381

Bendahari
Pang Yi Ling/A121976
Thn 3/FPEND/0127502117

Pengarah Program                           : Nik Zuriani Binti Zakaria/A121665/FPEND/3
Pengarah Program II           : Faizol Bin Awang/A121790/FPEND/3
Pengarah Protokol               : Nadiah Binti Sheikh Abd Kadir/A121846/FPEND/3
Pengarah Teknikal                           : Mohd Hasrul Hafizan Bin Omar/A121850/FPEND/3
Pengarah Pemasaran           : Norliyana Anas/A121462/FPEND/3
Pengarah Publisiti                : Fatimatul Zaharah Binti Zakaria/A121695/FPEND/3
Pengarah  Tugas² Khas        : Nurul Farah Binti Abd Wahab/A121848/FPEND/3
Pengarah  Cenderamata      : Chow Ying Xin/A122203/FPEND/3
Pengarah  Jamuan                : Nooratiqah Binti Mohd Aseri/A121640/FPEND/3
Pengarah  Pengangkutan     : See Kae Wen/A121718/FPEND/3
Pengarah Keselamatan         : Syarifah Farahana Bt Syed Idrus/A121700/FPEND/3

                                                                                                                LAMPIRAN B


TENTATIF BENGKEL RAKAN ALAM SEKITAR 2011
TARIKH DAN MASA
PERKARA
13 Mac 2011 (Ahad)
7.00 pagi
8.00 pagi

8.15 pagi
8.30 pagi
8.40 pagi
9.00 pagi

9.30 pagi

10.30 pagi
10.45 pagi



12.00 t/hari
1.00 t/hari
1.15 t/hari
1.30 t/hari
1.40 t/hari
1.50 t/hari
2.15 petang
2.30 petang

Berkumpul di Fakulti Pendidikan
Ketibaan peserta dari PITRAH – dijemput oleh pihak penganjur
Pendaftaran
Bacaan doa, Ucapan dan Perasmian
Persembahan khas dari peserta PITRAH
Edaran soal selidik Kesedaran Alam Sekitar dan Minum pagi
Bengkel Kesedaran Alam Sekitar oleh Penceramah Jemputan dari Lestari, UKM.
Penyampaian cenderamata kepada Penceramah
LDK 1 – Aktiviti 1: Ice Breaking (Pembahagian Kumpulan)
LDK 1 – Aktiviti 2: Pulau Idaman
Pembentangan LDK 1
LDK 2 – Bumi Tercinta
Rumusan Bengkel Rakan Alam Sekitar
Edaran soal selidik Keberkesanan aktiviti
Penutup dan penyampaian hadiah
Sesi bergambar
Jamuan
Bersurai
Solat jemaah di Masjid UKM





            LAMPIRAN C

BENGKEL KESEDARAN ALAM SEKITAR
Tajuk: Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
Skop: Jenis, Faktor, Kesan Pencemaran dan Pemuliharaan, Kepentingan Alam Sekitar
Penceramah: Penceramah dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM
PERINCIAN MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)
BENGKEL RAKAN ALAM SEKITAR
Peserta seramai 40 orang akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta dan seorang fasilitator.

BIL
MODUL
ALATAN
LAIN-LAIN




1.
2.
3.
4.


1.


2.






3.


4.









1.
2.


3.




1.
2.
LDK 1 : Ice Breaking
Aktiviti 1
Modul : Mencari Keluarga
Objektif:
Mengurangkan rasa malu
Menambah kemesraan dikalangan peserta.
Mempercepatkan interaksi antara peserta.
Mewujudkan semangat perpaduan

Langkah :
Peserta diberikan satu kad dan mereka tidak dibenarkan melihat apa yang tertulis pada kad sehingga diberitahu oleh fasilitator.
Sesudah melihat apa yang tertulis pada kad itu, mereka tidak dibenarkan memberitahu sesiapa. Mereka diberikan 10 minit bagi mencari ahli keluarga mereka tanpa bercakap. Cuma dibenarkan mengeluarkan suara secara perlahan atapun sekadar bergerak bagi menunjukkan isyarat yang mewakili apa yang tertulis pada kad itu.
Sesudah dapat mencari ahli-ahli dalam kumpulan masing-masing, mereka dikehendaki saling berkenalan dalam kumpulan itu.
Fasilitator membuat rumusan hasil daripada maklum balas peserta :
• Kita perlu memulakan komunikasi sama ada secara lisan ataupun tanpa lisan.
• Persahabatan selalunya bermula dengan cirri-ciri persamaan.

Aktiviti 2
Modul : Pulau Idaman
Objektif :
Mendedahkan peserta kepada alam sekitar.
Melatih pemikiran peserta berfikir secara kritis dan kreatif untuk membina sebuah pulau yang mempunyai kelestarian yang seimbang.
Memupuk komunikasi dua hala antara peserta dalam berkongsi maklumat sesama ahli dalam kumpulan tentang konsep alam yang sihat.

Langkah :
Fasi akan membacakan cerita yang diarahkan.
Semua peserta diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi.

Cerita :
“Man, kau dating sini nak tidur ke nak study ?”. “Aku memang style nie, mula-mula tidur, lepas tu baru study.”
Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study kerana exam yang sudah dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah mereka. Pulau tersebut menjadi pilihan lantaran suasananya indah dan permai dengan pembangunan yang menggagumkan. Selesai mereka berceloteh, mereka meneruskan study mereka.
“Bedegum !!!! Begedum !!!! Peng !!! Peng !!!!”
Kedengaran bunyi letupan yang dahsyat di sana-sini.
“Woi, lari woi !”. “Selamatkan diri masing-masing…”. “Masuk ke bilik rahsia dekat sini, cepat……”, jerit Man kepada kawan-kawannya.
Mereka bergegas masuk ke dalam bilik rahsia tersebut dan bersembunyi beberapa ketika…..Selamat…..Panas…..Sunyi….
“Keriok……”, kedengaran bilik bawah tanah dibuka oleh seseorang dan kesemua sahabat ini keluar dari situ sambil memerhatikan dunia yang sudah berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Di sana-sini mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan.
“Samad, bot kita dah musnah la….Macam mana nak balik nie ???”, pekik Murad. “Apa..!!!!”, kata mereka serentak. “ Tidak….Tidak…Aku nak balik jugak…..Mama nak balik.”, pekik Man. “Woi, diam la budak”, jerit Murad. “Ish….Macam mana nak buat nie…”, kata si Samad.
Keadaan menjadi tidak terkawal setelah mengetahui mereka kehilangan kenderaan untuk pulang. Mahu tidak mahu, mereka perlu menyusun satu tindakan bagaimana hendak meneruskan hidup di pulau ini. Mereka terpaksa membangunkan kembali pulau tersebut dengan menggunakan duit dan bekalan yang mereka ada, iaitu RM 100,000 hasil simpanan bersama atau mereka mencipta sebuah bot lalu berangkat pulang ke rumah masing-masing meninggalkan mayat-mayat dan pulau tersebut tanpa ada sedikitpun rasa tanggungjawab.




-Kad




























-Kertas Mahjong
- Marker pen


-Ajk program
-Fasilitator
BIL
MODUL
ALATAN
LAIN-LAIN



1.

2.



1.


2.




3.



4.


5.

6.
LDK 2 :
Modul: Bumi tercinta.
Objektif :
Menambahkan kemahiran peserta untuk mempertahankan hujahnya.
Menanamkan sifat tanggungjawab peserta untuk memelihara maruah kumpulannya.

Langkah :
Masih menggunakan bahan Modul 1 (lakaran pembangunan pulau idaman).
Setiap kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil (A dan B).
Kumpulan A: Strategi.
Kumpulan B: Perancang.
Tugas strategi adalah untuk merangka soalan berdasarkan kelemahan lakaran pembangunan pulau kumpulan lain dan akan berhujah dengan kumpulan perancang dari kumpulan lain.
Manakala tugas perancang adalah sebagai pertahanan untuk mematahkan soalan dan hujuh daripada kumpulan strategi (kumpulan yang berbeza).
Setiap ahli akan dibekalkan dengan duit kertas sebagai maruah kumpulan.
Mana-mana kumpulan atau ahli samada dari kumpulan strategi maupun perancang yang tewas berhujah akan menyerahkan maruah kumpulannya.
-Duit kertas
-Ajk Program
-Fasilitator




LAMPIRAN D
ANGGARAN BELANJAWAN BENGKEL RAKAN ALAM SEKITAR 2011

PENDAPATAN                                                                                                      RM
Sumbangan FPEND                                                                                                   500
Sumbangan Luar                                                                                                         500
_____________________________________________________________________
JUMLAH                                                                                                                 1000 _____________________________________________________________________

PERBELANJAAN                                                                                                  RM  
PUBLISITI
-          Kain rentang                                                                                                   100
LOGISTIK
-          Alatan LDK                                                                                                    100
HADIAH
-          Aktiviti LDK                                                                                                  200
CENDERAMATA
-          Perasmi                                                                                                              50
-          Penceramah                                                                                                       50
-          Wakil Universiti                                                                                                50
-          Sijil                                                                                                                    30
JAMUAN (MINUM PAGI, MAKAN TENGAH HARI)
-          Urusetia (5 orang x RM8)                                                                                 40     
-          VIP (5 orang x RM 11)                                                                                     60
-          Peserta (40 orang x RM8)                                                                               320
_____________________________________________________________________
JUMLAH KESELURUHAN                                                                                1000














Saturday, March 5, 2011

PERBANDINGAN PENGETAHUAN DAN KESEDARAN ANTARA PELAJAR MENGENAI ISU-ISU ALAM SEKITAR DAN PERSEPSI MENGENAI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


Dalam kehidupan kini tidak dapat disangkal lagi, alam sekitar membekalkan unsur-unsur dan dalam kehidupan. Oleh itu manusia mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan kualiti alam sekitar dan memastikan supaya sumber tidak dieksplotasi dengan sewenag-wenangnya demi menjamin pembangunan lestari yang dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan masa akan datang ( Jamaluddin Jahi : 1995).

Namun begitu, sejak kebelakangan ini masalah kemerosotan kualiti alam sekitar menjadi semakin meruncing samada di dalam dan di luar negara. Segalanya bermula dengan ketiakseimbangan  sistem ekologi. Antara isu-isu alam sekitar yang sering mendapat perhatian dunia dan meresahkan kita ialah  percemaran Udara seperti kejadian jerebu, pencemaran air seperti pembuangan sampah sarap, bahan kimia dan toksid ke dalam sungai, pelindungan atmosfera seperti fenomena kesan runah hijaudan pulau haba yang biasanya di kawasan yang tinggi pembangunan, penipisan ozon, percemaran lautan dan perselisiran pantai dan seumpamanya.

Di Malaysia, isu yang berkaitan alam sekitar turut mendapat perhatian berbagai-bagai pihak. Antara isu yang berkaitan alam sekitar yang hangat diperkatakan ialah peristiwa runtuhan banguanan kondominium Highland Tower di Ulu Kelang pada hujung tahun 1993. Laporan mediabukan sahaja melibatkan kematian, kerugian dan kerja-kerja menyelamat malah aspek yang berkaitan dengan alam sekitar turut dibincangkan. Kegagalan pemaju mengenalpasti terdapatnya gua batu kapur di bawah tapak bangunan dan hakisan akibat penebangan hutan di kawasan bukit antara punca tragedi tersebut. (Berita Harian 11 disember 1993).

Pada Jun 1995 pula masyarakat Malaysia digemparkan dengan keruntuhan tanah di Genting Highland, Pahang yang mengorbankan 21 nyawa. Kejadian yang dikatakan berpunca dari pembangunan yang tidak terkawal di kawasan di kawasan bukit tersebut dan mengakibatkan gangguan terhadap keseimbangan kawasan tadahan air (Utusan Malaysia 21 Jun 1995). Ini disusuri kejadian tanah runtuh di Gua Tempurung terletak di lebuhraya Utara-Selatan (Utusan Malaysia 28 Mac 1996). Perkara yang sama turut berlaku sekali lagi pada 6 disember 2008 tanah mengelosorkan kebanyakkan rumah di Bukit Antarabangsa. Selain itu, banyak isu-isu berkaitan pembangunan tanah tinggi berlaku didedahkan dalam media massa. 

Pelbagai jenis masalah kemerosotan kualiti alam sekitar yang dibincangkan adalah contoh betapa seriusnya masalah ini. Kemerosotan kualiti alam sekitar dunia masa kini sering dibentangkan dan diperluaskan oleh pelbagai bentuk media. Semua ini adalah untuk mewujudkan kesedaran manusia tentang betapa penting dan kritikal masalah kemerosotan kualiti alam sekitar masa kini (Macionis 1997). Di Britian, percemaran udara adalah berpunca daripada cerobong-cerobong asap pusatjana kuasa. Ia telah memusnahkan perhutanan dan perikanan di Norway, Sweden. Permusnah ini telah mencemarkan udara tersebut dan ini menyebabkan berlakunya hujan asid dan seterusnya mencemarkan air di tasik dan sungai terlibat (Macionis 1997). 

Satu cara yang berkesan untuk mengatasi semua masalah ini tetapi memerlukan masa yang lama iaitu pendidikan iaitu samada formal atau tidak formal (Jamaludin Jahi 1995). Isu-isu berkaitan dengan alam sekitar sering disoal dan dibincangkan (Mohammad Ali Hassan 1988). Contohnya Dasar alam sekitar dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976) telah direalisasikan. Dan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan permasalahan ini terus berlaku. Akan tetapi kurangnya kesedaran dan pengetahuan manusia terhadap proses-proses yang berlaku di atas bumi. Sehingga mengabaikan alam sekitar yang perlu di jaga dan di pelihara.  Usaha berterusan daripada pihak  kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara hijau akan dapat dicapai jika semua pihak berganding bahu di dalam mengatasi permasalahan global ini dari terus berlaku. 


" Bumi Untuk Semua"

Bengkel Rakan Alam Sekitar 2011 (RAS 11), UKM

Dengan kerjasama

 Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH), Hulu Langat


Thursday, February 24, 2011

PERBANDINGAN ANTARA “UMMAH WASATIYYAH” PADA ZAMAN RASULULLAH DENGAN MASYARAKAT ISLAM KELAS PERTENGAHAN PADA MASA KINI.


PERBANDINGAN ANTARA “UMMAH WASATIYYAH” PADA ZAMAN RASULULLAH DENGAN MASYARAKAT ISLAM KELAS PERTENGAHAN PADA MASA KINI.
3 
 Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

Wasatiyyah adalah berasal daripada perkataan arab “wasat” iaitu tengah atau pertengahan.(Dr.Ali Muhamad Solabi,2005:20). Malah terdapat satu pecahan kalimah “wasat” ini di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa “sebaik-baik perkara itu ialah ‘pertengahan’nya” dan pengertian “pertengahan” ini disebutkan di dalam hadis tersebut dalam bahasa Arab sebagai ausat yang juga pecahan daripada kalimah wasat, yang bererti bahawa sebaik-baik sesuatu amalan, perkataan, pekerjaan dan sebagainya itu adalah yang berasaskan kepada konsep pertengahan.

Wasatiyyah juga bermaksud pertengahan yang baik. Kerana Nabi Muhammmad s.a.w yang mulia nasabnya diantara kaumnya. Hal ini kerana Allah s.w.t telah menjadikan umat ini, umat pertengahan yang dilengkapi dengan syariat hukum dan tuntutannya.[1]

Sayyid Qutb berkata umat muslimin ialah umat yang adil yang menjadi saksi terhadap seluruh umat manusia dan umat yang menegakkan keadilan antara mereka. Umat muslimin juga menjadi saksi terhadap umat manusia dan Rasulullah s.a.w pula menjadi saksi terhadap mereka. Bagindalah yang menetapkan neraca-neraca, ukuran-ukuran dan nilai-nilai mereka. Baginda jugalah yang menilai amalan-amalan dan adat resam mereka dan menimbangkan segala perbuatan mereka yang terbit daripada mereka dengan memberi kata-kata pemutus terhadapnya.[2]

Ini dapat digambarkan betapa iri hatinya kita jika mengenangkan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka bukan sahaja dapat melihat Rasulullah s.a.w, berdampingan dengan Baginda malah mereka juga selalu ada tempat untuk bertanya, berbicara dan menjelaskan semua permasalahan yang berlaku terhadap umat.
Namun, Hakikat sebenarnya, para sahabatlah yang cemburu dengan orang yang datang sesudah mereka kerana orang yang datang kemudianlah yang paling dipuji keimanannya oleh Rasulullah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w..

"Siapakah orang-orang mukmin yang paling kalian kagumi keimanannya?"Sahabat menjawab:"Para malaikat"Rasulullah :"Jelas mereka beriman kerana mereka berada disisi Robb mereka."Sahabat  : jadi, para nabi"- Rasulullah :"Jelas mereka beriman kerana wahyu diturunkan kepada mereka." Sahabat :"Kalau begitu, kami."- Rasulullah :"Jelas kalian beriman kerana aku berada ditengah-tengah kalian. Tetapi orang-orang mukmin yang dikagumi imannya adalah kaum yang datang setelah kalian, mereka mendapatkan lembaran-lembaran suci, yang mereka beriman kepada apa yang dikandungnya. "[HR. Bukhari]

Rasullullah SAW bersabda:"...Ikhwahku adalah orang-orang yang datang setelah kalian,yang beriman kepadaku sebagaimna keimanan kalian.membelaku sebagaimana pembelaan kalian.alangkah baik kiranya aku boleh berjumpa dengan ikhwahku".

Ummati, ummati, ummati, itulah ekspresi terakhir Rasululllah ketika diakhir hayatnya yang menggambarkan betapa  cintanya Baginda kepada ummatnya. Betapa khawatirnya Nabi kita akan meninggalkan kita yang terkadang dia menangis sendiri ketika mengingat ummatnya yang akan berpecah belah, ummatnya yang akan berselisih faham, saling menyalahkan dan bahkan terjadi pertumpahan darah.[3]

Ini dapat dilihat sebelum penurunan Al- Quran lagi, Masyarakat Arab atau dunia berada dalam kegelapan taraf peradaban sangat rendah, samaada rohani dan material. Sistem kesukuan melahirkan sifat fanatisisme kesukuan (al-asabiyyah al-qabaliyyah)  akibat daripada itu berlaku peperangan sebagai satu cara untuk membaiki kehidupan mereka, merampas harta dan kuasa tanpa mengira benar ataupun salah. (Ibn Khaidun, t.th: 125)

Kehadiran wanita amat memalukan dan menghinakan keluarga. Oleh itu masyarakat Arab melakukan perbuatan kejam dengan menanam setiap anak perempuan yang dilahirkan. Masyarakat Arab pada masa ini berada dalam keadaan jahiliah iaitu kerosakan akidah dan moral (akhlak). Bidang pertanian, ternakan, perniagaan dan pertadbiran negara diuruskan dengan sederhana. Ini kerana ilmu pengetahuan masyarakat Arab masih rendah, bahkan sebilangan besar mereka masih belum dapat membaca dan menulis (ummi).
Setelah penurunan Al- Quran, Kemajuan yang dicapai umat Islam dalam bidang pembinaan akidah (keimanan) menukar kepercayaan peryembahan berhala menjadi muslim yang mentauhidkan Allah. 


Pembinaan sosial (kemasyarakatan) syariat Al-quran telah menghapuskan panatismisme kesukuan sampai ke akar umbi, dan diganti dengan persaudaraan keagamaan, permusuhan dan peperangan diganti dengan perdamaian dan kasih sayang (silaturahim). Hubungan bertambah utuh antara orang islam dan non muslim di bahagikan mereka kepada dua, kafir dhimmi dan kafir harbi.

Masa berlaku peperangan yang memerlukan tentera yang banyak, namun sekelompok orang islam mesti ada yang tetap menuntut ilmu untuk diajarkan kepada orang lain. Proses pendidikan dan ilmu pengetahuan mula berkembang. Bidang pentadbiran negara dilakukan secara mesyuarat, persamaan di hadapan undang-undang baik menerima hak mahupun melaksanakan kewajiban. Tidak membezakan antara warna kulit, bahasa dan suku bangsa dan keadilan ditekankan dan diwajibkan menegakkan keadilan kepada seluruh manusia walaupun diri sendiri dan orang yang terdekat. Politik luar negara dan penyebaran Islam yang merupakan agama universal untuk semua manusia dari berbilang bangsa dan keturunan. Kemajuan yang dicapai Umat Islam kini sebagai suatu realiti

Kemunduran umat islam pada abad kesembilan dan kesepuluh. Bentuk- bentuk kemunduran terhentinya kegiatan gerakan fiqh yang begitu cemerlang pada masa iman mujtahid dahulu. Semangat para fuqaha semakin lemah dan menurun, mereka berasa tidak kemampuan untuk berijtihad seperti mujtahid-mujtahid dahulu walupun kefahaman mereka terhadap nas-nas syariah memeng mendalam. Selain itu, Interaksi para pakar dan pentafsir al-quran hanya terhad pada ayat-ayat hukum syariah sahaja. Dan terhentinya kegiatan penelitian dan eksperismen (uji kaji) dalam bidang sains hayat (tabi’e).

Faktor penyebab kemunduran umat islam lemah dan menjadikan mereka mundur dan kegemilangan tamadun yang pernah mereka capai. Secara umum faktor penyebab tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu faktor dalaman yang datang dari kalangan umat Islam sendiri dan faktor luaran yang datang dari kalangan non muslim

Faktor dalaman yang melemahkan umat islam dari mempertahankan kemajuan tamadun yang mereka capai adalah perpecahan yang terjadi dikalangan umat islam secara berterusan. Perpecahan tersebut sesetengahnya disebabkan perbezaaan pemahaman keagamaan dan setengah yang lain pula kerana politik dan perebutan kuasa.

Faktor-faktor dalaman yang melemahkan umat Islam terpecahnya umat islam kepada tiga golongan iaitu Khawarij, syiah dan ahli al-sunnah wa al-jamaah.  Golongan khwarij dan syiah masing-masing menyerang pengikut Ahli sunnah wa jammah secara berterusan. Permusuhan ini tentunya akan menjejaskan perpaduan umah.

Keduanya, Kegiatan perterjemaahan falsafah Yunan dan India serta ilmu kalam ke dalam bahasa arab yang sangat pesat pertumbuhanya pada zaman kerajaan Abbasiyyah, yang melibatkan kepada menterjemah dan memperlajari falsafah ketuhanan, mempergaruhi kepercayaan masyarakat Islam di mana-mana. Ketiga, Perpecahan kerajaan Islam pada abad keempat tiga kerajaan Abbasiyah di Baghah, Fatimiyah di Mesir dan kerajaan Umawiyah di Andalus. Kuasa politik ini berjaya membangkitkan permusuhan di kalangan pemimpin-pemimpin umat Islam dan menjejaskan perpaduan yang telah berkekalan.

Bertebar luasnya fahaman kebangsaan  di tengah masyarakat Islam yang membawa kepada perpecahan antara bangsa Arab dan bukan Arab (ajam) masing-masing bermegah-megah dengan kelebihannya diatas yang lain. Selain Aliran kebatinan. Fahaman terbesar di antara penyebab dalaman yang meruntuhkan kekuatan Islam, kerana fahaman ini menghimpun unsur-unsur fahaman yang datang dari luar Islam seperti yahudi, Nasrani, Hindu dan lain-lain. Akhiryan Aliran tasawuf turut dipengaruhi. 

Faktor luaran yang datang daripada kalangan non muslim termasuklah Serangan Tentera (moghul) terhadap dunia Islam benar-benar meruntuhkan kekuatan dan tamadun Islam dari segala aspek kehidupan.[4] Mereka dengan bantuan  kristian dan kaum Syiah yang melakukan serangan dengan meruntuhkan masjid-masjid, membakar perpustakaan serta membuang kitab-kitab ke Sungai Dajlah,membunuh sebilangan penduduk termasuk para ulama. Dengan serangan dahsyat yang dilakukan tentera tatar tersebut maka jatuhnya Baghdad ke dalam kekuasaan mereka setelah 5 abad lamanya itu menjadi tempat tumpuan bijak pandai dari seluruh dunia dan pusat Islam yang termasyur sepanjang sejarah Islam[5]

Serangan tentera salib terhadap kerajaan Islam berlaku di Timur iaitu di negeri Syam berlaku di barat iaitu di Andalus. Serangan bertujuan untuk membuat serangan balas kepada umat Islam yang telah memenangi dan menguasai Eropah sehinggalah ke selatan Perancis. Selain juga untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian[6]. Mereka menumpahkan darah orang Islam di Raha, antioch, tripoli, dan Baitulmaqdis. 

Mereka menyembelih orang Islam di halaman masjid al- Aqsa, seramai 7 puluh ribu orang lebih malah lebih dari itu. Serangan lebih dari 2 abad itu tidak henti-henti telah menumpuhkan kekuatan-kekuatan umat Islam dengan corak politik negeri tidak stabil. Setelah perang salib mengalami kegagalan menyerang umat Islam dan mendapati bahawa memerangi dunia Islam dengan kekuatan senjata suatu hal yang tidak dapat bertahan lama maka mereka cuba mengubah strategi baru dengan melakukan Gerakan penjajah Eropah penjajahan ke negara-negara umat Islam.

Tujuan utama untuk menjatuhkan syariat Islam dari kehidupan muslim melalui perang dingin strategi tanpa senjata. Selain itu, bertujuan untuk kepentingan ekonomi.[7]

Kesimpulannya, Al-Quran menyeru umat manusia agar (beradaban tinggi) yang seimbang dan selaras antara aspek spiritual (rohani) dan material (duniawi) iaitu memiliki akidah yang benar dan berakhlak mulia serta membangunkan kehidupan dunia dengan pelbagai kemajuan yang membawa kemudahan dan kebahagiaan bagi umat manusia sebagai menunaikan tanggungjawab kekhalifahan untuk mengimarahkan bumi Allah ini.
Keadaan umat Islam kini berada di taraf kemunduran yang sangat memerihatinkan dari segala aspek kehidupan baik dalam material spiritual (akidah dan akhlak) mahupun dalam material duniawi khususnya pengetahuan dan teknologi. Inilah realiti keadaan orang Islam kini, dan keadaan ini akan berterusan kecuali umat Islam kembali kepada pengamalan al- quran seperti yang dilakukan generasi terdahulu.

Wallahu Alam.


[1]H.Salim Bahreisy Dan H.Said Bahreisy,Tafsir Ibnu Kathir,Kuala Lumpur,Victory Agency,1988,Hlm.254.
[2]Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri,Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan,Selangor,Telaga Biru Sdn Bhd,2008,Hlm.4-5.
[3] Al-Ustaz Armen Halim Naro Rahimahullah, temui aku di telaga, Pustaka Darul Ilmi, 2009,hlm .86.
[4] Ibnu Al-Athir, Majd Al-Din Ibnu Muhamad Ibn Al-Athir, Jami al-usul fi ahahith al-Rasul, al-Hawali,
1969.
[5] Khairuddin, Hj Muhammad, sejarah Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
[6] Jarishah, Ali Muhammad dan al- Zaibaq, Muhammad Sharif, asalib al-ghazw al-Fikr, al-Hisyam Kaherah, 1978.
[7]Al-Murti’i, Abd al-Azim Ibrahim Muhammad, urub ba fi muwajahah al-Islam, Maktabah al-Islam,  1993, Kaherah