Sunday, August 1, 2010
istiMEWa buAt Ku
Monday, June 14, 2010
my video kesayangan
Wednesday, June 9, 2010
Persekitaran dan KEsihatan : punca-punca JereBu
.jpg)

Manakala hujan jenis kering ( mendapan kering ) ini pula terjadi apabila gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid termendap apabila tersentuh dan melekat pada permukaan tumbuhan, tanah, bangunan dan bahan lain menyebabkan berlakunya pemendapan kering berasid. Gas berasid ini bertindak balas dengan oksigen di atmosfera mambentuk pelbagai jenis asid (asid trioksida, asid sulfurik, asid nitrus dan asid nitrik). Antara contoh proses letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon monoksida bertindakbalas dengan air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.
Mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar melalui akhbar Utusan Malaysia 2001: jumlah keluaran bahan-bahan percemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah tersebut, kenderaan mencatat punca percemaran yang tertinggi (58.1%), ini diikuti oleh stesen jana kuasa (23.9%), disusuli pembakaran bahan apui industri (9.4%), dan pemprosesan industri (3.9%) dan terakhir pembakaran terbuka (4.9%).
Jenis- jenis bahan pencemar tidak hanya tertumpu kepada sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan ozon, alergen, plumbum dan logam-logam lain. Tetapi disebabkan dengan pembakaran petrol, arang batu bahan radioaktif dan racun perosak ini kerana wujudnya bahan pencemar yang boleh menbahayakan kesihatan dan memberi kesan buruk pada jangka masa yang panjang.
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, proses industri dalam penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang simen dan bateri kereta, pembakaran di tempat pelupusan atau pembakaran terbuka di bandar, perlepasan habuk dari pembakaran sisa kayu/sekam padi, bahan-bahan sisa bandaran samaada sampah-sarap dan sisa-sisa makanan, ataupun dari aktiviti masyarakat seperti memasak menggunakan arang kayu, membakar sampah dan merokok. Percemaran ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepakatan yang menganggu memudaratkan dan membahayakan manusia, tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini terdiri daripada bentuk habuk, asap, wap, dan gas ( Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Okida dan bau- bauan).
Bahan pencemar yang naik ke udara dari kilang dan stesen kuasa, jatuh ke laut bersama air hujan dalam bentuk zarah pepejal atau gas yang larut dalam di permukaan air laut. Adalah amat sukar untuk menentukan betapa banyak percemaran yang berasal daripada udara kerana lautan tersebar luas. Walau bagaimanapun, ahli-ahli sains percaya bahawa jumlah percemaran udara yang mengakibatkan percemaran lautan adalah tinggi. Sebagai contoh, kira-kira 3000 tan raksa setahun dianggarkan sampai ke laut daripada pembakaran bahan fosil, terutamanya arang batu.
Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam pada kuantiti alam sekitar. Antara penyumbang terbesar percemaran termasuklah aktiviti perindustrian dan pembangunan. Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bakan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri manghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang bersaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang pelapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon.
Industri logam pula bertanggungjawab mencemar udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah gas rumah hijau yang amat memudaratkan dan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.
Isu pemanasan dunia (grobal warning) punca dunia semakin panas adalah kerana apa yang dipanggil sebagai kesan rumah tanaman atau (green house) yang digunakan oleh pertani di negara-negara sejuk untuk bercucuk tanam dengan cahaya matahari yang terhad. Rumah tanaman yang dibina daripada daripada bahan telus cahaya matahari itu memerangkap bahang panas, tetapi menghalangnya daripada keluar. Kesan yang sama juga berlaku dipermukaan bumi kerana pertambahan gas karbon dioksida, metana Chlorofluorocarbons (CFCs) yang berpunca daripada peningkatan penggunaan tenaga untuk industri, pertanian moden besar- besaran serta pertambahan bilangan kenderaan. Sebaliknya gas oksigen yang perlu bagi mewujudkan lapisan ozon bagi mencegah tembusan cahaya ultra- violet daripada sinaran matahari bertambah kurang dengan penebangan hutan belantara bagi membuka kawasan industri dan peladangan secara besar-besaran.
Pemanasan global menyebabkan suhu dunia meningkat yang berpunca daripada pelepasan karbon dioksida ke atmosfera. Keadaan ini menyebabkan ais di Artartika mencair meningkatkan paras air laut sebanyak 100 hingga 200 milimeter, malah keadaan cuaca panas di dunia bermula sejak 1980. Tahun 1998 merupakan tahun paling panas sejak tahun 1960. Akibat dari itu menyebabkan ais di Greenland mencair, udara panas mengandungi lebih banyak kelembapan menyebabkan berlakunya hujan yang lebih banyak air tawar di Artik berbanding Atlantik Utara.
Setakat ini masih tidak diketahui sama ada penipisan ozon yang menyebabkan yang menyebabkan peningkatan kepanasan suhu dunia mempunyai kaitan dengan kecairan bongkah- bongkah ais di Kutub selatan itu. Menurut Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan Amerika Syarikat (NSIDC) di Universiti Colororado, siri pemisahan terbesar dalam tempoh 30 tahun ini melibatkan satu bongkah ais berukuran 3250 kilometer persegi dengan ketebalan ais menjangkau 200 meter. Siri runtuhan bongkah ais itu adalah yang terbesar dalam pemisahan di semenanjung Antartiks hasil daripada pemanasan global dengan peningkatan suhu sejak 50 tahun lalu.bongkah ais merujuk ketulan ais tebal yang terbentuk daripada glasier dan ia terapung di kawasan sekitar Antartika. Pemisahan bongkah ais itu yang terbentuk sejak lebih `12000tahun lalu akan mengubah bentuk geografi di benua berkenaan.
Fenomena Asian Brown Clouds (udara berjerebu) juga turut mengancam cuaca dunia. Masalah ini dijangka berlarutan dan merebak ke seluruh dunia kerana jerebu yang berlegar di ruang udara akan bergerak mengelilingi bumi hanya dalam masa seminggu. Udara berjerebu yang kini menyelubungi ruang udara beberapa buah negara Asia dikatakan berupaya mengancam berjuta nyawa manusia. Jerebu ini mengandungi jelaga dan gas rumah hijau iaitu karbon dioksida yang kini mencemari awan. Berikutan perkembangan tersebut perubahan monsun turut berlaku dimana hujan semakin kurang kerana proses penyejatan air laut yang sepatutnya terjadi kini terhalang ekoran daripada masalah jerebu yang menutupi ruang udara beberapa buah negara Asia.
Berikutan daripada masalah tersebut dengan secara tidak langsung pembekalan tenaga solar turut tersekat sebanyak 15 peratus untuk sampai ke permukaan bumi. Ini dapat dilihat di India merupakan negara yang mengalami percemaran alam sekitar yang serius di mana lebih dua juta rakyatnya mati akibat masalah percemaran udara antara tujuh buah bandar yang kotor, antaranya ialah Ahmedadab, Culcutta, Delhi, dan Mumbai. Korea turut menerima padah akibat daripada pencemaran itu dan dikhuatiri jerebu berkenanan berkemungkinan merebak ke benua Eropah dan Amerika Utara. Sekiranya masalah itu dibiarkan berlarutan ia boleh memburukkan lagi keadaan kerana kawasan hutan akan musnah secara perlahan-lahan akibat hujan asid. Ekoran daripada fenomena Asian Brown Clouds pada masa yang sama awan akan menyerap haba sehingga menyebabkan hujan tidak turun di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Bangladesh, Nepal, Sri Langka dan bahagian barat China.
Kadar purata hujan yang sedikit akan menyumbang kepada masalah kemarau yang berpanjangan. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah masalah pencemaran turut mendatangkan implikasi buruk terhadap perkembangan ekonomi dan kesihatan sesebuah negara.
Di Malaysia, keadaaan panas terik dengan jumlah hujan yang minimum mengheret kepada krisis air terburuk, selain merugikan berjuta-juta ringgit akibat tanaman yang tidak menjadi. Fenomena El- Nino memusnahkan plankton yang merupakan sumber makanan utama hidupan laut yang seterusnya menjejaskan pendapatan industri perikanan di negara ini. Angin pasar (trace winds) menolak air ke barat Lautan Pasifik, jauh dari Amerika Selatan iaitu ke arah Australia dan Indonesia. Apabila udara panas tersejat daripada lautan di barat Pasifik, ia membentuk awan dan membawa hujan di kawasan persekitarannya. Air yang bergerak kearah barat merentasi lautan akan digantikan dengan air yang lebih sejuk . Bagaimanapun, dari semasa ke semasa angin yang bertiup ke barat ini akan semakin lemah dan menyebabkan air laut yang panas ini berkocak dan mula berpatah balik ke timur. Ini menyebabkan lautan Pasifik Timur sepanjang Amerika Selatan menjadi panas.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan –kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditebus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab .
Asia tenggara terutamanya Australia, Malaysia, Indonesia dan Thailand pada masa terssbut adalah kering kerana ketiadaan hujan. Ketiadaan hujan ini adalah berkaitan dengan tiada lembapan udara daripada angin lazim dari arah Lautan Pasifik dan dari monsun Timur Laut. Ini menyebabkan cuaca menjadi kering dan jumlah turunan hujan berkurangan mengikut arah aliran El-Nino. Oleh kerana angin lazim dari arah Lautan Pasifik tiada, maka cuaca yang lembap turut hilang.
Udara yang kering terhasil di rantau Asia Tenggara dan akan mengalakkan kebakaran hutan dan ditambahi pada masa tersebut suku-suku kaum di Indonesia menjalankan aktiviti pembakaran tumbuhan dan hutan bagi tujuan pembersihan tapak pertanian. Musim yang panas adalah pilihan mereka kerana tumbuhan mudah terbakar. Musim kemarau yang wujud ini adalah peluang bagi mereka membersihkan tapak tetapi ia menjadi malang setelah kebakaran hutan daripada pembakaran mereka semakin merebak dan ia telah melenyapkan hutaan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Oleh itu, El-Nino yang menghasilkan kemarau ini telah menjadi pemangkin kepada kebakaran hutan akibat daripada kebakaran biomass bagi tujuan pertanian. Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di pasifik tengah dan timur menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini dipanggil La-Nina keadaan bertentangan dengan El-Nino. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa pasifik barat menurun, menyebabkan pembentukan di kawasan awam yang lebih sekaligus membawa hujan lebat.
El- Nino dan La-Nina boleh dikesan melalui ujian daya cerun tekanan lautan yang terbentuk diantara dua lokasi iaitu Darwin (Australia) dan Tahili dengan menggunakan SOI.SOI ini adalh petunjuk utama bagi peramal kemunculan El- Nino dan La-Nina. Perbezaan antara dua lokasi iaitu Darwin dan Tahiti akan mewujudkan angin dan tekanan udara. Angin yyang terhasil ini akan bergerak mengikuti aras tekanan udara di sesebuah kawasan iatu dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah.
Malaysia pernah mengalami El-Nino yang teruk pada tahun 1997. Dengan kehadiran El-Nino yang sederhana atau kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh di bawah paras purata semasa monsun Barat Daya ( jun-Ogos) dan monsun Timur Laut (November –Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah di bawah paras purata hanya semasa Monsun Barat Daya ( Jun- Ogos)
Keadaan El- Nino yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan dibawah atau atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El-Nino atau La-Nina. Selain itu, El-Nino dan La-Nina turut memberi kesan kepada penyakit berjangkit seperti kolera, enterovirus, dengi, demam kuning dan menyebabkan keracunan makanan. Kejadian El-Nino juga boleh mengakibatkan jerebu.
Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan bermotor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Jumlah kenderaan bermotor di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskn lapisan ozon.
Masyarakat moden sekarang amat bergantung kepada kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pengerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kuantiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tanaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Penggunaan pengangkutan awam akan adalah mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar.
Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik, kerja-kerja pembinaan, industri atau kilang, kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap. Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyi tahap kecekapan antara 35 dan 40 peratus dimana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluaan tenaga elektrik nya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.
Aktiviti seharian juga menjadi penyumbang punca percemaran hasil dari tindakan manusia itu sendiri. Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar. Perokok yang menghembus asap ke udara. Pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara. Selain itu, pencemaran yang berlaku turut berpunca tukang masak yang tidak efisien di mana penggunaan peralatan dapur berupaya menjejaskan udara melalui penyebaran asap. Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara bukan apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarbon (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca percemaran udara.
Tuesday, May 25, 2010
HuBunGan InSan -( KoMUnikaSi Dalam BeRorGaNisaSi )
Menurut Koontz dan Wiehrich ( 1991: 53 ) tujuan utama komunikasi ialah untuk melaksanakan perubahan komunikasi yang diperlukan untuk
-
Menetapkan dan menyebarluaskan matlamat sesebuah organisasi
-
Menyusun strategi dan merancang untuk mencapai matlamat tersebut
-
Mengatur sumber manusia dan sumber lain dalam cara yang cekap dan berkesan
Memilih, mengarah, mendorong, mencipta iklim yang mendorong orang untuk menyumbang
Selain itu, mengawal prestasi.
Apakah implikasi komunikasi terhadap organisasi ?
Antara aspek- aspek yang dititikberatkan dalam sistem komunikasi keorganisasian . Menurut Thayer (1968 ) telah membahagikan tiga pembolehubah yang mempergaruhi aliran maklumat. Pertama, struktur sistem maklumat. Kedua, peranan komunikasi yang dimainkan oleh individu dalam sistem. Ketiga, saluran dan mesej yang digunakan untuk mencapai matlamat yang betul ( The right things)
Manakala menurut pendapat Westford ( 1977 ) mendapati komunikasi keorganiasasian merupakan salahsatu tonggak terpenting dalam menyumbang keberkesanan yang berkesan dipercayai sebagai faktor terpenting.
Pendapat ini disokong oleh Greedbuan ( 1974 ) yang menepati komunikasi yang berkesan dipercayai sebagai faktor terpenting dalam usaha mendapati komunikasikeorganisasian pada tahap yang tinggi. Namun begitu, beliau mendapati kebanyakkan organisasi tidak mempunyai polisi komunikasi. Ini menyebabkan komunikasi keorganisasian berlaku tanpa kawalan dan perangcangan.
Davis ( 1980 ) menganggap komunikasi keorganisasian sebagai “sistem saraf ” (nervous system ) manakala komunikasi merupakan proses yang berterusan (a way of life ).
Banyak organisasi mengalami kesan negatif akibat ketidakberkesanan sistem komunikasi kebawah ( downward ), keatas (upward) dan mendatar atau menyilang.
“Kajian perbandingan teori komunikasi perlu digalakkan dan ditingkatkan sebagai pembantu meluaskan skop perbincangan dan mempercepatkan kelahiran pemikiran baru daripada pelbagai- bagai budaya yang membolehkan kita memahami dan mendapatkan konseptualisasi tindakan komunikasi yang lebih baik, mempunyai hubungan penting dengan penyelidikan komunikasi”
>Rahmah
Dalam perspektif atau falsafah Cina dan teori komunikasi semasa, Chung Ying Cheng telah memerhati bahawa dalam Taoisme dan Buhisme Ch’an, konseptualisasi komunikasi merupakan satu kelainan berbanding dengan bidang komunikasi yang masih digunakan. Beliau mengenalpasti enam prinsip asas falsafah Cina yang amat berguna untuk menyelesaikan masalah dalam teori komunikasi semasa. Prinsip-prinsip itu ialah:
-
Prinsip Penjelmaan Kuasa Akal dalam Pengalaman
(The principle of the Embodiment of Reason in Experience) -
Prinsip ketidakpastian Bahagian- keseluruhan
(The Principle of Part-Whole Indetermination) -
Prinsip kesatuan Epitermonologikal-Pragmatik
(The Principle of Epitermological-Pragmatic unity) -
Prinsip penyempurnaan Dialektikal Polariti Relatif
(The principle of Dialectical Completion of Relative Polararities) -
Prinsip Interprestasi Tidak Terhad
(The Principle of Infinite Interpretation
Prinsip Rujukan Simbolik
(The Principle of Symbolic Reference)
Berasaskan prinsip-prinsip ini, Chung Ying Cheng menyatakan bahawa kita perlu mengkaji teks klasik dengan tujuan meneliti kepentingannya untuk teori komunikasi. Kehadiran dan sumbangan penyelidikan komunikasi keatas pemikiran dan pemahaman orang Cina tidak dapat dinafikan walaupun bersifat “asing”. Ini bertujuan untuk melihat secara ringkas empat aspek kecinaan dalam penyelidikan komunikasi yakni komunikasi antara perseorangan , komunikasi dan perubahan, komunikasi pemujukan, dan ideograf Cina sebagai sesuatu wadah komunikasi yang unik.
Apakah terdapat suatu perspektif India dalam teori komunikasi?
Terdapat tiga aspek yang perlu diambilberat termasuklah ciri dan kebudayaan India adalah satu sistem yang serba merangkumi dengan pertentangan lojik wujud bersama tetapi tidak bercantum dan tindakan semestinya menyusuli pemikiran dan emosi dan tidak pula kedua-duanya itu konflik (Sinha. 1982)
Kebudayaan India masa kini adalah campuran daripada tiga punca utama iaitu tradisi zaman silam dengan kelahiran agama Buddha, Jain dan Sikh. Selain pengalaman penjajahan British yang telah membawa bersama-sama struktur pendidikan, perindustrian institusi dan politik telah membentuk golongan elit moden.
“Ini amat sesuai dengan orang India yang moden kerana membolehkanya mempercayai bahawa dirinya boleh mempelajari ilmu sains sebagai suatu kegiatan pengamatan, yang sesuai dengan kejituan matematik, tanpa sedikit pun menggangu pandangan dunia tradisinya”
>(Kapoor,1985)
Teori Komunikasi dan Perspektif Islam
Tiada satupun pengumpulan bahan penerbitan yang formal ataupun diterima umum, atau pengisytiharan tentang “teori komunikasi” atau “media massa”yang dianggap sebagai bersifat Islam dalam perspektifnya.
Pandangan Islam timbul daripada kepercayaan utamanya kepada Tuhan Yang Esa (Allah), yang telah berkomunikasi dengan manusia melalui beberapa orang para Anbia daripada Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam tradisi Islam, hukum Tuhan diwahyukan melalui Syari’ah yang dibentuk melalui empat sumber asas pada abad-abad terawal dalam sejarah Islam: al-Quran, Tradisi (Sunnah) Rasul, Qias (kias atau alasan) dan Ijma’ (Persetujuan Ulama) komuniti Islam (’Ummah), sama seperti Yahudi dan Kristian sangat bergantung kepada tradisi komunikasi lisan dan bertulis yang disusun kedalam sistem perundangan.
Kedudukan al-Quran jauh lebih penting di dalam Islam berbanding kitab Taurat dan Kitab Injil dalam agama Yahudi dan Kristian. Sejarah melalui tiga institusi komukasi Islam termasuk Syari’ah sebagai undang-undang Tuhan,yang tetap tidak berubah sepanjang zaman tetapi boleh ditafsirsemula pada zaman lain oleh Ulama yang berlainan (Mujtahid Faqih) lima mazhab telah berkembang mengikut masa empat daripadanya tergolong dalam sunnah wal Jamaah temasuklah Hanafi, shfi’I, Maliki, Hanbali, dan Syi’ah.
Apakah yang dimaksudkan dengan Komunikasi Kreatif?
Bagaimanakah seseorang pemimpin dapat melengkapkan dirinya dengan kemahiran –kemahiran yang dimaksudkan?
Contohnya selaku pemimpin sekolah perlu menjadi seorang komunikator yang berkesan untuk menyampaikan maklumat, perancangan dan sistem pelaksanaan pengurusannya. Seseorang pengetua yang kreatif akan menjadi lebih berkesan dengan menggunakan cara-cara yang imaginatif serta inovatif untuk berkomunikasi dengan stafnya dan juga ahli-ahli masyarakatnya.
“Komunikasi adalah ibarat benang yang menjalin dan mengikat satu perhubungan di kalangan ahli-ahli sesebuah organisasi, pengetua yang kreatif berupaya menggunakan cara yang pelbagai untuk berkomunikasi dengan lebih cekap dan berkesan, kecanggihan teknologi masa kini menawarkan semakin banyak pilihan”.
Komunikasi adalah satu proses bersifat dua hala.
Idea dan maklumat perlu mengalir dua hala, iaitu secara menegak dari atas ke bawah dan sebaliknya. Jika komunikasi hanya sehala, iaitu dari atas ke bawah tanpa sebarang maklumbalas daripada staf bawahan, sesebuah organisasi tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Oleh itu, komunikasi hendaklah bersifat dua hala. Komunikasi yang kreatif adalah lebih daripada itu ia bersifat pelbagai hala mendatar,menegak dan melintang.
Komunikasi juga sebagai alat yang menghubungkan manusia untuk berkerjasama . Dalam masyarakat kita, proses pengajaran dan pembelajaran merupakan melalui komunikasi diantara guru, pelajar, ibubapa dan pihak-pihak lain. Hubungan komunikasi yang baik ini merangkumi kepada semua pihak yang terlibat dengan tempat kerja dan dalam konteks organisasi pendidikan iaitu sekolah, hubungan antara
pentadbir, guru dan lain-lain.
“Ketidakberkesanan komunikasi meyebabkan berlaku isolasi, kekeliruan kerisauan tidak menentu tidak mempercayai sesama sendiri, ragu-ragu dan sebagainya dimensi ini juga merupakan satu kompenan di sekolah yang perlu dijaga. Pengetua perlu mewujudkan persekitaran komunikasi yang baik di sekolah.”
(Barbuto 2005; Hall, Johnson, Wysocki & Kepner 2002; Judge & Piccolo, 2004; Kelly 2003; Simic 1998).
Seterusnya dimensi hormat- menghormati sesama sendiri. Ini termasuklah menghormati persekitaran, hak individu dan barangan individu, padangan yang berbeza agama, jantina, etnik kebolehan fizikal, kepercayaan dan personaliti seseorang.
Bila kita mula menghormati rakan sekerja kita, baru kita boleh menerima perbezaan yang terdapat dalam setiap individu dan ianya akan memberi manfaat untuk semua. Kurang menghormati dan menerima individu lain akan menyebabkan konflik dan pergaduhan.
Permuafakatan (partnership) adalah tanggungjawab dan kepercayaan terhadap orang lain dalam menjalankan tugasan mengikut komitmen tanpa permuafakatan akan menyebabkan isolasi dan pertandingan tidak sihat dalam organisasi. Oleh yang demikian perhubungan yang adil dalam suasana kerja dapat membantu meredakan suasana semasa perselisihan pendapat.
Friday, April 2, 2010
ABDULLAH BIN ZUBAIR

Abdullah bin Az-Zubair bin Al-‘Awwam bin Khuwailid bin Asad bin ‘Abdul ‘Azza bin Qasai Al-Asadi. Gelaran yang diberikan kepadanya ialah Abu Bakar. Pendapat yang lain mengatakan beliau juga digelar sebagai Abu Khubaib kerana beliau dan ayahnya merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW.
Ayahnya merupakan salah seorang di antara sepuluh sahabat Rasullah SAW yang dijamin masuk syurga. Ibunya pula bernama Asma’ binti Abu Bakar As-Siddiq dan ibu di sebelah ayahnya iaitu nenek beliau bernama Sofiah merupakan ibu saudara kepada Rasullah SAW. Beliau dilahirkan di Madinah 20 bulan selepas Hijrah. Pendapat yang lain pula mengatakan beliau dilahirkan pada tahun pertama Hijrah dan merupakan bayi pertama yang lahir selepas Hijrah bagi kaum Muhajirin. Seluruh kaum muslimin menyambut kelahirannya dengan amat gembira kerana kaum Yahudi pernah berkata bahawa mereka telah menyihir kaum muslimin supaya tidak akan ada kelahiran selepas Hijrah.
Kelahiran beliau juga telah disambut oleh Rasullah SAW dan baginda telah mentahnikkannya sendiri dengan buah tamar. Rasullah SAW telah menamakannya Abdullah dan memberikannya gelaran Abu Bakar bersempena nama datuknya Abu Bakar As-Siddiq. Beliau mempunyai beberapa sifat-sifat yang terpuji antaranya beliau seorang yang rajin berpuasa, sentiasa mendirikan solat, sentiasa menjaga silaturrahim dan mempunyai sifat berani yang tinggi. Sebahagian dari hidupnya selama tiga malam dihabiskan dengan beribadat kepada Allah SWT sepanjang malam. Beliau juga telah meriwayatkan sebanyak 33 hadis mengenai Nabi Muhammad SAW. Manakala terdapat beberapa saudaranya yang meriwayatkan hadis mengenainya seperti ‘urwat, Ibn Abi Malaikat, ‘Abbas bin Sahal, Thabit Al-Banani, ‘Attha’ dan ‘Ubaidah As-Salmani.
Telah dikatakan bahawa semasa pemerintahan Muawiyyah bin Yazid, Abdullah bin Az-Zubair tidak membaiahnya dan beliau telah melarikan diri dari Makkah. Selepas kematian Muawiyyah bin Yazid beliau pula telah dilantik menjadi khalifah dan beliau telah dibaiah oleh ahli Hijjaz, Yaman, Iraq dan Khurasan. Semasa pemerintahan Abdullah Bin Az-Zubair, beliau telah membuat pembaharuan pada Kaabah dengan membina dua pintu iaitu dari arah timur dan barat di atas bekas tapak kaki Nabi Ibrahim dengan meletakkan batu sepanjang enam hasta.
Pembaharuan yang dilakukan oleh Abdullah bin Az-Zubair ini adalah seperti apa yang telah diperkatakan oleh Aisyah r.a sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasullah SAW kepadanya.
Pemerintahan Abdullah bin Az-Zubair tidak dibaiah oleh Syam dan Mesir tetapi mereka membaiah Muawiyyah bin Yazid. Selain itu, pemerintahan beliau juga tidak bertahan lama kerana beliau wafat. Kemudian, Marwan bin Al-Hakkam telah keluar dan menguasai Syam dan Mesir. Abdullah bin Az-Zubair wafat pada usia 65 tahun. Seterusnya, pemerintahan beliau telah diteruskan oleh anaknya ‘Abdul Malik.
Hari wafatnya adalah hari Selasa, Jumadil Awwal tahun 73. waktu itu beliau berumur 72 tahun. Dari Utman bin Tholhah berkata, “Ada tiga perkara yang tidak dapat dikalahkan dari Ibn Zubair; dalam keberanian, ibadah dan kepandian berpidato (balaghah).”
Dari buku Tarikh Al- kulafa,
Pengarang buku,
Imam Al-Hafiz Jalala Al-Din Abd Rahman Ibn Abi ‘Bakar Al-‘ Sya’yuti
Monday, March 15, 2010
KuriKulum Pendidikan Islam di MalaySia

Pengaruh Islam telah melahirkan pusat pendidikan awal di Malaysia yang bermula dengan pengajian al- Quran, institusi pondok, madrasah dan sekolah agama. Kemuncak dari itu lahirnya Kolej Islam Malaya (KIM) pada 1955. Sebagai contoh Syed Syeikh al-Hadi (golongan Timur Tengah berpengaruh di Pulau Pinang) yang memperkenalkan kebolehan membaca Al- Quran . ini bersesuaian dengan objektif dalam pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani dengan menjadikan tauhid sebagai asas.
Selain itu Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang merupakan salah satu agensi pendidikan yang mengambil alih pentadbiran sekolah- sekolah agama di Kelantan mulai 1974. YIK melaksanakan dua sistem pendidikan yang berasaskan kurikulum di timur Tengah. Sistem pelajaran Kebangsaan yang membolehkan pelajarnya mengambil peperiksaan awam seperti PMR, SPM, STPM antara sua sekolah yang terkenal iaitu Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan yang telah menjalin hubungan dengan Timur Tegah termasuk di Sudan dan Maghribi.turut juga menawarkan aliran sains tulen bagi melahirkan saintis berteraskan ajaran Islam melalui sistem pendidikan bersepadu.
Pada zaman kegemilangan tamadun dan kebudayaan Islam, kurikulum pendidikan Islam meliputi antarannya Syariah (Fikah, Tafsir, dan Ilmu Hadis), adabiyat (pengajian kesusateraan seperti Nahu, Balaghah, Saraf, Insyak, dan Literatur Sejarah), Riyadiyat (pengajian ilmu kemahiran seperti Astronomi, Ukur, Matematik, Muzik, Etika, dan Ekonomi Rumah Tangga), dan Aqliyat (pengajian ilmu akal seperti Mantik, Logik, Ilmu Kalam, Metafizik, Sains Tabii, Kedoktoran dan Kimia).
Berhubung dengan pengajian pondok, Wan Zahidi (1992) mencadangkan supaya dibaiki kelemahan sukatan pelajaran kerana tiada sukatan pelajaran tertentu dan masa yang diambil lama, setiap judul dalam satu kitab dibaca dari awal hingga akhir dan terdapat pengulangan dan pernindihan topik.
PERSAINGAN PENDIDIKAN ISLAM TRADISIONAL DAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Berikutnya wujudnya persaingan antara pendidikan Islam secara tradisional dengan keperluan dalam pendidikan kebangsaan. Atas desakan dan keperluan menjamin survival pembangunan umat Islam, beberapa kerajaan negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah telah mengambil alih pentadbiran sekolah agama yang kemudianaya dikenali sebagai dengan sekolah menengah agama. Kolej Islam Malaya dan Yayasan Pengajaran Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) merupakan usaha peringkat yang tinggi di peringkat tinggi.
PERBEZAAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA DAN BRUNEI
Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia terbahagi kepada dua bahagian di peringkat sekolah iaitu KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Setiap kurikulum ini mempunyai objektif, peruntukan waktu dan ciri-ciri pembelajaran yang tertentu mengikut kurikulum peringkat sekolah.
11.1 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)
Mata pelajaran Pendidikan Islam teras KBSR mula diperkenalkan pada tahun 1983. Kurikulum Pendidikan Islam KBSR ini telah disemak pada tahun 1996. Pada tahun 2000, kurikulum Pendidikan Islam ini disemak sekali lagi dengan diberi tumpuan kepada kandungan kurikulum dan kaedah pengajaran.
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua murid yang beragama Islam. Peraturan Pendidikan 1997 PERKARA 3:4 (Akta Pendidikan 1996) peruntukan masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di SK ialah 180 minit dan SJK (C) & (T) sebanyak 150 minit. Dibahagikan kepada enam waktu dengan 30 minit setiap waktu. Mata pelajaran ini diambil oleh semua murid beragama Islam daripada tahun 1 hingga tahun 6.
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid seharusnya dapat mencapai objektif KBSR tersebut dengan :
1. Membaca surah-surah pilihan daripada juzu’ amma dengan fasih dan betul untuk memupuk minat membaca Al-Quran dan menjadi amalan.
2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini Al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah SWT.
4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.
5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardhu ‘Ain serta memahami Fardhu Kifayyah sebagai tuntutan kewajipan ummat Islam.
6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasululah SAW sebagai asas perkembangan tamadun manusia.
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.
8. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
Di dalam bidang asuhan tilawah Al-Quran telah memberi tumpuan kepada :
1. Membaca ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan fasih.
2. Menghafaz ayat-ayat Al-Quran tertentu dengan betul dan fasih.
3. Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu’ amma dan menghayati pengajarannya.
Seterusnya bidang asas ‘Ulum Syari’yyah pula telah memberi tumpuan kepada :
1. Pemantapan akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab kepada Allah SWT.
2. Pengetahuan tentang peraturan ibadat dan pelaksanaannya.
3. Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasullah SAW.
1. Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW.
2. Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.
Bidang pelajaran jawi pula telah memberi tumpuan kepada :
1. Menulis jawi dengan baik.
2. Membaca tulisan jawi dengan lancar.
3. Mempelajari asas seni tulisan jawi.
11.2 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
Pendidikan Islam teras bagi KBSM pula telah dilaksanakan pada tahun 1989. Kurikulum ini telah diperkenalkan di sekolah menengah bagi mempertingkatkan lagi asas-asas Islamiah kepada pelajar dengan lebih mendalam. Selain bertujuan untuk melahirkan insan yang baik dan berakhlak mulia seterusnya memberi peluang kepada pelajar mengembangkan prestasi mereka dari segi rohani, jasmani termasuk intelek, rohani, emosi dan psikomotor (JERI). Dengan adanya sistem ini dapat mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh. Akhirnya melahirkan warganegara maju dan dapat berfungsi secara berkesan dan produktif dalam kehidupan bermasyarakat.
Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid seharusnya dapat mencapai objektif yang telah disarankan oleh KBSM dengan dapat :
1. Membaca ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca Al-Quran.
2. Menghafaz ayat-ayat Al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadat harian.
3. Memahami beberapa ayat Al-Quran dan Hadith yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.
4. Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan.
5. Memperkukuh dan mempertingkatkan amalan ibadat-ibadat Fardhu ‘Ain serta memahami sumbangan Fardhu Kifayyah sebagai kewajipan ummat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.
6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyyah, khulafa’ ar-Rasyidin dan tokoh-tokoh Islam.
7. Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai.
8. Membaca dan menulis jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Beberapa aspek yang terkandung dalam Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Menengah antaranya adalah bidang pembelajaran tilawah Al-Quran dan Hadith, bidang pembelajaran ‘Ulum Syari’yyah dan bidang pembelajaran adab berteraskan akhlak Islamiah.
Bidang pembelajaran tilawah Al-Quran telah memfokuskan kepada :
1. Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul dan fasih.
2. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih mengikut hukum tajwid yang betul dan fasih.
3. Memahami pengertian dan hikmah ayat-ayat al-Quran dan hadis pilihan.
4. Memahami serta menghayati pengajaran al-Quran dan Hadis sebagai sumber hukum
1. Pemantapan akidah menerusi peneguhan iman, pemupukan sikap sebagai manusia yang sedar dan insaf akan tanggungjawab terhadap Allah SWT, diri sendiri, alam sekitar, masyarakat dan negara.
2. Penghayatan dan pengamalan ibadah menerusi pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditentukan Allah SWT.
3. Memahami peranan Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayyah sebagai ibadat yang diperlukan untuk pembangunan diri dan negara ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
4. Meneladani sirah Rasullah SAW dan tamadun Islam iaitu dengan mengetahui, mencontohi dan membangunkan kembali keagungan tamadun Islam.
Bidang pembelajaran adab berteraskan akhlak Islamiah member tumpuan kepada :
1. Adab yang telah diperolehi dan diamalkan diperingkat sekolah rendah dipertingkatkan di sekolah menengah.
2. Adab ini berdasarkan cara hidup Muslim di dalam hubungannya dengan Allah SWT, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.
Kandungan kurikulum ini digubal untuk memenuhi keperluan setiap muslim dari segi Fardhu ‘Ain dan juga Fardhu Kifayyah bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat, bersesuaian dengan peringkat dan keupayaan pelajar sekolah menengah.
Mata pelajaran Pendidikan Islam Teras adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua murid Islam. Berdasarkan peraturan-peraturan Pendidikan 1997 PERKARA 3:4 (Akta Pendidikan 1996) peruntukan masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di SK ialah 180 minit dan SJK (C) & (T) sebanyak 150 minit. Sementara di peringkat menengah rendah 4{3+1 (Amali) +2 (Tambahan)} dan 4{3+1 (Amali)} di peringkat menengah atas (40 minit satu waktu).
Berdasarkan kepada surat penjelasan lanjut kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988-KP (PPK) 32 /4/Jld. VII (1) bertarikh 19 Disember 1988,
“ Bahawa satu masa yang sesuai untuk amali hendaklah diatur sedemikian rupa agar pelajar berpeluang mengerjakan solat Zohor atau Asar secara berjemaah pada hari-hari yang berkenaan.”
Seterusnya dua (2) waktu tambahan bagi mata pelajaran ini hendaklah dijalankan sebagai aktiviti ko kurikulum pada sebelah pagi atau petang. Program untuk kegiatan ko- kurikulum Pendidikan Islam ini disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan.
Peruntukan masa yang diberi dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988 dan surat penjelasan lanjut kepada Pekeliling tersebut untuk pengajaran dan pembelajaran dari sukatan pembelajaran adalah sebanyak tiga (3) masa seminggu. Oleh yang demikian perancangan pelajaran tahunan hendaklah berdasarkan tiga masa yang diperuntukkan supaya pelaksanaan satu waktu amali ini memberi kesan yang lebih selain daripada waktu menunaikan solat berjemaah Zohor atau Asar, maka pengisian mengenai solat perlu dimantapkan dan difahami serta dihayati oleh semua pelajar. Oleh yang demikian, sebahagian masa (40 minit) waktu amali ini hendaklah digunakan untuk taklimat perkara-perkara yang berkaitan dengan solat seperti memahami makna-makna apa yang dibaca dalam solat, menghafaz dan memahami bacaan wirid dan doa selepas solat, memahami fadhilat-fadhilat pelbagai solat sunat dan pelajar dapat mempraktik dan mengamalkan berbagai-bagai solat sunat.
KBSM adalah satu insentif kesinambungan pembelajaran dari peringkat rendah diambil kira untuk memastikan tumpuan, isi kandungan dan cara belajar.kesepaduan unsur- unsur JERI (jasmani, Emosi, Intelek) yang berhubung kait diantara 4 unsur ini membolehkan potensi individu berkembang dengan menyeluruh dan seimbang. Penekanan terhadap pendidikan umum untuk semua pelajar ditambahkan lagi pendidikan berkonsepkan pendidikan seumur hidup sebagai keperluan untuk menghadapi kehidupan seharian juga asas untuk menghadapi cabaran hidup. Dengan ini dapat mempraktikkan disiplin Ilmu yang ada dengan cara yang tertentu untuk berfikir dan melakukan sesuatu. Penyuburan nilai- nilai murni seperti ini dan perkembangan kemahiran belajar diserapkan dalalm semua subjek. Peningkatan penggunaan bahasa melayu dengan lebih berkesan dan kemahiran berkomunikasi akan menjadi lebih mantap.
12.0 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI BRUNEI
Kurikulum pendidikan Islam di Brunei adalah sama dengan kurikulum pendidikan Islam di Malaysia. Berbeza hanya pada kaedah dan teknik pengajarannya sahaja. Amnya, pendidikan dan ajaran agama di negara Brunei berusaha untuk mencapai dua tujuan utama. Pertama untuk menanam dan menyemai fahaman Islam sebenar ke dalam masyarakat secara keseluruhan terutamanya murid-murid supaya mereka mengamalkannya. Keduanya pula bagi menegakkan dan melaksanakan Islam dalam semua aspek kehidupan seharian masyarakat dan negara.
Kurikulum pendidikan di Brunei juga dibuat untuk mencapai tujuan-tujuan khusus. Tajuk-tajuk di dalam kurikulum Islam yang meliputi aspek Tilawah al-Quran dan Ulum Syariah bertujuan supaya murid-murid mampu untuk
2. Membaca, memahami dan menghargai kandungan al-Quran serta menghafal ayat-ayat yangberkaitan dengan kehidupan seharian.
3. Meningkatkan keimanan dan memahami konsep Tauhid seperti yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
4. Menguatkan dan membentuk latihan Islam melalui amalan kehidupan seharian dan ibadat.
5. Mengenal dan menghargai kandunagn kata-kata Nabi Muhammad SAW
6. Memahami konsep khidmat agama dan mengamalkannya dengan cara yang sepatutunya.
7. Memahami dan menerima ajaran dan teladan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara pula melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada negara.
RUJUKAN
Abdullah Muhammad Zin Pindidikan Islam di Malaysia Dari Pondok ke Universiti. Lembaga Bersekutu Pemegang Amanah Pengajian Tinggi Islam Malaysia 2005.
Hj. Zuhairini Muchtarom Sejarah Pendidikan Islam. Jakarta : Bumi Aksara, 1992.
Dr. Maimun Aqsha Abdin Lubis, Sabariah Sulaiman, Siti Fatimah Ahmad. 2009. Perbandingan antara falsafah Pendidikan Barat dengan falsafah Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hj. Maimun Aqsha Lubis, Hj. Mohammed Sani Ibrahim. 2009. A comparative analysis of the integrated islamic education in Malaysia and Brunei. Fakulti Pendidikan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.