Monday, March 15, 2010

KuriKulum Pendidikan Islam di MalaySia


PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA


Malaysia sebagai sebuah negara yang menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Selain menjadikan istana sebagai tempat pembahasan dan pedebatan ilmu untuk mencari kebenaran seperti berlaku di Pasai dan Melaka.

Pengaruh Islam telah melahirkan pusat pendidikan awal di Malaysia yang bermula dengan pengajian al- Quran, institusi pondok, madrasah dan sekolah agama. Kemuncak dari itu lahirnya Kolej Islam Malaya (KIM) pada 1955. Sebagai contoh Syed Syeikh al-Hadi (golongan Timur Tengah berpengaruh di Pulau Pinang) yang memperkenalkan kebolehan membaca Al- Quran . ini bersesuaian dengan objektif dalam pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani dengan menjadikan tauhid sebagai asas.

Salahsatu daripada madrasah yang dibina bertujuan untuk melahirkan tokoh-tokoh agama dan cendekiawan iaitu maktab Mahmud di Alor Star,Kedah. Sijil Menengah Atas di iktiraf oleh universiti al-Azhar sejak tahun 1948 yang merangumi ilmu asas agama dan bahasa Arab.
Selain itu Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang merupakan salah satu agensi pendidikan yang mengambil alih pentadbiran sekolah- sekolah agama di Kelantan mulai 1974. YIK melaksanakan dua sistem pendidikan yang berasaskan kurikulum di timur Tengah. Sistem pelajaran Kebangsaan yang membolehkan pelajarnya mengambil peperiksaan awam seperti PMR, SPM, STPM antara sua sekolah yang terkenal iaitu Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan yang telah menjalin hubungan dengan Timur Tegah termasuk di Sudan dan Maghribi.turut juga menawarkan aliran sains tulen bagi melahirkan saintis berteraskan ajaran Islam melalui sistem pendidikan bersepadu.


Pada zaman kegemilangan tamadun dan kebudayaan Islam, kurikulum pendidikan Islam meliputi antarannya Syariah (Fikah, Tafsir, dan Ilmu Hadis), adabiyat (pengajian kesusateraan seperti Nahu, Balaghah, Saraf, Insyak, dan Literatur Sejarah), Riyadiyat (pengajian ilmu kemahiran seperti Astronomi, Ukur, Matematik, Muzik, Etika, dan Ekonomi Rumah Tangga), dan Aqliyat (pengajian ilmu akal seperti Mantik, Logik, Ilmu Kalam, Metafizik, Sains Tabii, Kedoktoran dan Kimia).


Berhubung dengan pengajian pondok, Wan Zahidi (1992) mencadangkan supaya dibaiki kelemahan sukatan pelajaran kerana tiada sukatan pelajaran tertentu dan masa yang diambil lama, setiap judul dalam satu kitab dibaca dari awal hingga akhir dan terdapat pengulangan dan pernindihan topik.


PERSAINGAN PENDIDIKAN ISLAM TRADISIONAL DAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan agama Islam di sekolah kerajaaan secara formal dimulakan pada tahun 1960 iaitu berasaskan Laporan Talib yang kemudiannya menjadi Akta Pelajaran (1961) mensyaratkan setiap murid islam hendaklah diberikan pengajaran pengetahuan agama Islam di sesebuah sekolah yang mempunyai 15 orang murid Islam atau lebih. Kewujudan Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadi punca sekolah agama dan Arab mengalami kemorosotan dari segi jumlah pelajar dan perkembanganya. Kebanyakkan ibubapa dikatakan lebih cenderung menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan. Bukan sahaja mempunyai peluang automatik untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sijil Rendah Pelajaran. Jaminan peluang perkerjaan juga lebih cerah.

Tambahan pula, status mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah kerajaan telah ditingkatkan dengan mewajibkan setiap murid Islam mengambil dan mendudukinya dalam peperiksaan Awan. Kerajaan juga telah mengambil inisiatif mengiktirafkan lulusan dari universiti di Timur Tengah seperti al-Azhar. Pengiktirafan ini dilakukan berdasarkan laporan Suruhanjaya Diraja Perkhidmatan Perguruan yang dikenali juga sebagai Laporan Aziz.


Berikutnya wujudnya persaingan antara pendidikan Islam secara tradisional dengan keperluan dalam pendidikan kebangsaan. Atas desakan dan keperluan menjamin survival pembangunan umat Islam, beberapa kerajaan negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah telah mengambil alih pentadbiran sekolah agama yang kemudianaya dikenali sebagai dengan sekolah menengah agama. Kolej Islam Malaya dan Yayasan Pengajaran Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) merupakan usaha peringkat yang tinggi di peringkat tinggi.


PERBEZAAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA DAN BRUNEI

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA


Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia terbahagi kepada dua bahagian di peringkat sekolah iaitu KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Setiap kurikulum ini mempunyai objektif, peruntukan waktu dan ciri-ciri pembelajaran yang tertentu mengikut kurikulum peringkat sekolah.


11.1 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)


Mata pelajaran Pendidikan Islam teras KBSR mula diperkenalkan pada tahun 1983. Kurikulum Pendidikan Islam KBSR ini telah disemak pada tahun 1996. Pada tahun 2000, kurikulum Pendidikan Islam ini disemak sekali lagi dengan diberi tumpuan kepada kandungan kurikulum dan kaedah pengajaran.


Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua murid yang beragama Islam. Peraturan Pendidikan 1997 PERKARA 3:4 (Akta Pendidikan 1996) peruntukan masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di SK ialah 180 minit dan SJK (C) & (T) sebanyak 150 minit. Dibahagikan kepada enam waktu dengan 30 minit setiap waktu. Mata pelajaran ini diambil oleh semua murid beragama Islam daripada tahun 1 hingga tahun 6.


Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid seharusnya dapat mencapai objektif KBSR tersebut dengan :
1. Membaca surah-surah pilihan daripada juzu’ amma dengan fasih dan betul untuk memupuk minat membaca Al-Quran dan menjadi amalan.
2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini Al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah SWT.
4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.
5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardhu ‘Ain serta memahami Fardhu Kifayyah sebagai tuntutan kewajipan ummat Islam.
6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasululah SAW sebagai asas perkembangan tamadun manusia.
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.
8. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah terbahagi kepada empat iaitu bidang asuhan tilawah Al-Quran, bidang asas ‘Ulum Syari’yyah, bidang asas akhlak Islamiyyah dan bidang pelajaran jawi.


Di dalam bidang asuhan tilawah Al-Quran telah memberi tumpuan kepada :
1. Membaca ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan fasih.
2. Menghafaz ayat-ayat Al-Quran tertentu dengan betul dan fasih.
3. Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu’ amma dan menghayati pengajarannya.


Seterusnya bidang asas ‘Ulum Syari’yyah pula telah memberi tumpuan kepada :
1. Pemantapan akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab kepada Allah SWT.
2. Pengetahuan tentang peraturan ibadat dan pelaksanaannya.
3. Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasullah SAW.

Bidang asas akhlak Islamiyyah pula telah memberi tumpuan kepada :
1. Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW.
2. Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.


Bidang pelajaran jawi pula telah memberi tumpuan kepada :
1. Menulis jawi dengan baik.
2. Membaca tulisan jawi dengan lancar.
3. Mempelajari asas seni tulisan jawi.

11.2 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)


Pendidikan Islam teras bagi KBSM pula telah dilaksanakan pada tahun 1989. Kurikulum ini telah diperkenalkan di sekolah menengah bagi mempertingkatkan lagi asas-asas Islamiah kepada pelajar dengan lebih mendalam. Selain bertujuan untuk melahirkan insan yang baik dan berakhlak mulia seterusnya memberi peluang kepada pelajar mengembangkan prestasi mereka dari segi rohani, jasmani termasuk intelek, rohani, emosi dan psikomotor (JERI). Dengan adanya sistem ini dapat mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh. Akhirnya melahirkan warganegara maju dan dapat berfungsi secara berkesan dan produktif dalam kehidupan bermasyarakat.


Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid seharusnya dapat mencapai objektif yang telah disarankan oleh KBSM dengan dapat :
1. Membaca ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca Al-Quran.
2. Menghafaz ayat-ayat Al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadat harian.
3. Memahami beberapa ayat Al-Quran dan Hadith yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.
4. Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan.
5. Memperkukuh dan mempertingkatkan amalan ibadat-ibadat Fardhu ‘Ain serta memahami sumbangan Fardhu Kifayyah sebagai kewajipan ummat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.
6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyyah, khulafa’ ar-Rasyidin dan tokoh-tokoh Islam.
7. Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai.
8. Membaca dan menulis jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.


Beberapa aspek yang terkandung dalam Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Menengah antaranya adalah bidang pembelajaran tilawah Al-Quran dan Hadith, bidang pembelajaran ‘Ulum Syari’yyah dan bidang pembelajaran adab berteraskan akhlak Islamiah.
Bidang pembelajaran tilawah Al-Quran telah memfokuskan kepada :
1. Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul dan fasih.
2. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih mengikut hukum tajwid yang betul dan fasih.
3. Memahami pengertian dan hikmah ayat-ayat al-Quran dan hadis pilihan.
4. Memahami serta menghayati pengajaran al-Quran dan Hadis sebagai sumber hukum


Bidang pembelajaran ‘Ulum Syari’yyah pula menumpukan perkara-perkara berikut :
1. Pemantapan akidah menerusi peneguhan iman, pemupukan sikap sebagai manusia yang sedar dan insaf akan tanggungjawab terhadap Allah SWT, diri sendiri, alam sekitar, masyarakat dan negara.
2. Penghayatan dan pengamalan ibadah menerusi pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditentukan Allah SWT.
3. Memahami peranan Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayyah sebagai ibadat yang diperlukan untuk pembangunan diri dan negara ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
4. Meneladani sirah Rasullah SAW dan tamadun Islam iaitu dengan mengetahui, mencontohi dan membangunkan kembali keagungan tamadun Islam.


Bidang pembelajaran adab berteraskan akhlak Islamiah member tumpuan kepada :
1. Adab yang telah diperolehi dan diamalkan diperingkat sekolah rendah dipertingkatkan di sekolah menengah.
2. Adab ini berdasarkan cara hidup Muslim di dalam hubungannya dengan Allah SWT, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.


Kandungan kurikulum ini digubal untuk memenuhi keperluan setiap muslim dari segi Fardhu ‘Ain dan juga Fardhu Kifayyah bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat, bersesuaian dengan peringkat dan keupayaan pelajar sekolah menengah.


Mata pelajaran Pendidikan Islam Teras adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua murid Islam. Berdasarkan peraturan-peraturan Pendidikan 1997 PERKARA 3:4 (Akta Pendidikan 1996) peruntukan masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di SK ialah 180 minit dan SJK (C) & (T) sebanyak 150 minit. Sementara di peringkat menengah rendah 4{3+1 (Amali) +2 (Tambahan)} dan 4{3+1 (Amali)} di peringkat menengah atas (40 minit satu waktu).


Berdasarkan kepada surat penjelasan lanjut kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988-KP (PPK) 32 /4/Jld. VII (1) bertarikh 19 Disember 1988,
“ Bahawa satu masa yang sesuai untuk amali hendaklah diatur sedemikian rupa agar pelajar berpeluang mengerjakan solat Zohor atau Asar secara berjemaah pada hari-hari yang berkenaan.”


Seterusnya dua (2) waktu tambahan bagi mata pelajaran ini hendaklah dijalankan sebagai aktiviti ko kurikulum pada sebelah pagi atau petang. Program untuk kegiatan ko- kurikulum Pendidikan Islam ini disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan.


Peruntukan masa yang diberi dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988 dan surat penjelasan lanjut kepada Pekeliling tersebut untuk pengajaran dan pembelajaran dari sukatan pembelajaran adalah sebanyak tiga (3) masa seminggu. Oleh yang demikian perancangan pelajaran tahunan hendaklah berdasarkan tiga masa yang diperuntukkan supaya pelaksanaan satu waktu amali ini memberi kesan yang lebih selain daripada waktu menunaikan solat berjemaah Zohor atau Asar, maka pengisian mengenai solat perlu dimantapkan dan difahami serta dihayati oleh semua pelajar. Oleh yang demikian, sebahagian masa (40 minit) waktu amali ini hendaklah digunakan untuk taklimat perkara-perkara yang berkaitan dengan solat seperti memahami makna-makna apa yang dibaca dalam solat, menghafaz dan memahami bacaan wirid dan doa selepas solat, memahami fadhilat-fadhilat pelbagai solat sunat dan pelajar dapat mempraktik dan mengamalkan berbagai-bagai solat sunat.


KBSM adalah satu insentif kesinambungan pembelajaran dari peringkat rendah diambil kira untuk memastikan tumpuan, isi kandungan dan cara belajar.kesepaduan unsur- unsur JERI (jasmani, Emosi, Intelek) yang berhubung kait diantara 4 unsur ini membolehkan potensi individu berkembang dengan menyeluruh dan seimbang. Penekanan terhadap pendidikan umum untuk semua pelajar ditambahkan lagi pendidikan berkonsepkan pendidikan seumur hidup sebagai keperluan untuk menghadapi kehidupan seharian juga asas untuk menghadapi cabaran hidup. Dengan ini dapat mempraktikkan disiplin Ilmu yang ada dengan cara yang tertentu untuk berfikir dan melakukan sesuatu. Penyuburan nilai- nilai murni seperti ini dan perkembangan kemahiran belajar diserapkan dalalm semua subjek. Peningkatan penggunaan bahasa melayu dengan lebih berkesan dan kemahiran berkomunikasi akan menjadi lebih mantap.


12.0 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI BRUNEI


Kurikulum pendidikan Islam di Brunei adalah sama dengan kurikulum pendidikan Islam di Malaysia. Berbeza hanya pada kaedah dan teknik pengajarannya sahaja. Amnya, pendidikan dan ajaran agama di negara Brunei berusaha untuk mencapai dua tujuan utama. Pertama untuk menanam dan menyemai fahaman Islam sebenar ke dalam masyarakat secara keseluruhan terutamanya murid-murid supaya mereka mengamalkannya. Keduanya pula bagi menegakkan dan melaksanakan Islam dalam semua aspek kehidupan seharian masyarakat dan negara.
Kurikulum pendidikan di Brunei juga dibuat untuk mencapai tujuan-tujuan khusus. Tajuk-tajuk di dalam kurikulum Islam yang meliputi aspek Tilawah al-Quran dan Ulum Syariah bertujuan supaya murid-murid mampu untuk

1. Menguatkan kemahiran membaca, pemahaman, mengaji dan menghargai al-Quran.
2. Membaca, memahami dan menghargai kandungan al-Quran serta menghafal ayat-ayat yangberkaitan dengan kehidupan seharian.
3. Meningkatkan keimanan dan memahami konsep Tauhid seperti yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
4. Menguatkan dan membentuk latihan Islam melalui amalan kehidupan seharian dan ibadat.
5. Mengenal dan menghargai kandunagn kata-kata Nabi Muhammad SAW
6. Memahami konsep khidmat agama dan mengamalkannya dengan cara yang sepatutunya.
7. Memahami dan menerima ajaran dan teladan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara pula melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada negara.

RUJUKAN


Abdullah Muhammad Zin Pindidikan Islam di Malaysia Dari Pondok ke Universiti. Lembaga Bersekutu Pemegang Amanah Pengajian Tinggi Islam Malaysia 2005.
Hj. Zuhairini Muchtarom Sejarah Pendidikan Islam. Jakarta : Bumi Aksara, 1992.
Dr. Maimun Aqsha Abdin Lubis, Sabariah Sulaiman, Siti Fatimah Ahmad. 2009. Perbandingan antara falsafah Pendidikan Barat dengan falsafah Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hj. Maimun Aqsha Lubis, Hj. Mohammed Sani Ibrahim. 2009. A comparative analysis of the integrated islamic education in Malaysia and Brunei. Fakulti Pendidikan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment