RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM
MATAPELAJARAN                         :
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN                                   :
2 Firdaus
TARIKH                                            :
13 Oktober 2010
HARI                                                 :
Rabu
MASA                                                            :
TAJUK                                               :
Nikmat Dan Musibah Ujian Kehidupan
                                                              (ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH)
KONSEP UTAMA                            :
Adab dalam kehidupan seharian.
KATA KUNCI                                   :
Adab menerima nikmat dan musibah dari Allah S.W.T.
TUJUAN AM                                    : Memahami
cara beradab ketika diberikan nikmat dan 
                                                             Ketika ditimpa musibah dari Allah S.W.T.
OBJEKTIF PENGAJARAN  
          : PADA  AKHIR PENGAJARAN PELAJAR 
AKAN
DAPAT:
1)     
Menyatakan maksud nikmat dan musibah Allah.
2)     
Memberikan 3 contoh nikmat dan 3 contoh musibah.
3)     
Memberikan 3 cara bersyukur kepada Allah.
4)     
Memberikan 3 adab ketika ditimpa musibah. 
NILAI MURNI                                  :
Tabah, syukur, sopan.
KEMAHIRAN BERFIKIR (KBKK)            :           1) Mencirikan nikmat dan musibah.
                                                                        2)
Membandingbezakan ujian-ujian Allah.
                                                                        3)
Mencirikan adab menerima nikmat dan mesibah.
TEKNIK PENGAJARAN                 :
Kuliah, pengajaran, perbincangan.
BAHAN
BANTU MENGAJAR       : Power point, LCD,
klip lagu, manila kad.
ISI
PENGAJARAN                         : Nikmat Dan Musibah Ujian
Kehidupan.
                                                            Pengertian
nikmat: semua bentuk kesenangan, keperluan 
                                                            dan
keselesaan yang diterima oleh seseorang.
                                                            Contoh:
kesihatan, makanan, tempat tinggal dan keamanan.
                                                            Pengertian
musibah: semua bentuk kesusahan, halangan 
                                                            Dan
kesulitan yang dihadapi oleh seseorang.
Kesakitan, kelaparan
dan kematian.
Adab menerima nikmat Allah s.w.t:
cara bersyukur kepada Allah melalui hati, iaitu dengan meyakini bahawa nikmat
yang diterima adalah kurniaan Allah s.w.t dan akan disoal pada hari akhirat.
Cara bersyukur dengan lisan dengan memuji Allah dengan menyebut Alhamdulillah
dan mengerjakan sujud syukur. Cara bersyukur dengan perbuatan ialah menggunakan
nikmat Allah dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.
Adab ketika ditimpa musibah dan
kelebihan: hendaklah sentiasa bersabar dan
redha. Menerima ujian Allah dengan berlapang dada.
BAHAN
RUJUKAN   :
Noraslina Bt Mamat, Zarina Bt Zamri. 2010. Masteri                                                                      Memori
Pendidikan Islam PMR. LINE AND TONE                                                                                    SDN.BHD.
Seri Kembangan.
PENGETAHUAN LEPAS                :
Pelajar mengetahui mengenai nikmat yang Allah                                                                             kurniakan
dan musibah yang Allah turunkan.
LANGKAH-LANGKAH
PENGAJARAN :
AktivitiPengajar        Aktiviti
  Pengajaran Guru 
 | 
  
Aktiviti Pembelajaran Pelajar 
 | 
  
Bahan-bahan
  pengajaran dan pembelajaran 
 | 
 
Permulaan 
(5 minit) 
1.Guru memulakan pengajaran dengan meminta seorang pelajar membacakan
  doa. Kemudian, guru menulis hari dan tarikh di papan putih. 
2. Guru kemudiannya menayangkan slide yang mengandungi gambar-gambar dan
  meminta pelajar memberikan pendapat mereka mengenai gambar-gambar tersebut. 
 | 
  
1.  Pelajar memyebutkan apa yang
  diperhatikan mereka. 
 | 
  
1.  Power point. 
 | 
 
Perkembangan  
(10 minit) 
1. Guru meminta pelajar memberikan takrif sendiri
  mengenai nikmat dan musibah Allah 
2. Guru memperdengarkan kepada pelajar satu klip lagu. 
3. Seterusnya guru meminta pelajar membentuk kumpulan
  untuk membuat aktiviti berkumpulan. 
3. Guru membahagikan soalan-soalan kepada kumpulan-kumpulan
  pelajar dan meminta pelajar berbincang dalam kumpulan.  
4. Kemudian guru meminta pelajar membentangkan hasil
  perbincangan mereka di hadapan kelas. 
 | 
  
1. Pelajar mendengar dan memberikan respon. 
2. Pelajar mendengar dan memberikan respon. 
3. Pelajar membentuk kumpulan. 
3. Pelajar akan berbincang sesama ahli kumpulan, dan menulis
  jawapan  kad manila.  
4. Pelajar membentangkan hasil perbincangan di hadapan
  kelas. 
 | 
  
1.Power point.  
2. Klip lagu, 
Kaedah perbincangan. 
3.
  Kaedah perbincangan. 
4.
  Power point, kaedah soal jawab dan perbincangan. 
 | 
 
Penutup 
(5 minit) 
1. Guru meminta
  pelajar mengulang  kembali apa yang
  telah dipelajari hari ini. 
2. Guru meminta
  pelajar membuat rumusan
  mengenai apa yang telah dipelajari pada hari ini. 
3. Guru seterusnya menyuruh pelajar membuat tugasan lanjutan, iaitu
  membuat latihan di dalam buku teks, serta membaca apa yang akan dipelajari
  pada masa akan datang. 
 | 
  
1. Pelajar mengulang kembali apa yang telah dipelajari. 
2. Pelajar merumuskan isi pembelajaraan yang telah dipelajari. 
3. Pelajar membuat tugasan yang diminta oleh guru. 
 | 
  
1.Kaedah perbincangan. 
2. Kaedah ulangan. 
 | 
 
TUGAS
LANJUTAN            : 1. Guru memberi
latihan kepada pelajar.
                                                2. Guru meminta pelajar membaca pelajaran
yang seterusnya.
PENILAIAN
KENDIRI        :
CATATAN
PENYELIA        :









