Pengenalan
Maslahah mursalah merupakan salah satu
daripada sumber hukum perundangan Islam tetapi ia tergolong dalam sumber hukum
yang tidak disepakati. Antara ulama yang menerima kehujahan maslahah mursalah
ialah Imam Malik dan sebahagian ulama mazhab Hanbali. Sementara ulama yang
menolak kehujahan maslahah mursalah ialah Imam Shafi’e dan mazhab Hanafi.
Definisi Maslahah
Maslahah merupakan masdar yang bermaksud
kebaikan (al-salah). Kata jamaknya ialah masalih (al-Marbawi 134H:1/324). Dari
segi istilah pula, maslahah bermaksud manfaat yang ditentukan oleh Allah yang
Maha Bijaksana untuk hamba-hambaNya dengan memelihara agama, jiwa, akal
fikiran, keturunan dan harta ( Muhammad
Sacid al-Buti, 2000:27).
Klasifikasi Maslahah
Maslahah terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu:
i.
Aspek kekuatan pada zat
Pembahagian maslahah dari aspek ini
terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Al-Daruriyyah
Maslahah al-Daruruyyah ialah setiap perkara
yang dimaksudkan oleh Allah untuk dipelihara iaitu agama, jiwa, akal fikiran,
keturunan dan harta. Menurut pandangan syarak, kelima-lima perkara ini di dalam
kehidupan manusia. Sekiranya salah satu daripadanya tiada, kehidupan tidak
dapat diteruskan. Oleh itu, mengerjakan ibadat diwajibkan untuk menjaga agama.
Selain itu, undang-undang yang disyariatkan oleh Allah s.w.t seperti qisas, hudud
dan takzir adalah untuk menjaga lima elemen tersebut agar kehidupan dapat
diteruskan ( Mohd Saleh Ahmad, 1999:124).
2. Al-Hajiyyah
Maslahah hajiyyah ialah perbuatan-perbuatan
atau tindakan yang dengan kewujudannya akan memudahkan kehidupan manusia. Namun,
ketiadaannya tidaklah begitu menyusahkan. Contohnya, dibolehkan solat jamak
bagi mereka yang bermusafir. Ia merupakan keringanan dalam menunaikan solat.
Sekiranya tidak dilakukan, ia tidak memudaratkan musafir kerana solat jamak
bertujuan untuk memudahkan musafir menunaikan solat. Perbuatan ini diperlukan
untuk memperoleh kelonggaran hidup dan menghilangkan kesempitan.
3. Al-Tahsiniyyah
Maslahah Tahsiniyyah ialah maslahah yang
apabila tidak dikerjakan, kehidupan manusia tidak menaglami kesulitan tetapi
adanya maslahah tersebut, kehidupan manusia akan menjadi lebih baik. Contohnya kesopanan dalam
berbicara, menjaga adab makan, perbelanjaan harta yang sederhana, tidak kedekut
dan sebagainya lagi.
ii.
Aspek umum dan khusus
1. ‘Ammah
‘Ammah ialah maslahah yang merangkumi
seluruh hidup manusia. Contohnya, pensyariatan membunuh ahli bid;ah kerana
dikhuatiri golongan ini akan mempengaruhi umat Islam dengan perbuatan bid’ah
yang mereka lakukan.
2. Aghlabiyyah
Aghlabiyyah ialah maslahah yang melibatkan
sebahagian besar manusia sahaja. Contohnya, jaminan yang dikenakan keatas
pengilang terhadap produk keluaran mereka. Ini kerana yang berurusan dengan
pengilang hanyalah sebahagian besar manusia sahaja dan bukan keseluruhannya.
3. Khassah
Khassah ialah kemaslahatan individu tertentu
pada situasi tertentu yang jarang berlaku. Contohnya iddah wanita yang agak
jauh pusingan haidnya dakan dikira mengikut bulan dan bukan kitaran mengikut
haid.
iii.
Aspek perakuan dan penolakan syarak
Maslahah mu’tabarah ialah maslahah yang
diperakui oleh syarak dan dibinakan hokum-hakam bagi mendapatkan maslahah
tersebut. Contohnya bagi maslahah memelihara jiwa, maka disyariatkan hokum
qisas. Bagi maslahah memelihara harta, diperundangkan hokum potong tangan
pencuri dan maslahah akal, diperundangkan hukuman sebat kepada peminum arak (
Hanafi, 1970:65).
2. Maslahah Mulghah
Maslahah mulghah ialah setiap perkara yang
dianggap oleh akal sebagai maslahah tetapi ia tidak dibatalkan oleh syarak dan
tidak diambil kira kerana ia bertentangan dengan nas secara langsung.
Contohnya, mewajibkan berpuasa selama dua bulan berturut-turut sebagai
permulaan pada tertib kaffarah zihar sekiranya tidak mampu membebaskan hamba.
Definisi Maslahah Mursalah
Mursalah merupakan masdar dari perkataan أرسل yang bermaksud bebas
atau tidak diikat (al-Marbawi, 1354H:1/236). Maksud bagi maslahah mursalah
ialah maslahah yang tiada nas menyokong atau menolak secara langsung tetapi
secara tersirat ia dimaksudkan oleh syarak untuk dipelihara ( Hamad ‘Ubayd
al-Kubaisi, 2009:150).
Kedudukan Maslahah Mursalah dan Kehujahannya
Dalam agama Islam, terdapat hukum berbentuk
tacabbudiyyah seperti bentuk solat, waktu solat dan puasa yang telah ditetapkan
oleh syarak. Ketetapan ini tiada ruang bagi akal fikiran untuk mempertikaikan
tentang kelogikan ibadah-ibadah tersebut. Malah hukum-hukum tersebut juga tiada
ruang untuk diqiyaskan dan disesuaikan dengan maslahah mursalah kerana
hukum-hukum ibadah tersebut telah ditetapkan oleh syarak.
Bagi
hal-hal yang berkaitan dengan muamalat dan adat, ia mempunyai runag dan peluang
kepada manusia untuk melakukan ijtihad melalui qiyas dan maslahah mursalah.
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat di kalanagn ulama dalam
menerima pakai maslahah mursalah sebagai salah satu hujah bagi penetapan
sesuatu hukum (Ramli, 1999:167). Mazhab Maliki dan Imam Ahmad bin Hanbal
berpendapat maslahah mursalah boleh dijadikan salah satu sumber hukum dalam
menetapkan sesuatu hukum. Manakala ulama yang menolak maslahah mursalah sebagai
hujah dalam menetapkan sesuatu hukum ialah mazhab Hanafi, mazhab Syafi.e dan
mazhab Zahiriyyah.
Contoh Isu-isu Kontemporari yang berkaitan dengan
Maslahah Mursalah
1. Penggunaan
kalimah Allah oleh orang bukan Islam
Penggunaan kalimah Allah bagi orang
kristian atau bangsa-bangsa lain selain Islam adalah tidak bertepatan dan tidak
selari dnegan prinsip-prinsip al-Quran, as-Sunnah dan ijmak kerana agama yang
benar disisi Allah hanyalah agama Islam. Selain itu, roh kalimah Allah bukan
sekadar menjadi sebutan, seruan atau panggilan bagi tuhan semata-mata tetapi
melambangkan aqidah atau agama bagi orang yang menggunakannya. Isu ini penting
untuk diperbincangkan demi menjaga satu daripada maqasid syariah iaitu
memelihara agama.
Setelah
diteliti bahawa tiada dalil yang menyokong dan menolak kepada penggunaan
kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Oleh itu, mereka tidak boleh menggunakan
kalimah Allah kerana dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat
terutamanya kepada golongan muda dan kanak-kanak muslim. Contohnya apabila
mereka membaca terjemahan kitab Bible terbitan bahasa inggeris iaitu “…aku
adalah anak Allah…”, mereka akan menganggap kalimah “Allah” di dalam
agama-agama lain adalah sama dengan kalimah “Allah” yang digunakan oleh umat
Islam. Hal ini ternyata member kesan kepada pemikiran yang mungkin terpesong.
2. Bayi
tabung uji
Salah satu faktor perkahwinan adalah untuk
mempunyai zuriat ataupun keturunan. Namun, apabila ianya tidak dikecapi, ia
akan membawa kesedihan dan perkara-perkara yang negative berlaku. Justeru,
denagn menggunakan kaedah bayi tabung uji boleh mencapai faktor perkahwinan
itu. Bayi tabung uji ialah pencantuman benih diantara lelaki dan perempuan yang
bukan secara persetubuhan normal.
Setelah
dikaji, isu ini tidak mempunyai dalil daripada nas-nas al-Quran dan Sunnah yang
melarang atau menyokong kaedah bayi tabung uji tersebut. Para ulama berpendapat
bahawa mensenyawakan telur isteri dengan sperma suami tanpa ada sedikit syak
pun kemungkinan ia bercampur dengan sperma lelaki lain adalah harus hukumnya
untuk mensabitkan nasab anak yang bakal dilahirkan. Kaedah ini bersesuaian
dengan satu maqasid syariah iaitu memelihara keturunan. Maslahah mursalah
kaedah ini dapat memperoleh zuriat walaupun isteri tidak boleh memperolehi anak
secara semulajadi melalui hubungan kelamin yang sah. Selain itu, kaedah ini
juga boleh mengelakkan suami daripada melakukan zina semata-mata untuk
mendapatkan anak.
Rujukan
Al-Quran Al-Karim
Al-Buti Muhammad Sacid Ramadhan. 2000. Dawabit
al-Maslahah Fi al-Syariah al-Islamiyyah. Beirut: al-Resalah Publishers.
Hamad ‘Ubayd al-Kubaisi. 2009. Usul al-Ahkam
Wa Turuq al-Istinbat Fi Tasyri’ al-Islami.Damsyik: Dar al-Salam.
Muhammad Idris al-Marbawi. Kamus
al-Marbawi. 1354H. al-Halabi: al-Qahirah.
Ramli SA. 1999. Muqaranah Mazahib Fi
al-Usul. Jakarta: Gaya Media Pratama.
No comments:
Post a Comment