KERTAS KERJA
BENGKEL RAKAN ALAM SEKITAR (RAS)
TARIKH
 13 MAC 2011 (AHAD)
TEMPAT
DEWAN BUDIMAN, UKM
ANJURAN
PELAJAR GGGB4114 SAINS KEHIDUPAN DALAM PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
AHLI KUMPULAN 
MUHD MAAWARDI BIN AHMAD A121489
MOHD AFFIQ BIN MOHD YUSOFF A121750
FARHAH ZAIDAH BINTI ABDUL RAHMAN A121707
NIK ZURIANI BINTI ZAKARIA A121665
PANG YI LING A121976
“ BUMI UNTUK SEMUA”
KERTAS KERJA 
BENGKEL RAKAN ALAM SEKITAR 2011
KURSUS GGGB4114 SAINS KEHIDUPAN DALAM PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapat persetujuan kelulusan dan juga memohon bantuan kewangan daripada pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menganjurkan Bengkel Rakan Alam Sekitar pada 13 Mac 2011 (Ahad) bertempat di Dewan Budiman, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.0        PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Bengkel Rakan Alam Sekitar ini dirangka adalah sebagai satu syarat wajib kursus GGGB4114 Sains Kehidupan dalam Pendidikan. Bengkel Rakan Alam Sekitar merupakan satu program yang direkabentuk supaya mempunyai unsur-unsur pemantauan, pelaksanaan dan maklumbalas keberkesanan aktiviti oleh golongan remaja untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Bengkel Rakan Alam Sekitar ini merupakan pendekatan bijak di dalam mencegah aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar di mana komuniti akan menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada agensi berkaitan dengan menyalurkan maklumat mengenai pencemaran atau kerosakan alam sekitar. Aktiviti kesedaran alam sekitar yang di jalankan di bawah Bengkel Rakan Alam Sekitar ini akan melibatkan komuniti remaja setempat sebagai penggerak utama program.
Bengkel Rakan Alam Sekitar berhasrat untuk membangunkan kesedaran dan menggerakkan golongan remaja dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar.
 Bengkel Rakan Alam Sekitar merupakan satu program yang direkabentuk supaya mempunyai unsur-unsur pemantauan, pelaksanaan dan maklumbalas keberkesanan aktiviti oleh golongan remaja untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar.
5.1  Memberikan kesedaran alam sekitar di kalangan remaja melalui ceramah yang disampaikan.
5.2  Menanamkan rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama melalui aktiviti yang dijalankan.
5.3  Melatih remaja berfikiran secara kritis dan kreatif berkenaan kelestarian yang seimbang dan konsep alam yang sihat. 
5.4  Mengukur tahap kesedaran para remaja terhadap isu-isu berkaitan dengan alam sekitar seperti pencemaran alam sekitar serta pengurusan bahan buangan. (Soal Selidik)
"BUMI UNTUK SEMUA"
7.0      ANJURAN
Pelajar kursus GGGB4114 Sains Kehidupan dalam Pendidikan, 
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0     TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh             : 13 Mac 2011 (Ahad)
Masa               : 8.00 pagi – 2.30 petang
Tempat            : Dewan Budiman, Universiti Kebangsaan Malaysia
9.0     CADANGAN PERASMI
Perasmian Pembukaan
Wan Khadijah Haji Masrah
Yang DiPertua Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH)
            Perasmian Penutup 
            Muhd Maawardi bin Ahmad
            Ketua Pengarah Bengkel Rakan Alam Sekitar 2011
10.0     SASARAN PESERTA
Golongan remaja berumur 11 tahun – 17 tahun di Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH), Hulu Langat. Rationalnya ialah kerana golongan remaja seharusnya diberikan pendedahan dan penekanan berkenaan kepentingan penjagaan alam sekitar supaya di masa hadapan mereka akan lebih berhati-hati dan peka dalam setiap perlakuan yang melibatkan alam sekitar.
            Urusetia: 5 orang
            Pensyarah Pembimbing: 1 orang
            Wakil dari Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH): 3 orang
            Peserta: 40 orang pelajar dari PITRAH, Hulu Langat
Penceramah Jemputan dari Lestari, UKM : 1 orang 
Rujuk Lampiran A
Rujuk Lampiran B
Rujuk Lampiran C
Rujuk Lampiran D
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, sumbangan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :
Ketua Pengarah 
                                               Bengkel Rakan Alam Sekitar
                        019-6490304
(MUHD MAAWARDI BIN AHMAD)
Kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya dari pihak Fakulti Pendidikan khususnya agar segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Kami juga berharap agar mendapat bantuan kewangan bagi melancarkan program ini dilaksanakan bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
            Disediakan oleh,
            
            
....................................................................
(MOHD AFFIQ BIN MOHD YUSOFF )
Setiausaha,
Program Bengkel Alam Sekitar 2011 (RAS 2011)
Universiti Kebangsaan Malaysia. 
No tel: 013-3104381
                        
Disokong oleh,
            
            
................................................................
(MUHD MAAWARDI BIN AHMAD)
Ketua Pengarah,
Bengkel Rakan Alam Sekitar 2011 (RAS 2011)
Universiti Kebangsaan Malaysia. 
No tel: 019-6490304
Disahkan Oleh,           
            
.................................................................................................................
( PROF. MADYA. DR. RUHIZAN BINTI MUHAMMAD YASIN )
Penyelia Sains Kehidupan Dalam Pendidikan,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
LAMPIRAN A
CARTA ORGANISASI BENGKEL RAS 2011
Penaung
Prof. Dr. Lilia Halim
Dekan Fakulti Pendidikan
Penasihat
Prof.Madya.Dr Ruhizan Bt Mohammad Yasin
Pensyarah Fakulti Pendidikan
Ketua Pengarah
Muhd Maawardi Bin Ahmad/A121489
Thn 3/FPEND/0196490304
Timbalan Ketua Pengarah
Farhah Zaidah Binti Abdul Rahman/A121707
Thn 3/FPEND/0133156097
Setiausaha
Mohd Affiq Bin Mohd Yusoff/A121750
Thn 3/FPEND/0133104381
Bendahari
Pang Yi Ling/A121976
Thn 3/FPEND/0127502117
Pengarah Program                           : Nik Zuriani Binti Zakaria/A121665/FPEND/3
Pengarah Program II           : Faizol Bin Awang/A121790/FPEND/3
Pengarah Protokol                : Nadiah Binti Sheikh Abd Kadir/A121846/FPEND/3
Pengarah Teknikal                           : Mohd Hasrul Hafizan Bin Omar/A121850/FPEND/3
Pengarah Pemasaran            : Norliyana Anas/A121462/FPEND/3
Pengarah Publisiti                 : Fatimatul Zaharah Binti Zakaria/A121695/FPEND/3
Pengarah  Tugas² Khas        : Nurul Farah Binti Abd Wahab/A121848/FPEND/3
Pengarah  Cenderamata      : Chow Ying Xin/A122203/FPEND/3
Pengarah  Jamuan                : Nooratiqah Binti Mohd Aseri/A121640/FPEND/3
Pengarah  Pengangkutan     : See Kae Wen/A121718/FPEND/3
Pengarah Keselamatan         : Syarifah Farahana Bt Syed Idrus/A121700/FPEND/3
                                                                                                                LAMPIRAN B
TENTATIF BENGKEL RAKAN ALAM SEKITAR 2011
   TARIKH DAN MASA  |    PERKARA  |   
   13 Mac 2011 (Ahad) 7.00 pagi 8.00 pagi  
 8.15 pagi  8.30 pagi 8.40 pagi 9.00 pagi  
 9.30 pagi  
 10.30 pagi 10.45 pagi  
  
  
 12.00 t/hari 1.00 t/hari 1.15 t/hari 1.30 t/hari 1.40 t/hari 1.50 t/hari 2.15 petang 2.30 petang  |     
 Berkumpul di Fakulti Pendidikan Ketibaan peserta dari PITRAH – dijemput oleh pihak penganjur  Pendaftaran Bacaan doa, Ucapan dan Perasmian Persembahan khas dari peserta PITRAH Edaran soal selidik Kesedaran Alam Sekitar dan Minum pagi Bengkel Kesedaran Alam Sekitar oleh Penceramah Jemputan dari Lestari,   UKM. Penyampaian cenderamata kepada Penceramah  LDK 1 – Aktiviti 1: Ice Breaking (Pembahagian Kumpulan) LDK 1 – Aktiviti 2: Pulau Idaman Pembentangan LDK 1 LDK 2 – Bumi Tercinta  Rumusan Bengkel Rakan Alam Sekitar Edaran soal selidik Keberkesanan aktiviti Penutup dan penyampaian hadiah Sesi bergambar Jamuan Bersurai Solat jemaah di Masjid UKM  |   
BENGKEL KESEDARAN ALAM SEKITAR 
Tajuk: Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
Skop: Jenis, Faktor, Kesan Pencemaran dan Pemuliharaan, Kepentingan Alam Sekitar
Penceramah: Penceramah dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM
PERINCIAN MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)
BENGKEL RAKAN ALAM SEKITAR
Peserta seramai 40 orang akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta dan seorang fasilitator.
   BIL  |    MODUL  |    ALATAN  |    LAIN-LAIN  |   
    
  
  
  
 1. 2. 3. 4.  
  
 1.  
  
 2.  
  
  
  
  
  
 3.  
  
 4.  
  
  
  
  
  
  
  
  
 1. 2.  
  
 3.  
  
  
  
 1. 2.  |    LDK 1 : Ice   Breaking Aktiviti 1 Modul : Mencari   Keluarga Objektif: Mengurangkan   rasa malu Menambah   kemesraan dikalangan peserta. Mempercepatkan   interaksi antara peserta. Mewujudkan   semangat perpaduan  
 Langkah : Peserta   diberikan satu kad dan mereka tidak dibenarkan melihat apa yang tertulis pada   kad sehingga diberitahu oleh fasilitator. Sesudah   melihat apa yang tertulis pada kad itu, mereka tidak dibenarkan memberitahu   sesiapa. Mereka diberikan 10 minit bagi mencari ahli keluarga mereka tanpa   bercakap. Cuma dibenarkan mengeluarkan suara secara perlahan atapun sekadar   bergerak bagi menunjukkan isyarat yang mewakili apa yang tertulis pada kad   itu. Sesudah dapat   mencari ahli-ahli dalam kumpulan masing-masing, mereka dikehendaki saling   berkenalan dalam kumpulan itu. Fasilitator   membuat rumusan hasil daripada maklum balas peserta : • Kita perlu   memulakan komunikasi sama ada secara lisan ataupun tanpa lisan. • Persahabatan   selalunya bermula dengan cirri-ciri persamaan.  
 Aktiviti 2  Modul :   Pulau Idaman Objektif : Mendedahkan   peserta kepada alam sekitar. Melatih   pemikiran peserta berfikir secara kritis dan kreatif untuk membina sebuah   pulau yang mempunyai kelestarian yang seimbang. Memupuk   komunikasi dua hala antara peserta dalam berkongsi maklumat sesama ahli dalam   kumpulan tentang konsep alam yang sihat.  
 Langkah : Fasi akan   membacakan cerita yang diarahkan. Semua peserta   diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi.  
 Cerita : “Man, kau dating sini nak tidur ke nak study ?”. “Aku memang style   nie, mula-mula tidur, lepas tu baru study.” Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study   kerana exam yang sudah dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah   mereka. Pulau tersebut menjadi pilihan lantaran suasananya indah dan permai   dengan pembangunan yang menggagumkan. Selesai mereka berceloteh, mereka   meneruskan study mereka. “Bedegum !!!! Begedum !!!! Peng !!! Peng !!!!” Kedengaran bunyi letupan yang dahsyat di sana-sini. “Woi, lari woi !”. “Selamatkan diri masing-masing…”.   “Masuk ke bilik rahsia dekat sini, cepat……”, jerit Man kepada kawan-kawannya. Mereka bergegas masuk ke dalam bilik rahsia tersebut dan bersembunyi   beberapa ketika…..Selamat…..Panas…..Sunyi…. “Keriok……”, kedengaran bilik bawah tanah dibuka oleh seseorang dan   kesemua sahabat ini keluar dari situ sambil memerhatikan dunia yang sudah   berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Di sana-sini mayat   bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan. “Samad, bot kita dah musnah la….Macam mana nak balik nie ???”, pekik   Murad. “Apa..!!!!”, kata mereka serentak. “ Tidak….Tidak…Aku nak balik   jugak…..Mama nak balik.”, pekik Man. “Woi, diam la budak”, jerit Murad.   “Ish….Macam mana nak buat nie…”, kata si Samad. Keadaan menjadi tidak terkawal setelah mengetahui mereka kehilangan   kenderaan untuk pulang. Mahu tidak mahu, mereka perlu menyusun satu tindakan   bagaimana hendak meneruskan hidup di pulau ini. Mereka terpaksa membangunkan   kembali pulau tersebut dengan menggunakan duit dan bekalan yang mereka ada,   iaitu RM 100,000 hasil simpanan bersama atau mereka mencipta sebuah bot lalu   berangkat pulang ke rumah masing-masing meninggalkan mayat-mayat dan pulau   tersebut tanpa ada sedikitpun rasa tanggungjawab.  
  
  |     
  
 -Kad  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 -Kertas   Mahjong - Marker pen  |     
  
 -Ajk program -Fasilitator  |   
   BIL  |    MODUL  |    ALATAN  |    LAIN-LAIN  |   
    
  
  
 1.  
 2.  
  
  
 1.  
  
 2.  
  
  
  
 3.  
  
  
 4.  
  
 5.  
 6.  |    LDK 2 : Modul: Bumi tercinta. Objektif : Menambahkan   kemahiran peserta untuk mempertahankan hujahnya. Menanamkan   sifat tanggungjawab peserta untuk memelihara maruah kumpulannya.  
 Langkah : Masih menggunakan bahan Modul 1   (lakaran pembangunan pulau idaman). Setiap   kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil (A dan B). Kumpulan   A: Strategi. Kumpulan   B: Perancang. Tugas   strategi adalah untuk merangka soalan berdasarkan kelemahan lakaran   pembangunan pulau kumpulan lain dan akan berhujah dengan kumpulan perancang   dari kumpulan lain. Manakala   tugas perancang adalah sebagai pertahanan untuk mematahkan soalan dan hujuh   daripada kumpulan strategi (kumpulan yang berbeza). Setiap   ahli akan dibekalkan dengan duit kertas sebagai maruah kumpulan. Mana-mana   kumpulan atau ahli samada dari kumpulan strategi maupun perancang yang tewas   berhujah akan menyerahkan maruah kumpulannya.  |    -Duit kertas  |    -Ajk Program -Fasilitator  |   
ANGGARAN BELANJAWAN BENGKEL RAKAN ALAM SEKITAR 2011
PENDAPATAN                                                                                                       RM
Sumbangan FPEND                                                                                                   500
Sumbangan Luar                                                                                                         500
_____________________________________________________________________
JUMLAH                                                                                                                 1000 _____________________________________________________________________
PERBELANJAAN                                                                                                  RM   
PUBLISITI
-          Kain rentang                                                                                                   100
LOGISTIK
-          Alatan LDK                                                                                                    100
HADIAH
-          Aktiviti LDK                                                                                                  200
CENDERAMATA
-          Perasmi                                                                                                              50
-          Penceramah                                                                                                       50
-          Wakil Universiti                                                                                                50
-          Sijil                                                                                                                    30 
JAMUAN (MINUM PAGI, MAKAN TENGAH HARI)
-          Urusetia (5 orang x RM8)                                                                                 40      
-          VIP (5 orang x RM 11)                                                                                     60
-          Peserta (40 orang x RM8)                                                                               320
_____________________________________________________________________