Wednesday, September 1, 2010

Karya Berkaitan Perawi Sahabat




Terdapat beberapa karya khusus pada Sahabat Nabi Radiallahuanhu, dan antara yang terpenting:


1. Al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Ashab ((الأستيعاب في معرفة الأصحا ب hasil karya Abu ‘Umar Yusuf Ibn ‘Abd Allah (Ibn ‘Abd al-Barr) al- Qurtubi (368-463 H). Kitab ini membincangkan sebanyak 4225 biografi Sahabat ( lelaki dan wanita )


2. Usd al-Ghabah fi ma’rifah al-sahabah ( أسد الغابة في معرفة الأصحاب ) oleh ‘Iz al- Din Abu al-Hasan ‘Ali ibn Muhammad (Ibn al-Athir) (555-630 H). kitab ini disusun dalam 5 jilid. Pengarangnya telah memuatkan sebanyak 7554 biodata sahabat.


3. Al-Isabah Fi Tamyiz Al-Sahabah ( الإصابة في تمييز الصحابة ) oleh Iman Hafiz Syihab al-Din Ahmad Ibn ‘Ali al- Kannani ( Ibn Hajar ) al-‘Asqalani (773-852 H ). Kitab ini mengandungi 9377 nama, 1268 gelaran para Sahabat serta 1552 biodata kalangan sahabat Wanita.


4. Kebanyakannya menyeluruh sempurna dan teliti


5. Kehidupan Sahabat (1363 H ) ialah kitab yang berbeza dari kitab sebelumnya, tidak menetapkan nama, tapi disusun mengikut tajuk dan disebutkan dari sahabat apa yang telah mereka mendalami ilmu, ikhlas dalam perbuatan dan tindakan kejadian jihad dan pengorbanan.


AL-TABI’IN


Al-Tabi’in ialah mereka yang bertemu dengan salah seorang Sahabat Rasulullah s.a.w atau ramai dalam keadaan beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w serta meninggal dalam iman dan Islam. Mereka merupakan golongan yang mendapat kelebihan dan rahmat daripada Allah sebagaimana firman-Nya dalam (Surah al-Taubat ayat:100):

Dan orang-orang yang terdahulu iaitu orang yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak lagkah) mereka dengan mencari kebaikan (iman dan taat). Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar.


Dalam Hadis Nabi yang mengakui kelebihan golongan tabi’n


Sabda Rasulullah :


خير الناس قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

Maksudnya: Sebaik-baik kalangan umatnya ialah generasiku, kemudian mereka yang selepas generasiku kemudian mereka yang selepas generasi selepasku.


Rasullullah juga mengatakan amat generasi ini adalah kalangan mereka yang bertuah sebagaimana Sahabat baginda melalui pengakuannya :


Maksudnya: Bertuahlah orang yang melihat dan beriman denganku (sahabat), dan bertuahlah bagi mereka yang melihat orang yang melihaku (Tabi’in).


Jesteru, golongan ini adalah golongan yang istimewa dan tentunya mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh generasi selepasnya. Ulama hadis membahagikan mereka kepada tabaqah ini berdasarkan masa mereka kepada tiga, iaitu :


a) Tabi’in Besar, mereka ialah kalangan yang meriwayatkan hadis dari kalangan Sahabat Besar, dimana kedudukan riwayat mereka hampir menyamai kedudukan riwayat kalangan Sahabat Kecil atau akhir. Dan yang terkenal Said bin Al- Musayyab ( 90 H), Urwah bin al-Zubair (94 H), al- Hasan al- Basri (110 H)


b) Tabi’in Sederhana, mereka adalah kalangan yang meriwayatkan daripada Sahabat juga Tabi’in.


c) Tabi’in Kecil. Mereka ialah kalangan yang sempat meriwayatkan hadis dari kalangan Sahabat kecil. Mereka sempat meriwayatkan hadis ketika kecil dari kalangan Sahabat Kecil yang telah berusia, dimana Sahabat Kecil itu sempat bertemu Rasullullah s.a.w ketika mereka masih kecil.

Kalangan Tabi’in ini berlainan kedudukan mereka berdasarkan negeri tempat tinggal mereka :


a. Di Madinah : Said bin Al- musayyab


b. Di Basrah : al- Hasan al- Basri


c. Di Kufah : Uwais al- Qarani


Selain Tabi’in kalangan lelaki, terdapat juga Tabi’in kalangan wanita yang masyhur, antaranya : Hafsah binti Sirin, ‘Amrah binti Abd al- Rahman dan Umm al-Darda’al-Sugra, namanya Hujaimah.



AL-MUKHADRAMUN ( المحضرمون )

Mukhadramun adalah jamak kepada mukhadham. Mereka adalah kalangan Tabi’in yang sempat hidup di zaman jahiliah sezaman dengan Rasulullah s.a.w memeluk Islam tapi tidak sempat melihat Baginda s.a.w. Dikalangan Ahli Hadis ada yang mengatakan mereka boleh dimasukkan kalangan Sahabat berdasarkan masa hidup, kalangan Tabi’in berdasarkan tidak sempat melihat Baginda s.a.w.


Antaran yang terkenal ‘Amru bin Maimun al- Azdi ( 74 H), Suwaid bin Ghafalah ( 80 H), dan Abu Uthman al-Nahdi (95 H).



TABI’IN TABI’INNA

Tabi’in yang terakhir bertemu dengan sahabat yang terakhir meninggal dunia mati dalam Islam.


Dan mereka yang terkenal dari pengikut tabi’in ialah Anas bin Malik, dan Sa’ib bin Yazid.


TABI'UT TABI'IN


Tabi’ut Tabi’in adalah seseorang yang pernah bertemu atau berguru dengan tabi’in dan meninggal dunia dalam keadaan beragama islam. Tabi’ut tabi’in dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:


1. Tabi'ut tabi'in besar. Mereka ialah dari kalangan yang banyak meriwayatkan hadis dari kalangan Tabi’in.


2. Tabi'ut tabi'in sederhana. Mereka adalah kalangan yang meriwayatkan daripada tabi’in dan juga tabi’ut tabi’in


3. Tabi'ut tabi'in kecil mereka ialah kalangan yang meriwayatkan hadis daripada tabi’in melainkan hanya sedikit sahaja.


Antara tokoh-tokoh tabi’ut tabi’in ialah Malik bin Anas, Al-Auza'iy, Sufyan Ats-Tsauriy dan lain lagi.


MENGENAI PERAWI YANG DISEBUTKAN DENGAN PELBAGAI NAMA DAN SIFAT YANG BERBEZA


Perawi sering dikaitkan dengan beberapa nama, gelaran atau kuniah yang berbeza, seseorang individu atau beberapa orang .


Contoh :


Muhammad bin al-Sa’ib al-Kalbi. Setengah orang menamakanya Abu al-Nadhr dan setengah pula menamakannya Hammad bin al-Sa’ib dan ada menamakannya Abu Hisyam / Abu Sa’ib.


Al-Khatib al-Baghdadi banyak meletakkan pelbagai nama pada syaikh-syaikhnya


Beliau meriwayatkan dalam kitabnya daripada Abu al-Qasim al-Azhari, ‘Ubaidullah bin Abi al-Fath al-Farisi, ‘Ubaidullah bin Ahmad bin ‘Uthman al-Sairafi. Kesemua nama-nama itu adalah orang yang sama.



MENGENALI NAMA-NAMA, KUNIAH DAN GELARAN YANG TUNGGAL



Maksud Tunggal


Sahabat atau perawi – perawi lain secara umumnya atau ulama yang mempunyai nama, kuniah atau laqab yang tidak sama dengan orang lain dan pada kebiasaannya nama tunggal itu ganjil dan sukar disebut.


Contoh


Nama:


Dari kalangan sahabat: Ajmad bin ‘Ujyan, dibaca dengan timbangan Sufyan atau ‘Ulayyan ya’ni ‘Ujayyan dan Sandar dengan timbangan Ja’far.


Bukan dari kalangan sahabat: Ausat bin ‘Amar, Dhuraib bin Nuqair bin Sumair.


Kuniah:


Dari kalangan sahabat: Abu al-Hamra`, maula Rasulullah s.a.w, namanya ialah Hilal bin al-Harith.


Bukan Dari Kalangan Sahabat:


Abu al-‘Ubaidain, namanya ialah Mu’awiyah bin Sabrah.


Gelaran:


Dari kalangan sahabat: Safinah, maula Rasulullah s.a.w., namanya ialah Mihran.


Bukan dari kalangan sahabat: Mandal, namanya ialah ‘Amar bin ‘Ali al-Ghazzi al-Kufi.


Kitab-Kitab Yang Paling Masyhur


Al-Hafiz Ahmad bin Harun al-Bardiji telah mengkhususkan dengan satu kitab yang dinamakan al-Asma` al-Mufradah. Perbahasan ini juga boleh didapati di hujung kitab-kitab rijal seperti Taqrib al-Tahzib oleh Hafiz Ibn Hajar.



MENGENAL NAMA-NAMA YANG TERKENAL DENGAN KUNIAH

 
Yang dimaksudkan dengan perbahasan ini ialah menyiasat nama-nama perawi yang terkenal dengan kuniah supaya diketahui nama mereka yang tidak masyhur.

Faedah


Faedah mengetahui perbahasan ini ialah supaya perawi yang sama tidak dianggap sebagai dua orang kerana boleh jadi individu ini disebut dengan namanya yang tidak masyhur dan kemudian disebutkan dengan kuniahnya yang masyhur. Kepada orang yang tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara ini dia akan keliru lalu menganggap itu adalah dua orang berlainan sedangkan dia adalah orang yang sama.


Cara Penulisan Perbahasan Ini


Ulama yang menulis tentang al-Kuna (kuniah-kuniah) menyusun bab-bab mengikut tertib abjad pada kuniah kemudian menyebutkan nama-nama pemilik kuniah. Contohnya dalam bab hamzah disebutkan Abu Ishaq, dan disebutkan namanya. Dalam bab huruf ba` Abu Bisyr dan disebutkan namanya.


Bahagian Pemilik-Pemilik Kuniah Dan Contoh-Contohnya


1. Perawi yang namanya kuniahnya. Dia tidak mempunyai nama selain dari kuniah itu seperti Abu Bilal al-Asy’ari, namanya adalah kuniahnya.


2. Perawi yang dikenali dengan kuniahnya dan tidak diketahui adakah dia mempunyai nama atau tidak seperti Abu Unas, seorang sahabat.


3. Perawi yang digelar dengan kuniah, dia mempunyai nama dan kuniah yang lain seperti Abu Turab gelaran kepada ‘Ali bin Abi Talib dan kuniahnya Abu al-Hasan.


4. Perawi yang mempunyai dua kuniah atau lebih seperti Ibn Juraij. Beliau juga diberikan kuniah dengan Abu al-Walid dan Abu Khalid.


5. Perawi yang tidak disepakati kuniahnya. Seperti Usamah bin Zaid, dikatakan kuniahnya Abu Muhammad, juga dikatakan Abu ‘Abdullah dan Abu Kharijah.


6. Perawi yang dikenali kuniahnya tetapi berbeza pendapat tentang namanya. Seperti Abu Hurairah. Terdapat perbezaan pendapat tentang namanya dan nama ayahnya sebanyak 30 pendapat. Pendapat paling masyhur ialah ‘Abdul Rahman bin Sakhr.


7. Perawi yang tidak disepakati nama dan kuniahnya. Seperti Safinah. Dikatakan namanya ‘Umair, Soleh dan Mihran. Kuniahnya dikatakan Abu ‘Abdul Rahman dan Abu al-Bakhtari.


8. Perawi yang dikenali dengan namanya dan kuniahnya dan dia terkenal kedua-duanya sekali. Seperti Abu Abdillah kuniah kepada Sufyan al-Thauri, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris al-Syafi’i dan Ahmad bin Hanbal. Begitu juga Abu Hanifah kuniah kepada al-Nu’man bin Thabit.


9. Perawi yang terkenal dengan kuniah dan dikenali juga namanya. Seperti Abu Idris al-Khaulani, namanya ‘Aizullah.


10. Perawi yang terkenal dengan namanya dan dikenali juga kuniahnya. Seperti Talhah bin ‘Ubaidillah al-Taimi, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf, al-hasan bin ‘Ali bin Abi Talib, kuniah mereka ialah Abu Muhammad.

 
Kitab-Kitab Yang Masyhur


Ulama telah menulis banyak kitab tentang kuna. Antara yang menulis tentangnya ialah


‘Ali bin al-Madini, Muslim, al-Nasa`i.


Kitab terkenal yang dicetak ialah al-Kuna Wa al-Asma` oleh al-Daulabi Abu Bisyr Muhammad bin Ahmad, meninggal dunia pada tahun 310H.


MENGENALI GELARAN-GELARAN

Definisi Bahasa


Alqab jamak laqb maknanya gelaran iaitu setiap sifat yang menggambarkan ketinggian atau kerendahan, atau menunjukkan pujian atau celaan.


Maksud Perbahasan


Maksud perbahasan ini memeriksa dan menyiasat gelaran ahli hadis dan para perawi untuk mengenali dan menentukannya.


Faedah


Faedah mengenali gelaran ada dua:


1. Tidak menyangka gelaran sebagai nama dan individu yang disebutkan sekali dengan nama dan sekali dengan gelaran sebagai dua orang sedangkan dia adalah orang yang sama.


2. Mengetahui sebab perawi disebutkan dengan gelaran itu, maka dapat diketahui maksud sebenar gelaran yang sering kali bertentangan dengan maksud zahirnya



Bahagian-Bahagian


Ada dua bahagian iaitu


1. Gelaran yang tidak harus memperkenalkan perawi dengannya. Orang yang disebutkan gelaran itu padanya tidak menyukainya.


2. Gelaran yang harus memperkenalkan perawi dengannya. Orang yang disebutkan gelaran itu padanya menyenanginya.

 
Contoh-contoh


1. Al-Dhaall (orang yang sesat), gelaran Mu'awiyah bin Abdul Karim, kerana beliau tersesat dalam perjalanan ke Mekah.


2. Al-Dha'if (orang yang lemah), gelaran 'Abdullah bin Muhammad. Dipanggil begitu kerana lemahnya pada fizikal bukan pada hadisnya. Abdul Ghani bin Sa’d berkata: Dua tokoh utama tetapi melekat pada mereka berdua gelaran yang buruk, al-Dhaall dan al-Dha'if.


3. Ghundar, ma’nanya dalam bahasa Ahli Hijaz orang membuat riuh rendah. Gelaran ini diberikan kepada Muhammad bin Ja’far al-Basri sebabnya Ibn Juraij datang ke Basrah lalu beliau menceritakan hadis daripada al-Hasan al-Basri lalu mereka mengingkarinya dan kecoh dan Muhammad bin Ja’far yang paling bising membuat riuh. Ibn Juraij berkata kepadanya: “Diam wahai Ghundar”.


4. Ghunjar, gelaran kepada ‘Isa bin Musa al-Taimi kerana bahagian atas pipinya yang merah.


5. Sha’iqah, gelaran Muhammad bin Ibrahim al-Hafiz. Imam al-Bukhri mengambil riwayat daripadanya. Beliau digelar begitu kerana ingatannya dan cepatnya perbincangannya.


6. Musykudanah, gelaran ‘Abdullah bin ‘Umar al-Umawi. Dalam bahasa Parsi, maksudnya biji kasturi atau bekas kasturi.


7. Mutayyan, gelaran Abu Ja’far al-Hadhrami. Beliau diberikan gelaran ini kerana semasa kecil beliau bermain-main bersama kanak-kanak dalam air lalu mereka melumurkan belakangnya dengan tanah. Abu Nu’aim berkata kepadanya: Wahai Mutayyan (orang yang berlumuran tanah) kenapa engkau tidak menghadiri majlis ilmu



Kitab-Kitab Yang Terkenal


Ulama mutaqaddimin dan mutakhirin telah menyusun kitab tentang gelaran-gelaran dan kitab yang paling baik dan paling ringkas ialah Nuzhah al-Albab oleh Hafiz Ibn Hajar


Al-Mansubun Ila Ghair Aba’ihim


Gelaran yang membicarakan tentang perawi-perawi yang dibinkan kepada bukan ayah mereka. Ianya penting kerana apabila ketika mereka dibinkan kepada ayah mereka orang menyangka mereka adalah individu yang berlainan sedangkan mereka adalah individu yang sama


Contohnya:


1. Mu’az Ibn ‘Afra yang dibinkan kepada emaknya sedangkan ayahnya bernama Al-Harith


2. Muhd ibn Al-Hanafiyyah sedangkan nama ayahnya ‘Ali Ibn Abi Talib


3. Ya’la ibn Munyah yang dibinkan kepada nenek sebelah ayah


4. Ahmad Ibn Hambal yangdibinkan kepada datuk sebelah ayah


5. Al-Migdad Ibn Al-aswad yang dibinkan kepada orang yang memeliharanya sedangkan ayahnya bernama Amr Al-Khindi.



Tidak ada rujukan khusus (setakat yang penulis tahu) untuk gelaran ini, walau


bagaimanapun maklumat tentangnya terdapat di dalam kitab rijal hadith secara umum


An –Nasab Allati’ Ala Khilaf Zahiriha


Gelaran ini membahaskan tentang perawi-perawi yang kerana sesuatu peristiwa atau munasabah tertentu telah dinisbah di gelar atau disifatkan dengan sesuatu yang boleh mengelirukan sedangkan ia bukan nisbah gelaran atau sifatnya yang sebenar.


Contohnya:


1. Abu Mas’ud Al-Badri, beliau dinisbahkan kepada badar bukan kerana turut menyertai perang Badar tetapi kerana pernah menetap di sana.


2. Yazid Al-Faqir, beliau disifatkan faqir bukan kerana kefakirannya tetapi kerana beliau mengalami sakit bahagian tulang belakang yang digelar “faqar”.


3. Khalid Al-Hazza’, beliau digelar tukang kasut bukan kerana beliau seorang tukang kasut, tetapi kerana beliau seorang tukang kasut, tetapi kerana beliau suka mendampingi tukang-tukang kasut sehingga digelar al-hazza’


Antara rujukan utama ialah Kitab Al-Lubab Fi Tahzib Al-Ansab oleh Ibn Al-Athir Al- Jazari.

Al-Muttafiq Wa Al-Muftariq


Ilmu ini membincarakan tentang perawi-perawi yang nama mereka dan nama ayah mereka sama, baik dari segi tulisan mahupun bacaannya, sementara berbeza orangnya. Kerana ada terjadi diantara mereka itu yang sama nama, dan nasab-nasabnya.


Contohnya:


1. Al-khalil bin Ahmad: terdapat enam orang yang mempunyai nama yang sama,


salah seorang daripadanya ialah guru kepada Sibawaih.


2. Ahmad bin Ja’far bin Hamdan: yang dimiliki oleh empat orang perawi dari


tabaqat yang sama


3. Umar bin Khatab: ada enam orang yang mempunyai nama yang sama

Kepentingan Dan Faedahnya:


Mengetahui ilmu ini adalah penting sekali, agar orang tidak menyangka nama tersebut dimiliki oleh seorang perawi sahaja, dan ia menjadi lebih penting apabila perawi-perawi yang berlainan itu dihukum dengan hukuman yang berbeza dari segi kethiqahan dan kedhaifannya. Maka melalui disiplin ini dapatlah dikenal pasti siapakah sebenarnya yang meriwayatkan sesebuah hadith di antara mereka, yang thiqah ataupun yang dhaif.


Antara kitab-kitab yang terkenal ialah, Kitab Al-Muttafiq Wa Al-Muftariq, karya


Al-Khatib Al-Baghdadi.

 
Al-Mu’talif Wa Al-Mukhtalif


Disiplin ini membahaskan tentang perawi-perawi yang mempunyai nama, gelaran,kuniah atau nasab yang sama dari segi tulisannya, tetapi berlainan dari segi sebutannya.



Contoh-contohnya:


1. Salam dan sallam) ( سلام و سلام


2. Miswar dan musawwar ( مسورومسور )


Kepentingan disiplin ini, sama dengan sebelumnya iairu mengelak daripada berlaku kesilapan dalam menentukan perawi. Dalam konteks ini Ibnu Al-Madani berkata: “kesilapan riwayat paling banyak berlaku pada nama-nama perawi”. Ini kerana nama seseorang tidak boleh di agak atau di ukur dengan sesuatu ukuran dan tidak boleh ditentukan mengikut kaedah tertentu. Antara kitab-kitab terkenal yang membahaskan tentang ilmu ini ialah, kitab ‘Al-Mukhtalif “oleh Abdul Ghani Bin Said dan Kitab” Al-Ikmal oleh Ibn Makula.

Al-Mutashabih


Membahaskan tentang nama perawi yang hampir sama samaada dari segi tulisan mahupun lafaznya, sementara nama-nama bapa mereka berbeza lafaznya tetapi sama tulisannya atau sebaliknya. Ulama telah membahagikan ini kepada beberapa jenis, iaitu:

 
1. Nama-nama perawi yang sama dari segi tulisan dan bacaan tetapi nama ayah mereka berbeza dari segi sebutan walaupun sama dari segi tulisan, seperti: Muhd Ibn ‘Uqail dengan Muhd Ibn ‘Aqil


2. Perawi-perawi yang nama ayah mereka sama dari segi tulisan dan sebutan sedangkan nama mereka sendiri dari segi sebutan sekalipun sana dari segi tulisan, seperti: Shuraih Ibn An-Nu’man dengan Suraij Ibn An-Nu’man.


3. Perawi-perawi yang nama mereka sama tetapi nama ayah mereka berbeza pada satu atau dua huruf sahaja, seperti: Muhammad Ibn Hunain dengan Muhammad Ibn Jubair.


4. Perawi-perawi yang nama mereka sama dengan nama ayah perawi lain sebaliknya ayah mereka pula sama dengan nama perawi tersebut, seperti: Al-Aswad Ibn Yazid dengan Yazid Ibn Al-Aswad.

 
Displin ini penting untuk mengenalpasti seseorang perawi dan mengelak kekeliruaan. Antara rujukan utamanya ialah kitab talkhis al-mutashabih fi ar-rasm oleh khatib al-baghdadi.

 
Al-Ikhwah Wa Al-Akhawat


Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya perawi-perawi yang mempunyai hubungan persaudaraan, yang saling meriwayat hadith antara satu sama lain.


Contohnya:


1. Di peringkat Sahabat seperti, ‘Umar Ibn Al-Khattab dengan Zaid Ibn Al-Khattab,


2. Diperingkat Tabi’in seperti Muhd Ibn Sirin dengan adik beradiknya iaitu Anas Yahya, Ma’bad, Hafsah dan Karimah.


3. Di peringkat Al-Atba’ pula seperti Sufyan Ibn’ Uyaynah dan adik beradiknya iaitu, Adam, Imran, Muhd dan Ibrahim.

 
Faedahnya antara lain ialah untuk membezakan antara perawi-perawi yangmemiliki nama ayah yang sama dan memang mereka mempunyai hubungan adik beradik sebagaimana contoh-contoh diatas, dengan perawi yang nama ayah mereka juga sama tetapi tidak mempunyai hubungan adik beradik seperti Abdullah Ibn Dinar dengan Amru Ibn Dinar. Di mana bagi yang tidak tahu mungkin menyangka keduanya adalah adik beradik sedangkan hakikatnya tidak.

Antara rujukan utama disiplin ini ialah, Kitab Al-Ikhwah oleh Abu Al-Abbas As-


Sarraj dan Kitab Al-Ikhwah oleh Abi Al-Mutarrif Ibn Fatis Al-Andalusi


Al-Mudabbaj Wa Riwayat Al-Aqran


Tajuk ini,membincangkan tentang perawi-perawi yang sebaya, seangkatan atau


sezaman, yang saling meriwayatkan hadith antara satu sama lain.


Contohnya:


1. Diperingkat sahabat seperti ‘Aisyah dengan Abu Hurairah.


2. Diperingkat tabi’in seperti Al-Zuhri dengan ‘Umar Ibn ‘Abd Al-‘Aziz


3. Diperingkat atba’ at-tabi’in seperti Malik dengan Al-Auza ‘i.

 
Faedahnya, supaya orang tidak tersalah anggap bahawa berlaku penambahan perawi pada sanad atau berlaku pertukaran (‘an) dengan (wau) pada lafaz periwayatan.Antara rujukan utama disiplin ini ialah kitab Al-Mudabbaj oleh Al-Daraqutni dan kitab Riwayat Al-Aqran oleh Abu Al-Syeikh Al-Asbahani.

 
As-Sabiq Wa Al-Lahiq


Tajuk ini membicarakan tentang dua orang perawi yang meriwayatkan hadith yang sama dari seorang guru sedangkan perbezaan umur antara mereka berdua amat ketara.


Contohnya:


Ibnu Syihab Al-Zuhri dengan Ahmad Ibn Ismail As-Sahmi yang sama-sama meriwayatkan hadith daripada Imam Malik (179H). Sedangkan beza umur mereka ialah135 tahun, di mana Al-Zuhri meninggal pada tahun 124H manakala As-Sahmi pula padatahun 259H.

 
Melalui tajuk ini, kesinambungan sesuatu sanad yang kontroversi dapat dipastikan, disamping dapat mengenal pasti manakah sanad yang tinggi (pendek) danmanakah sanad yang rendah (panjang). Antara rujukan utamanya ialah kitab As-Sabiq Wa Al-Lahiq oleh Al-Khatib Al-Baghdadi

 
GELARAN-GELARAN ILMUAN PERAWI


Al- Musnid


Seorang yang meriwayatkan hadis dengan bersanad sama ada memahaminya atau semata-mata meriwayatkan.


Sesiapa yang meriwayatkan hadith dengan sanadnya sendiri sama beliau berilmu dengan ilmu hadith ataupun tidak.


Al- Muhaddith


Seorang yang menguasai diri dalam ilmu hadis riwayat dan dirayat dan mengetahui kebanyakkan riwayat-riwayat hadis serta mengenali keadaan perawi-perawinya.


Mempunyai ilmu dalam al-Jarh wa Ta’dil ( ilmu Rijal Hadith). Al-Fadil syikh Dr Mahmud Tahhan mengatakan al-muhaddith boleh juga ditakrifkan sebagai mereka yang sentiasa bersama dan bersungguh-sungguh dalam mengkaji dan meneliti ilmu hadith antaranya al-Syeikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Syeikh Syuib al-Arnauth, Dr Ahmad Syakir, dan Syeikh Nasaruddin al-Albani Hafizahumullah.


Al-Hafiz


Terdapat dua pendapat, semakna dengan Al-Muhadith. Ini mengikut kebanyakkan ahli-ahli hadis.


Seseorang yang lebih tinggi kedudukan daripada al-Muhadith iaitu pengetahuannya terhadap riwayat dalam setiap tabaqat lebih banyak daripada yang tidak diketahuinya.


Gelaran ini diberi kepada mereka meriwayatkan hadith dengan sanadnya sendiri, dan menguasai hadith telah dia lalui dari yang belum dilalui. Sesetengah ulama mengatakan ilmu meliputi sekitar 100,000 hadith.


Al- Hujjah


Gelaran yang amat hampir dengan al-Hafiz Cuma al-Hujjah ilmunya meliputi 300,000 hadith, diantaranya ialah Suryan bin Uyainah (w198H), said bin Mansur (w 227H), ad-Darimi (w280H), at-Tabrani (320H).


Al- Hakim


Antara gelaran yang hebat pada mereka yang menguasai dan mengetahui kebanyakkan hadith, tidak mereka ketahui akan hadith kecuali hanya yang sedikit. Antara yang mendapat gelaran ini adalah penulis al-Mustadrak Iman al-Hakim.


Seseorang yang ilmunya meliputi kesemua hadis sehingga tidak terlepas daripadanya kecuali beberapa hadis sahaja. Ini mengikut sebahagian ulama.


Amir al- muminin dalam hadith (Al-Iman)


Gelaran ini adalah gelaran yang paling tinggi dikalangan para Iman-iman hadith termaksud al- hafiz, al-hujjah dan al- hakim. Mereka ini adalah sumber rujukan utama daripada iman-iman selepas mereka dan ilmu mereka amatlah mendalam meliputi semua bab yang berkaitan dengan ulum hadith, riwayah, dan dirayah. Antaranya mereka yang berhak mendapat gelaran ini tidak lain dan tidak bukan iaitu Sufyah at-Thauri (w161H), Syubah (170 H), Imam Bukhari (w256 H), Iman muslim (w261H) dan Ibn Hajar al-Asqalani (w852H).


RUJUKAN


Ahmad fauzan Abu Muadz alfauzani bin Yahaya. Mari Mengenal Ilmu Hadith. 2007. Perniagaan Jahabesa 15, Jalan dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bharu.


http://www.darulkautsar.net/print.php?page=2&ArticleID=1728


http://www.scribd.com/doc/35991178/PBJJ-KUH-LENGKAP-230310


http://www.yussamir.com/2007/08/takrif-dan-jumlah-sahabat-nabi-muhammad.html



kad raYa Utk Semua.......


No comments:

Post a Comment