Tuesday, November 1, 2011






            Kemunculan Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika usianya genap 40 tahun, tepat pada panggal 17 Ramadhan. Dalam buku Shahih Bukhari, Iman Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Aisyah r.a bahawa “Mulanya Baginda sering bermimpi melihat sinar di waktu subuh. Kemudian mulai Baginda suka menyepi untuk beribadat lalu menyendirilah di Gua Hira’. Setelah beberapa lama kemudian sehingga Baginda menemukan kebenaran dan menerima kedatangan Malaikat Jibril yang mengatakan “Bacalah”. Bersegera Nabi Muhammad s.a.w. menemui isterinya Khadijah binti Kuwalid di rumah terus berkata ‘selimuti aku’. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. pergi menemui Waraqah bin Naufal, seorang yang beragama Nasrani dan pernah menyalin kitab Injal, maka diceritakan tentang apa yang Baginda lihat. Maka dijawabnya itulah Malaikat yang pernah turun kepada Nabi Musa a.s. dulu.[1] 

Orang yang pertama sekali beriman dan memeluk Islam ialah isteri Baginda sendiri, Khadijah. Kemudian masuk Islam pula Ali, yang berumur sepuluh tahun, Seterusnya disusuli oleh Zaid bin Haritsah (pembantu Nabi Muhammad s.a.w.) dan Abu Bakar r.a.. Dari golongan hamba ialah Bilai bin Abi Ribah al-Habsyi.[2]


Hijrah

Pada 615M orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsah. Tersebarnya berita sekelompok penduduk Yasrid (Madinah), yang masuk Islam menyebabkan kafir Quraisy semakin meningkatkan tekanan orang-orang Mukmin di Makkah. Lalu Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan agar berhijrah ke Kota Madinah secara diam-diam, agar tidak dihalang oleh musuh. Dengan penghijrahan ini terbangunnya sebuah masjid yang berdindingkan bata, berkayu batang kurma dan beratap daun kurma. Seterusnya Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Setiap kaum Ansar menganggap orang Muhajirin sebagai saudaranya sendiri. Selain menjemput tinggal di rumah mereka dan memanfaatkan segala kemudahan yang ada di rumah mereka.[3]

JADIKAN TELADAN & PERINGATAN 







PEPERANGAN NABI DAN PARA SAHABAT


           Perang Badar al- Kubra

Perang Badar al-Kubra, terjadi pada 17 Ramadhan tahun 2H/625M. Peperangan bermula apabila berlaku kesalahfahaman di antara kafilah dagang kaum Musyrikin Makkah, yang kembali dari Syam menuju Makkah. Di bawah pimpinan kafilah Abu Sufian, melihat rombongan orang Madinah pihak Quraisy yang mendekati Kafilahnya, mengutuskan anak buah untuk segera minta bantuan dari Makkah. Wakil kaum Ansar Sa’ad bin Mu’az bertolak bersama pasukannya dan Abu Bakar untuk segera menduduki sebuah telaga kecil yang ada di gunung Badar. Setibanya di sana, berkata Habbah bin al- Munzir adakah tempat ini selamat atau ini adalah helah serta muslihat peperangan. Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan ia sebagai muslihat peperangan musuh. Lalu Habbab menunjukkan kepada Baginda sebuah telaga lain dan berjalan bersama-sama untuk menguasainya bagai menyambung bekalan air tentera Islam yang telah putus. Disinilah pasukan berpusat. [4] Dari pihak Quraisy kurang lebih 70 orang terbunuh, termasuklah orang paling musyik, Abu Jahal dan pemimpin-pemimpin yang lainnya. 70 orang lain tertawan. Kemudian Baginda bermusyawarah dengan sahabat membicarakan tindakan yang perlu diambil oleh tawanan-tawanan perang. Sayyidina ‘Umar bin Khattab’ menyarankan agar dibunuh sahaja, tetapi Abu Bakar menyatakan agar mereka dibebaskan dengan syarat memberikan tebusan. Pendapat ini dipersetujui untuk ditetapkan sebagai keputusan rasmi. Ternyata kemenangan diraih oleh pihak Islam.[5]

b.          Perang Uhud al-Kubra

Pada hari Sabtu 15 Syawal 3H/627M perang Uhud berlaku. Ini kerana pihak Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka pada peperangan Badar al-Kubra. Nabi Muhammad s.a.w. memimpin pasukannya ke Uhud seramai 700 orang dan pihak Quraisy seramai 3,000 orang. Banyak kaum Muslimin yang mati syahid dari kaum Muhajirin dan Ansar seramai 70 orang Di dalam peperangan tersebut syahidnya Hamzah bin Abd Mutalib saudara Nabi Muhammad s.a.w. turut terbunuh seorang wanita jururawat tentera Islam Ummu Imarah Nusaibah al-Anshary. Kekalahan yang amat teruk ini disebabkan oleh tentera Islam tidak mematuhi arahan yang diberi oleh Baginda ketika hampir kepada kemenangan dan sikap tamak kepada harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh pihak musuh.[6]

c.          Perang Khandaq

Banu Nadhir adalah sekelompok orang Yahudi yang berjiran dengan kaum Mu’minin di Madinah. Mereka telah mengadakan penjanjian damai dan tolong menolong dengan kaum Muslimin, akan tetapi tabiat perangainya yang jahat yang selalu membatalkan janji dengan kaum Muslimin dan cuba untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Berlaku perang banu Nadhir ini kerana orang Yahudi Banu Nadhir sudi untuk keluar dari wilayahnya jika tidak dihalang oleh Abdullah bin Ubai. Nabi Muhammad s.a.w. berangkat membawa pasukannya menuju perkampungan Banu Nadhir tetapi kedatangannya di sambut dengan lemparan batu dan anak panah. Bantuan kelengkapan senjata yang dijanjikan ‘Abdullah bin Ubai’ tidak kunjung tiba dan mereka terpaksa menyerah kepada tentera Islam. Berlaku peluncutan senjata. Sebahagian dari mereka berpindah di Khaibar dan sebahagian yang lain berpindah di selatan Syam (Syria). Pada waktu perang Banu Nadhir turunlah kepada Baginda surah al-Hasyr. [7]

 Pada bulan Syawal tahun 5H berlaku peperangan Khandaq (Perang Ahzab) setelah banu Nadhir diusir diajak oleh pemimpin-pemimpin ke Makkah untuk mengajak orang-orang Quraisy memerangi Nabi Muhammad s.a.w. bersama-sama. Hasrat mereka di sambut baik. Apabila diketahui oleh Nabi Muhammad s.a.w. segeralah Baginda mengadakan mesyuarat dengan kaum Muslimin. Salman al-Farisi r.a telah mengesorkan supaya di gali kubu (Khandaq). Kaum Muslimin berjumlah 3,000 orang manakala seluruh kafir Quraisy seramai 10,000 orang termasuk qabilah-qabilah lain.[8]

Disebabkan tidak dapat menembusi benteng kubu pemimpin Yahudi Huyyi bin Akhtab berusaha menggunakan jalan terakhir iaitu dengan menghasut ketua Banu Quraizah Kaab bin Asad supaya membatalkan penjanjian damai yang telah dibuat dengan kaum Muslimin.[9] Tidak berlaku sebarang pertempungan selain beberapa orang Musyrikin yang cuba merempuh masuk Khandaq tetapi disekat dan dihalang sehingga terpaksa mereka berundur antara yang terbunuh Amru bin Wudda yang dibunuh oleh Ali bin Abi Talib.[10]

Selepas peperangan Ahzab Baginda telah mengantungkan senjata lalu datang Malaikat Jibril a.s.. Dimanakah kita akan berperang? Jawab Jibril sambil menunjukkan ke daerah yang didiami oleh Banu Quraizah.[11] Dalam Ghazwah Banu Quraizah turun ayat yang menerangkan bagaimana orang Yahudi telah mengungkiri janji yang telah dibuatnya.[12]






[1] Mustafa al-Sibaei, hlm. 44- 45.
[2] Mustafa al-Sibaei, hlm. 51.
[3] Mustafa al-Sibaei, hlm. 74.
[4] Mustafa al-Sibaei, hlm. 94.
[5] Mustafa al-Sibaei, hlm. 96.
[6] H.Yusuf A. Lubis, Falsafah Kebangunan Muhammad s.a.w., Firma Islamiyah Medan, 1397-1977, hlm. 67.
[7] Mustafa al-Sibaei, 1985, hlm. 108.
[8] Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti, Fiqh al- Sirah, Selangor, Dewan Pustaka Fajar, jil. 2, 2008a, hlm. 450.
[9] Muhammad Husain Haikel, Sejarah Hidup Muhammad, Bandung , PJ Dunia Pustaka Jaya, 1978, hlm. 378.
[10] Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti, 2008a, hlm. 455.
[11] Mustafa al-Sibaei, 1985, hlm. 115.
[12] Mustafa al-Sibaei, hlm. 116.