Thursday, February 24, 2011

PERBANDINGAN ANTARA “UMMAH WASATIYYAH” PADA ZAMAN RASULULLAH DENGAN MASYARAKAT ISLAM KELAS PERTENGAHAN PADA MASA KINI.


PERBANDINGAN ANTARA “UMMAH WASATIYYAH” PADA ZAMAN RASULULLAH DENGAN MASYARAKAT ISLAM KELAS PERTENGAHAN PADA MASA KINI.
3 
 Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

Wasatiyyah adalah berasal daripada perkataan arab “wasat” iaitu tengah atau pertengahan.(Dr.Ali Muhamad Solabi,2005:20). Malah terdapat satu pecahan kalimah “wasat” ini di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa “sebaik-baik perkara itu ialah ‘pertengahan’nya” dan pengertian “pertengahan” ini disebutkan di dalam hadis tersebut dalam bahasa Arab sebagai ausat yang juga pecahan daripada kalimah wasat, yang bererti bahawa sebaik-baik sesuatu amalan, perkataan, pekerjaan dan sebagainya itu adalah yang berasaskan kepada konsep pertengahan.

Wasatiyyah juga bermaksud pertengahan yang baik. Kerana Nabi Muhammmad s.a.w yang mulia nasabnya diantara kaumnya. Hal ini kerana Allah s.w.t telah menjadikan umat ini, umat pertengahan yang dilengkapi dengan syariat hukum dan tuntutannya.[1]

Sayyid Qutb berkata umat muslimin ialah umat yang adil yang menjadi saksi terhadap seluruh umat manusia dan umat yang menegakkan keadilan antara mereka. Umat muslimin juga menjadi saksi terhadap umat manusia dan Rasulullah s.a.w pula menjadi saksi terhadap mereka. Bagindalah yang menetapkan neraca-neraca, ukuran-ukuran dan nilai-nilai mereka. Baginda jugalah yang menilai amalan-amalan dan adat resam mereka dan menimbangkan segala perbuatan mereka yang terbit daripada mereka dengan memberi kata-kata pemutus terhadapnya.[2]

Ini dapat digambarkan betapa iri hatinya kita jika mengenangkan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka bukan sahaja dapat melihat Rasulullah s.a.w, berdampingan dengan Baginda malah mereka juga selalu ada tempat untuk bertanya, berbicara dan menjelaskan semua permasalahan yang berlaku terhadap umat.
Namun, Hakikat sebenarnya, para sahabatlah yang cemburu dengan orang yang datang sesudah mereka kerana orang yang datang kemudianlah yang paling dipuji keimanannya oleh Rasulullah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w..

"Siapakah orang-orang mukmin yang paling kalian kagumi keimanannya?"Sahabat menjawab:"Para malaikat"Rasulullah :"Jelas mereka beriman kerana mereka berada disisi Robb mereka."Sahabat  : jadi, para nabi"- Rasulullah :"Jelas mereka beriman kerana wahyu diturunkan kepada mereka." Sahabat :"Kalau begitu, kami."- Rasulullah :"Jelas kalian beriman kerana aku berada ditengah-tengah kalian. Tetapi orang-orang mukmin yang dikagumi imannya adalah kaum yang datang setelah kalian, mereka mendapatkan lembaran-lembaran suci, yang mereka beriman kepada apa yang dikandungnya. "[HR. Bukhari]

Rasullullah SAW bersabda:"...Ikhwahku adalah orang-orang yang datang setelah kalian,yang beriman kepadaku sebagaimna keimanan kalian.membelaku sebagaimana pembelaan kalian.alangkah baik kiranya aku boleh berjumpa dengan ikhwahku".

Ummati, ummati, ummati, itulah ekspresi terakhir Rasululllah ketika diakhir hayatnya yang menggambarkan betapa  cintanya Baginda kepada ummatnya. Betapa khawatirnya Nabi kita akan meninggalkan kita yang terkadang dia menangis sendiri ketika mengingat ummatnya yang akan berpecah belah, ummatnya yang akan berselisih faham, saling menyalahkan dan bahkan terjadi pertumpahan darah.[3]

Ini dapat dilihat sebelum penurunan Al- Quran lagi, Masyarakat Arab atau dunia berada dalam kegelapan taraf peradaban sangat rendah, samaada rohani dan material. Sistem kesukuan melahirkan sifat fanatisisme kesukuan (al-asabiyyah al-qabaliyyah)  akibat daripada itu berlaku peperangan sebagai satu cara untuk membaiki kehidupan mereka, merampas harta dan kuasa tanpa mengira benar ataupun salah. (Ibn Khaidun, t.th: 125)

Kehadiran wanita amat memalukan dan menghinakan keluarga. Oleh itu masyarakat Arab melakukan perbuatan kejam dengan menanam setiap anak perempuan yang dilahirkan. Masyarakat Arab pada masa ini berada dalam keadaan jahiliah iaitu kerosakan akidah dan moral (akhlak). Bidang pertanian, ternakan, perniagaan dan pertadbiran negara diuruskan dengan sederhana. Ini kerana ilmu pengetahuan masyarakat Arab masih rendah, bahkan sebilangan besar mereka masih belum dapat membaca dan menulis (ummi).
Setelah penurunan Al- Quran, Kemajuan yang dicapai umat Islam dalam bidang pembinaan akidah (keimanan) menukar kepercayaan peryembahan berhala menjadi muslim yang mentauhidkan Allah. 


Pembinaan sosial (kemasyarakatan) syariat Al-quran telah menghapuskan panatismisme kesukuan sampai ke akar umbi, dan diganti dengan persaudaraan keagamaan, permusuhan dan peperangan diganti dengan perdamaian dan kasih sayang (silaturahim). Hubungan bertambah utuh antara orang islam dan non muslim di bahagikan mereka kepada dua, kafir dhimmi dan kafir harbi.

Masa berlaku peperangan yang memerlukan tentera yang banyak, namun sekelompok orang islam mesti ada yang tetap menuntut ilmu untuk diajarkan kepada orang lain. Proses pendidikan dan ilmu pengetahuan mula berkembang. Bidang pentadbiran negara dilakukan secara mesyuarat, persamaan di hadapan undang-undang baik menerima hak mahupun melaksanakan kewajiban. Tidak membezakan antara warna kulit, bahasa dan suku bangsa dan keadilan ditekankan dan diwajibkan menegakkan keadilan kepada seluruh manusia walaupun diri sendiri dan orang yang terdekat. Politik luar negara dan penyebaran Islam yang merupakan agama universal untuk semua manusia dari berbilang bangsa dan keturunan. Kemajuan yang dicapai Umat Islam kini sebagai suatu realiti

Kemunduran umat islam pada abad kesembilan dan kesepuluh. Bentuk- bentuk kemunduran terhentinya kegiatan gerakan fiqh yang begitu cemerlang pada masa iman mujtahid dahulu. Semangat para fuqaha semakin lemah dan menurun, mereka berasa tidak kemampuan untuk berijtihad seperti mujtahid-mujtahid dahulu walupun kefahaman mereka terhadap nas-nas syariah memeng mendalam. Selain itu, Interaksi para pakar dan pentafsir al-quran hanya terhad pada ayat-ayat hukum syariah sahaja. Dan terhentinya kegiatan penelitian dan eksperismen (uji kaji) dalam bidang sains hayat (tabi’e).

Faktor penyebab kemunduran umat islam lemah dan menjadikan mereka mundur dan kegemilangan tamadun yang pernah mereka capai. Secara umum faktor penyebab tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu faktor dalaman yang datang dari kalangan umat Islam sendiri dan faktor luaran yang datang dari kalangan non muslim

Faktor dalaman yang melemahkan umat islam dari mempertahankan kemajuan tamadun yang mereka capai adalah perpecahan yang terjadi dikalangan umat islam secara berterusan. Perpecahan tersebut sesetengahnya disebabkan perbezaaan pemahaman keagamaan dan setengah yang lain pula kerana politik dan perebutan kuasa.

Faktor-faktor dalaman yang melemahkan umat Islam terpecahnya umat islam kepada tiga golongan iaitu Khawarij, syiah dan ahli al-sunnah wa al-jamaah.  Golongan khwarij dan syiah masing-masing menyerang pengikut Ahli sunnah wa jammah secara berterusan. Permusuhan ini tentunya akan menjejaskan perpaduan umah.

Keduanya, Kegiatan perterjemaahan falsafah Yunan dan India serta ilmu kalam ke dalam bahasa arab yang sangat pesat pertumbuhanya pada zaman kerajaan Abbasiyyah, yang melibatkan kepada menterjemah dan memperlajari falsafah ketuhanan, mempergaruhi kepercayaan masyarakat Islam di mana-mana. Ketiga, Perpecahan kerajaan Islam pada abad keempat tiga kerajaan Abbasiyah di Baghah, Fatimiyah di Mesir dan kerajaan Umawiyah di Andalus. Kuasa politik ini berjaya membangkitkan permusuhan di kalangan pemimpin-pemimpin umat Islam dan menjejaskan perpaduan yang telah berkekalan.

Bertebar luasnya fahaman kebangsaan  di tengah masyarakat Islam yang membawa kepada perpecahan antara bangsa Arab dan bukan Arab (ajam) masing-masing bermegah-megah dengan kelebihannya diatas yang lain. Selain Aliran kebatinan. Fahaman terbesar di antara penyebab dalaman yang meruntuhkan kekuatan Islam, kerana fahaman ini menghimpun unsur-unsur fahaman yang datang dari luar Islam seperti yahudi, Nasrani, Hindu dan lain-lain. Akhiryan Aliran tasawuf turut dipengaruhi. 

Faktor luaran yang datang daripada kalangan non muslim termasuklah Serangan Tentera (moghul) terhadap dunia Islam benar-benar meruntuhkan kekuatan dan tamadun Islam dari segala aspek kehidupan.[4] Mereka dengan bantuan  kristian dan kaum Syiah yang melakukan serangan dengan meruntuhkan masjid-masjid, membakar perpustakaan serta membuang kitab-kitab ke Sungai Dajlah,membunuh sebilangan penduduk termasuk para ulama. Dengan serangan dahsyat yang dilakukan tentera tatar tersebut maka jatuhnya Baghdad ke dalam kekuasaan mereka setelah 5 abad lamanya itu menjadi tempat tumpuan bijak pandai dari seluruh dunia dan pusat Islam yang termasyur sepanjang sejarah Islam[5]

Serangan tentera salib terhadap kerajaan Islam berlaku di Timur iaitu di negeri Syam berlaku di barat iaitu di Andalus. Serangan bertujuan untuk membuat serangan balas kepada umat Islam yang telah memenangi dan menguasai Eropah sehinggalah ke selatan Perancis. Selain juga untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian[6]. Mereka menumpahkan darah orang Islam di Raha, antioch, tripoli, dan Baitulmaqdis. 

Mereka menyembelih orang Islam di halaman masjid al- Aqsa, seramai 7 puluh ribu orang lebih malah lebih dari itu. Serangan lebih dari 2 abad itu tidak henti-henti telah menumpuhkan kekuatan-kekuatan umat Islam dengan corak politik negeri tidak stabil. Setelah perang salib mengalami kegagalan menyerang umat Islam dan mendapati bahawa memerangi dunia Islam dengan kekuatan senjata suatu hal yang tidak dapat bertahan lama maka mereka cuba mengubah strategi baru dengan melakukan Gerakan penjajah Eropah penjajahan ke negara-negara umat Islam.

Tujuan utama untuk menjatuhkan syariat Islam dari kehidupan muslim melalui perang dingin strategi tanpa senjata. Selain itu, bertujuan untuk kepentingan ekonomi.[7]

Kesimpulannya, Al-Quran menyeru umat manusia agar (beradaban tinggi) yang seimbang dan selaras antara aspek spiritual (rohani) dan material (duniawi) iaitu memiliki akidah yang benar dan berakhlak mulia serta membangunkan kehidupan dunia dengan pelbagai kemajuan yang membawa kemudahan dan kebahagiaan bagi umat manusia sebagai menunaikan tanggungjawab kekhalifahan untuk mengimarahkan bumi Allah ini.
Keadaan umat Islam kini berada di taraf kemunduran yang sangat memerihatinkan dari segala aspek kehidupan baik dalam material spiritual (akidah dan akhlak) mahupun dalam material duniawi khususnya pengetahuan dan teknologi. Inilah realiti keadaan orang Islam kini, dan keadaan ini akan berterusan kecuali umat Islam kembali kepada pengamalan al- quran seperti yang dilakukan generasi terdahulu.

Wallahu Alam.


[1]H.Salim Bahreisy Dan H.Said Bahreisy,Tafsir Ibnu Kathir,Kuala Lumpur,Victory Agency,1988,Hlm.254.
[2]Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri,Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan,Selangor,Telaga Biru Sdn Bhd,2008,Hlm.4-5.
[3] Al-Ustaz Armen Halim Naro Rahimahullah, temui aku di telaga, Pustaka Darul Ilmi, 2009,hlm .86.
[4] Ibnu Al-Athir, Majd Al-Din Ibnu Muhamad Ibn Al-Athir, Jami al-usul fi ahahith al-Rasul, al-Hawali,
1969.
[5] Khairuddin, Hj Muhammad, sejarah Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
[6] Jarishah, Ali Muhammad dan al- Zaibaq, Muhammad Sharif, asalib al-ghazw al-Fikr, al-Hisyam Kaherah, 1978.
[7]Al-Murti’i, Abd al-Azim Ibrahim Muhammad, urub ba fi muwajahah al-Islam, Maktabah al-Islam,  1993, Kaherah