Thursday, December 31, 2009

KoNseP PeNJuAlAn JuaL-BeLi SeCaRa Urbun

BA’I AL-URBUN SEBAGAI MUAMALAT ISLAM

Amalan jual beli ini melibatkan bayaran pendahuluan atau ‘down payment’ yang disyaratkan keatas seseorang apabila hendak membeli sesuatu jenis barang yang biasanya bernilai tinggi. Dengan adanya pembayaran seumpama ini menjadikan penjual terikat untuk berurusniaga dengannya dalam tempoh yang telah disetujui dan tidak boleh menjual asset tersebut kepada orang lain selama tempoh tersebut.


PENGERTIAN AL-URBUN


Segi Bahasa ialah Taslif @ taqdim (pendahuluan)
Urbun’, ‘arabun’, dan ‘urbun diertikan sebagai bayaran muka atau pendahuluan.
Istilah pula jumlah yang dibayar oleh nasabah (pemesan) kepada penjual (iaitu pembeli mula-mula) pada saat pemesan membeli sebuah barang dari penjual. Jika nasabah atau pelanggan meneruskan penjualan dan pengambilan barang, maka urbun akan menjadi sebahagian dari harga.
Merupakan konsep prinsip wang pendahuluan untuk sesuatu jualan dimana penjual akan mengambil deposit daripada pembeli. Akan tetapi sekiranya akad dibatalkan, deposit tersebut tidak akan dikembalikan dan dianggap sebagai hibah.
Definisi dari urbun juga kenali sebagai jualbeli cengkeram,wang pendahuluan, deposit, wang cagaran, wang muka atau down payment.

HUKUM


Jual beli ini diharamkan dan tidak sah kerana wujudnya syarat yang tidak betul iaitu hadiah yang diberikan kepada penjual.
Abdullah bin Amru bin al-‘As r.a meriwayatkan, katanya:


نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع العربان


“Rasullallah s.a.w melarang jual beli cengkeram (urbun)”
Amalan ini diharamkan dan tidak sah hanya jika perkara tersebut dijadikan syara dalam kontrak. Namun jika ia tidak dijadikan syarat, tidak salah penjual meminta pembeli membayar sebahagian daripada harga sebagai cengkeram selepas kontrak tersebut. Cuma penjual tidak boleh mengambil bayaran tersebut jika kontrak tersebut dibatalkan melainkan dengan persetujuan pembeli.
Jumhur fuqaha berpendapat bahawa jualbeli ini tidak sah.
Ini kerana syarat yang bertentangan boleh membawa kepada berlakunya ‘gharar’ dalam urusan jual beli dan menyebabkan pembeli terpaksa memberi wang tanpa kerelaannya. Jika ini berlaku, maka ia termasuk dalam kategori perbuatan memakan harta orang lain dengan cara yang salah (batil).
“Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya)


PADANGAN MENGIKUT MASHAF
Para ulama mendefinisikan Urbun sebagaimana berikut:
Iman al-Nawawi
Seseorang itu membeli sesuatu lalu dia memberikan beberapa dirham dan berkata `sekiranya urusniaga ini sempurna antara kita, maka bayaran ini menjadi sebahagian daripada harga barangan dan jika sebaliknya, maka ia dikira sebagai hadiah untukmu.
Ibnu Qudamah
Pembeli membeli dari sejumlah wang sebesar satu dirham atau lebih untuk wang tersebut adalah sebahagian daripada harga jual apabila pembeli memutuskan untuk meneruskan akad jual belinya. Apabila pembeli memutuskan untuk tarik diri (tidak melanjutkan akad) wang muka tersebut menjadi hak dari si penjual.
Ibnu Rush
Wang muka yang diberikan kepada si penjual dengan syarat kalau akad berlanjut, maka wang muka tersebut adalah sebagian dari harga jual, atau kalau akad tidak berlanjut, maka wang muka menjadi hak si penjual.
Imam Malik
Mendefinisikan urbun ketika seorang lelaki membeli seorang budak atau menyewa haiwan dan mengatakan kepada si penjual atau penyewa “saya memberimu satu dinar/dirham dengan syarat kalau saya mengambil barang yang di jual atau di sewa, berapa pun jumlah yang telah saya bayarkan kepada mu, terhitung sebagai sebagian dari harga yang saya bayar, seandainya saya tidak jadi meneruskan transaksi ini, maka sejumlah wang yang sudah saya bayarkan kepadamu menjadi hakmu tanpa adanya kewajiban apa pun dari pihakmu kepada saya”.
Dari penjelasan Imam Malik tersebut dapat kita ketahui bahwa urbun tidak hanya digunakan pada jual-beli, namun berlaku juga pada sewa-menyewa.

RUKUN

1. Pembeli mempunyai hak membuat pilihan.
(membeli barangan atau tidak untuk satu-satu tempoh masa yang tertentu, namun ia bukan menjadi kewajipan untuk membeli.)
2. Penjual tidak hak untuk menjual kepada pembeli lain.
(kewajipan untuk menungu dalam tempoh yang telah dijanjikan setelah menerima wang pendahuluan)
3. Harga barangan dipersetujui bersama.
(jika proses jual beli disetujui,maka bayaran pendahuluan dianggap menjadi sebahagian daripada harga barangan)
4. Terdapat tempoh yang disetujui bersama-sama.
Oleh itu, bagi mengadakan sesuatu urusniaga itu sebagai kontrak al-urbun. Sebaliknya jika keempat-empat tidak dipenuhi, maka urusniaga itu dianggap terkeluar daripada ba’I al-urbun.
Aplikasi Urbun dalam Ekonomi Syariah
Jenis –jenis Urbun


Wang muka yang diberikan kepada penjual, menjadi hak penjual, apabila pembeli menolak untuk meneruskan urusaniaganya
Wang muka yang diberikan oleh pembeli kepada si penjual atau pemilik barang yang akan dikontrakkan, apabila pembeli ingin melanjutkan, wang muka tersebut adalah sebagian daripada harga jual. Kalau si pembeli tidak ingin melanjutkan urusniaga tersebut maka, wang mukanya harus dikembalikan lagi kepada si pembeli.

Tujuan dari Urbun


1. Untuk pengekalkan hak kepemilikan.
2. Untuk memberi tempoh atau waktu yang dijanjikan si pembeli untuk menyelesaikan pembayaran kepada si penjual.
3. Sebagai untuk mengurangi risiko kerugian kerana kestabilan harga pasar.
4. Untuk mendapatkan keuntungan dari penjualan saham.


PELAKSANAAN PRINSIP SYARIAH DALAM AMALAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA


Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai sebuah bank perdagangan yang berasaskan prinsip syariah ialah melaksanakan muamalat urusan bank dan kewangan tanpa riba. Amalan yang mengenakan riba dalam urusan perbankan dan kewangan sebagaimana di bank dan institusi kewangan konvensional digantikan dengan sistem perkongsian untung dan rugi.
Sistem perkongsian untung dan rugi ini menjamin keadilan sosial dalam pmbahagian untung dan rugi kepada pendeposit, pelabur, dan pemilik saham bank.


APLIKASI URBUN PADA TRANSAKSI KEWANGAN SYARIAH.

Urbun dapat diaplikasikan pada akad jual-beli dan sewa menyewa komoditi/properti (asset). Urbun dapat pula diaplikasikan pada kegiatan jual-beli saham/sekuritas. Urbun juga dapat diaplikasikan pada muamalat murabahah.


PRINSIP URBUN

Merupakan konsep yang diambil daripada Bai’ Al- Urbun atau prinsip wang pendahuluan untuk sesuatu jualan dimana penjual akan mengambil deposit daripada pembeli. Akan tetapi, sekiranya urusniaga dibatalkan, deposit tersebut tidak akan dikembalikan dan dianggap sebagai hibah.
Contoh dan Aplikasi:
Apabila sesorang individu membuat tempahan bilik penginapan di sebuah hotel dengan lebih awal dan disertakan pembayaran deposit sebanyak RM100 dan pada saat-saat akhir, tempahan tersebut terpaksa dibatalkan oleh sebab-sebab yang tertentu. Pembayaran deposit yang dilakukan itu akan dikembalikan kepada individu tersebut dan menjadi hibah kepada pemilik hotel tersebut.


Aplikasi ‘Ba’I al-Urbun Dalam Pasaran Kewangan Islam Di Malaysia.


Uruf yang berlaku dalam pasaran modal khususnya aktiviti muamalat di Malaysia dan dunia biasanya mengamalkannya dalam urusniaga harian. Bayaran pendahuluan (bai’ urbun) sudah menjadi keperluan pada hari ini kerana ia menjadi cagaran dan jaminan bagi memastikan barangan ditempah diambil oleh pihak yang menempahnya.
Uruf ini adalah urf am yang sahih dalam perbahasan usul fiqh kerana mungkin ia merangkumi aktiviti muamalat masyarakat di dunia tanpa mengkhusus kepada penduduk sesuatu sempadan geografi.


PERMASALAHAN PENGAMBILAN DEPOSIT


Secara praktikalnya, akan terdapat pada waktu tertentu pihak Bank Islam akan berada dalam keadaan kekurangan dana untuk aktiviti dan operasi mereka ia disebut sabagai short funa. Dalam situasi ini, produk komoditi mudarabah Islam yang lain untuk memperolehi dana atau kecairan (liqudity).

Broker X penjual/Pembeli komoditi

Syarikat Pelabur
Beli ( tunai dan semerta)


Lantik wakil
‚Jual muradahah Beli bagi pihak syarikat
(tangguh dan semerta) (tunai dan semerta)
Broker Z penjual/ Pembeli komoditi
Bank Islam A memerlukan
Bank Islam A ƒ Jual Terus Bb


Rajah menunjukkan : Komoditi Murabahah pengambilan deposit
Syarikat selaku pelabur (kemungkinan juga bank islam yang lain ) memberi terus sejumlah komoditi daripada Broker X dengan harga RM100 juta secara tunai dan komoditi diserahkan juga secara semerta atau jika pihak syarikat X mempunyai kemudahan untuk membeli terus mereka akan melantik Bank A sebagai wakil untuk membeli daripada Broker X dengan harga dan cara yang sama.
Selepas pembelian pihak penjual akan memberikan sijil tanda milik berserta perincian jenis dan sifat aset. Syarikat boleh menuntut asetnya dari gudang penjual asal pada bila-bila masa apabila menunjukkan sijil milik tersebut.
‚Syarikat kemudiannya menjual komoditi terbabait kepada Bank A dengan bayaran tangguh bernilai RM 101 juta dan menyerahkan komoditi secara semerta. Bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh 2 tahun.
Bank A kemudianya menjual sendiri komoditi kepada Broker Z dengan harga RM 100 juta tunai dan komoditi diserahkan secara semerta. Kebiasaannya Bank Islam A akan mencari awal lagi Broker yang boleh bersama dengan program komoditi muradahah ini agar tidak tersangkut dengan komoditi yang telah dibeli.
Natijah :
1) Bank Islam A yang memerlukan dana tunai berjaya memperolehinya secara segera daripada Broker Z melalui proses jual beli komoditi.
2) Bank B atau pelabur yang mempunyai lebihan tunai dapat melaburkan dananya melalui produk ini lalu mendapat RM 101 juta (untung RM 1 juta) dalam tempoh 2 tahun.
3) Broker Z dan X masing- masing telah mendapat komisen hasil jualan mereka. Kebiasanya komisen mereka dalam lingkungan RM 35 hingga RM100 bagi setiap RM1 juta daripada nilai transaksi.