Friday, April 2, 2010

ABDULLAH BIN ZUBAIR



Abdullah bin Az-Zubair bin Al-‘Awwam bin Khuwailid bin Asad bin ‘Abdul ‘Azza bin Qasai Al-Asadi. Gelaran yang diberikan kepadanya ialah Abu Bakar. Pendapat yang lain mengatakan beliau juga digelar sebagai Abu Khubaib kerana beliau dan ayahnya merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW.
Ayahnya merupakan salah seorang di antara sepuluh sahabat Rasullah SAW yang dijamin masuk syurga. Ibunya pula bernama Asma’ binti Abu Bakar As-Siddiq dan ibu di sebelah ayahnya iaitu nenek beliau bernama Sofiah merupakan ibu saudara kepada Rasullah SAW. Beliau dilahirkan di Madinah 20 bulan selepas Hijrah. Pendapat yang lain pula mengatakan beliau dilahirkan pada tahun pertama Hijrah dan merupakan bayi pertama yang lahir selepas Hijrah bagi kaum Muhajirin. Seluruh kaum muslimin menyambut kelahirannya dengan amat gembira kerana kaum Yahudi pernah berkata bahawa mereka telah menyihir kaum muslimin supaya tidak akan ada kelahiran selepas Hijrah.
Kelahiran beliau juga telah disambut oleh Rasullah SAW dan baginda telah mentahnikkannya sendiri dengan buah tamar. Rasullah SAW telah menamakannya Abdullah dan memberikannya gelaran Abu Bakar bersempena nama datuknya Abu Bakar As-Siddiq. Beliau mempunyai beberapa sifat-sifat yang terpuji antaranya beliau seorang yang rajin berpuasa, sentiasa mendirikan solat, sentiasa menjaga silaturrahim dan mempunyai sifat berani yang tinggi. Sebahagian dari hidupnya selama tiga malam dihabiskan dengan beribadat kepada Allah SWT sepanjang malam. Beliau juga telah meriwayatkan sebanyak 33 hadis mengenai Nabi Muhammad SAW. Manakala terdapat beberapa saudaranya yang meriwayatkan hadis mengenainya seperti ‘urwat, Ibn Abi Malaikat, ‘Abbas bin Sahal, Thabit Al-Banani, ‘Attha’ dan ‘Ubaidah As-Salmani.
Telah dikatakan bahawa semasa pemerintahan Muawiyyah bin Yazid, Abdullah bin Az-Zubair tidak membaiahnya dan beliau telah melarikan diri dari Makkah. Selepas kematian Muawiyyah bin Yazid beliau pula telah dilantik menjadi khalifah dan beliau telah dibaiah oleh ahli Hijjaz, Yaman, Iraq dan Khurasan. Semasa pemerintahan Abdullah Bin Az-Zubair, beliau telah membuat pembaharuan pada Kaabah dengan membina dua pintu iaitu dari arah timur dan barat di atas bekas tapak kaki Nabi Ibrahim dengan meletakkan batu sepanjang enam hasta.
Pembaharuan yang dilakukan oleh Abdullah bin Az-Zubair ini adalah seperti apa yang telah diperkatakan oleh Aisyah r.a sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasullah SAW kepadanya.
Pemerintahan Abdullah bin Az-Zubair tidak dibaiah oleh Syam dan Mesir tetapi mereka
membaiah Muawiyyah bin Yazid. Selain itu, pemerintahan beliau juga tidak bertahan lama kerana beliau wafat. Kemudian, Marwan bin Al-Hakkam telah keluar dan menguasai Syam dan Mesir. Abdullah bin Az-Zubair wafat pada usia 65 tahun. Seterusnya, pemerintahan beliau telah diteruskan oleh anaknya ‘Abdul Malik.
Hari wafatnya adalah hari Selasa, Jumadil Awwal tahun 73. waktu itu beliau berumur 72 tahun. Dari Utman bin Tholhah berkata, “Ada tiga perkara yang tidak dapat dikalahkan dari Ibn Zubair; dalam keberanian, ibadah dan kepandian berpidato (balaghah).”

Dari buku Tarikh Al- kulafa,
Pengarang buku,
Imam Al-Hafiz Jalala Al-Din Abd Rahman Ibn Abi ‘Bakar Al-‘ Sya’yuti